~~~annyeonghaseyo~~~

Wednesday, September 21, 2011

1st day-lagu yang anda dengar hari ini.

hai. (^_^)

pertama kali buat benda ni. EXCITED!!! 1st day...memang la excited. tengok la hari-hari seterusnya, berjaya ker tak?  (^_^). mintak-mintak boley habiskan challenge niiiii. hOhOhO. (~ ~)

ha. ni la lagu-lagu yang aku dengar hari ni. enjoice!!!

1-california king bed_rihanna ( more than 10 times today!!!)
2-moves like jagger_maroon 5
3-skycrapper_demi lovato
4-love you like a love song_selena gomez
5- i wanna go_britney spears
6-insomnia_craig david
7-louder_charice
8-rolling in the deep_adele
9-rabiosa_shakira ft el cata
10-it's all about him_auburn

memandangkan aku ni suka giler ngan rihanna, so tiap-tiap hari aku dengar latest song from her. "california king bed". tak terkecuali hari niiiii. once latest song from rihanna kuar jek, aku mesti dan pasti akan dengar lagu tu continuously, tanpa henti okayyy!  hehe.

aku ni  memang suka music giler-giler. kalo tak silap aku, mase umo aku 5 tahun, aku dah boleh hafal lagu-lagu Dato' Siti!!! ha. terer tak aku. aku ni jugak suka menyanyi. tapi untuk diri sendiri jek. dulu-dulu adelaaa masuk nasyid, jadi solo nasyid. mase tuu umo 11 ker 12 tahun. dah masuk sekolah menengah tuuu, dah tak aktif nasyid dah. sebab nasyid mase tuuu di dominasi oleh budak-budak laki. hampeh!

sekarang ni aku still suka menyanyi. menyanyi dalam bilik. kadang-kadang tu gi karok kat redbox, sunway. ni memang aktiviti geng kitorang after exam! wajib pegi after exam! dalam bilik air pon ade. ha. ni paling takleh blah. housemate aku bengang giler kalo aku mandi sambil nyanyi-nyanyi niii. gerenti. mesti lame giler laaa. haha. soryyy. (^_^) kalo kat umah pon, same jek!

ok. ape ntah aku merapu niii. just nak gtaw pasal 1st day-lagu yang anda dengar jek. tetibe terselit citer laen pulak. (^_^)

p/s--> hari ni dapat peti ais baruuuu. tak sabar!!!

Tuesday, September 20, 2011

knew his name!

hai. (^_^)

minggu ni 1st week kat ward paed. ward budak-budak. 1st day masuk ward, skali lagi aku jumpa dr. baby. and i think he also new at the paed ward, as before this he always at obgyn ward. 

the interesting part is...i got to know his name!!! his name is...DR.DEVAN. i just too curious to know his name and i curi-curi see through his nametag, when he was so closed next to me during the ward round. notty gurl, i am??? (^_^)

thats the end of my story for hardly-to-know-dr.baby's-name.

p/s--> get ready for 3o days of challenge.


30 days challenge!!!

hai. (^_^)


aku nak masuk niiii.
--30 days of challenge--

day 1 - lagu yang anda dengar hari ini
day 2 - movie yang paling best pernah anda tonton
day 3 - benda yang selalu anda buat sebelom tido
day 4 - benda yang anda buat bila sorang sorang
day 5 - status anda ? relationship anda?
day 6 - tiga perangai burok anda
day 7 - tiga perangai baek anda
day 8 - pergaduhan paling terok yang pernah anda alami
day 9 - perasaan anda hari ni
day 10 - hari ke 10.. apa yang berlaku?
day 11 - gadjet yang anda ada
day 12 - apa yang ada dalam beg mekap anda
day 13 - apa yang ada dalam beg duit anda
day 14 - perkara menarik yang anda lakukan hari ini
day 15 - kalau dapat RM1juta, apa yang anda buat dengan duit itu?
day 16 - guru sekolah anda yang paling anda suka
day 17 - gambar bilik idaman anda
day 18 - benda paling mahal yang anda pernah beli dengan duit sendiri
day 19 - jenis manusia yang menarik perhatian anda
day 20 - hari ke 20.. apa yang terjadi?
day 21 - benda yang anda wajib bawak bila keluar rumah
day 22 - tarikh tarikh penting dalam hidop anda
day 23 - dream wedding
day 24 - tempat yang paling anda gemari untuk makan
day 25 - makna disebalik link blog anda
day 26 - 15 fakta tentang anda
day 27 - makanan dan minuman kegemaran anda
day 28 - hobi anda
day 29 - siapa anda 10 tahun akan datang?
day 30 - hari ke 30.. apa yang berlaku?


nak start bila nih???  esok boleyyy??? hehe. okai. (^_^) esok aku mula ek. gudluck!!!

p/s--> kalo nak join jugak. pergi SINI okai!!!


Friday, September 16, 2011

new header

yang lama punya


yang sempat jadi header blog selama 2 minggu


ni yang latest


p/s--> cuak nak masuk posting paed! (~ ~ .)




Tuesday, September 6, 2011

ADAM-->HAWA

●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●
•.♥• WAHAI KAUM ADAM..Jika benar kau kasih & cintakan seorang HAWA itu
•.♥•Bawalah dia ke jalan Allah
•.♥•Nasihatilah dia
•.♥•Perbetulkan kesilapannya
•.♥•Jagalah dia dgn baik
•.♥•Kasihanilah dia
•.♥•Lindungilah dia
•.♥•Berilah kasih syg padanya
•.♥•Hargailah dia
•.♥•Ucapkan terima kasih atas kelebihannya
•.♥•Bersabar dengannya
•.♥•Terimalah & cintailah kekurangannya
•.♥•Jd IMAM terbaik & redhalah padanya ♥♥♥♥
●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●


‎"Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dengan mas kahwin RM..."Bunyi macam senang? Nah ni makna sebenarnya..

Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibubapanya,apa saja dosa yang si dia buat,dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya,aku tanggung & bukan lagi ibubapa si dia..Dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak ku,jika gagal maka aku fasik,dayus & aku rela masuk neraka & malaikat Zabaniyah melibas badanku sehingga pecah..

 :: from page Ustaz Zamri ::

✿~ Siapakah wanita cantik itu ?
 
✔ Dia melukis kekuatan melalui masalah .
✔ Dia tersenyum saat tertekan .
✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis .
✔ Dia tabah saat dihina .
✔ Dia mempersona kerana memaafkan .
✔ Dia mengasihi tanpa balasan .
✔ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi .
 
~> Jadilah wanita cantik itu 
(^_^)

★•.•´¯`•.•★ 
Ketika Jatuh Cinta ♥... 
nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dalam diri kita berdua..tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku yang hina ini..sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehanmu..sejauh mana pun kita kini, andai berjodoh kita pasti akan bertemu jua..
insyaAllah.
★•.•´¯`•.•★