~~~annyeonghaseyo~~~

Thursday, April 14, 2016

Kadang-kadang

Assalamualaikum.

Semalam oncall eventfull giler2. Intubated 2 pt serentak. Semalaman berkampung kat ED.

Balik rumah, drive for 1 hour dalam keaadaan yang mengantuk yang amat. Almost 30++ hours tak tido. What do u expect. Drive kete pon slow2, bukak radio kuat2. 

Sampai rumah collapsed. Tido, tak sedarkan diri dengan perut kosong. 

Bangun, lapar. Mencari sesuap makanan. Unfortunately, dinner time dah habes. No food available. Makanan paling cepat dan pantas; megi! 

Kadang-kadang, kita tak boleh harapkan orang lain faham keaadaan kita. Kadang-kadang orang sekeliling kita tak faham situasi kita. Diorang tak berada ditempat kita. Even family kita sendiri. Jangan salahkan diorang. Tak boleh nak salahkan diorang, kalau diorang tak pernah pon nak tanya kita, 'okay keje?' 'dah makan belum?' 'penat ke keje?' 'semalam dapat tido ke tak?' Tak boleh. Sebab diorang tak berada di tempat kita. Tak pernah lalui semua itu. Dan jangan sesekali paksa diorang untuk faham kita. Nnati kita merana. 

So, apa yang boleh kita buat? Take care of your own self. Yes, indeed true.

Always think positive. 

Okay.Bye.

Friday, March 25, 2016

Something not right.

Assalamualaikum.

Meh nak citer sket.

Yang sebetolnya, tak tau nak citer ape.

Just feel like something not right.

Kadang-kadang bila kita try nak decide on something, then out of nowhere..jadi benda sebaliknya.  Then, benda yg kita plan tu tergantung jek macam tu. Then, kita pon give  up.

Penat la macam ni.

Aku rasa..aku yang problem kat sini.

Okay, bye.

Sunday, February 21, 2016

Medical posting

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hampir 3 minggu masuk medical posting. So far, still survived. I enjoyed this posting so much! :) Even banyak benda tak ingat, nak kena catch up balik..tapi rasa macam masuk jek posting kali ni dengan diri ini. Ecewahhh..banyak la masuknya. Ahaha.

Okay, tekad nak kena recall balik ape yang dh study dulu-dulu. Yes! U can do it! U go girl!!!

So, doakan my medical posting goes smoothly. Amin. ;)

Friday, January 8, 2016

cerita hari ini

Assalamualaikum.

Menjonahkan diri di ward harini. Since pagi review patient nonstop, followed by clerking new case & procedure blood taking, followed by intubate patient, followed by transferred out (t/o) patient.

Balik t/o patient, masuk pantri. Nampak bungkusan nasi kerabu pagi tadi,  tak terusik. Simpan niat nk makan kejap lagi after review & buat passover patient.

Alih2 , penat sangat..nampak katil jek. Punch card, balik rumah. Baru sedar, nasi kerabu kat pantri tadi blom makan lagi.

Sekarang mengantuk tahap gaban. Selamat malam dunia.

P/s: Nak cuti sebulan tanpa gaji boleh? ;)*ngadeeeee~~~


Tuesday, January 5, 2016

Merapu meraban

Assalamualaikum.

Harini offday.

Nak catch up balik cerita setahun yang lalu. Tak terkejar rasanya. Nak semput jek.

Fast update.

Dah habes ortho posting. *semua dah tahu sebab dah ade post pasal tu, skali dgn post banjir besar tahun sudahnya.

Surgical posting dah, followed by O&G posting.
Both are interesting posting. Dua-dua posting ade ceritanya tersendiri. Love the posting so much. Tapi aku ni jenis yang tak tahan duk dalam OT lama-lama. Sejuk babeee. Nasib OT C-sec kejap jek.

Currently, in Paeds posting. Harapan nak masuk tahun baru dengan posting baru jugak. Tapi harapan tinggal harapan. Baby2 tak nak lepaskan aunty dia yang cantik lagi menawan ini. Takpe lah, aunty bagi chance..sebulan lagi untuk bermanja-manji. *eh! Ade ke kataganda gitu? Ahhh..lantak pi ahh. ;)

Okaylah. Setakat tu jek.

Eh..jap jap.

Benda penting ni!!!
Aim tahun ni. Nak cari jodoh untuk diri sendiri. Umi nga abah dah sibuk duk tanya-tanya dah. Dah dapat menantu pompuan + cucu, sekarang nak menantu laki pulakkk.
Tu laa..haritu dah ade calon sorang tu. Tapi sebab orang tu duk jauh kat johor, taknak. Nak yang dekat-dekat Kelantan jek. Sekarang ni, sibuk duk tanya-tanya. Dah takde dah la. Kena cari jodoh lain. Sekarang ni dah tak kisah dah, duk kat mana. Asalkan orang tu boleh jaga & bahagiakan anak diorang dan bimbing anak dia ni ke jalan yang benar dan diredhai Allah swt.

Kepada siapa-siapa yang tengah mencari jodoh or tolong mencari jodoh. Kabor-kabor la ekk. ;)

P/s:: Ahaha. Nak tergelak post pasal ni. Layan je la eh korang-korang semua.