~~~annyeonghaseyo~~~

Monday, August 29, 2011

selamat hari raya Aidilfitri

assalamualaikum. 
sempena hari raya ni, nak ucapkan


di kesempatan ini jugak, aku ingin memohon :





p/s--> raye, raye jugak. exam jangan lupa!!! long case exam OBGYN!!! go go power rangers!!!

Saturday, August 20, 2011

dah 20 hari kita pose ek??? cepat betol mase berlalu. pejam celik pejam celik, lagi 10 hari pose dah nak abes. sdey~~ tapi lepas tu an raye. eh. hepi balik! hehe.

dalam mase doploh hari ni, banyak betul dugaan yang melanda diri ni. huh. nk megeluh pon tak guna. tapi, disebabkan dicelah celah dugaan tu ade terselit perkara perkara yang membuatkan diri ni rase hepi & tak keseorangan..so benda benda yang boleh mnyesakkan pikiran tuu aku letak tepi, taknak pikir. buat sakit otak jek.

mesti korang tertanya tanya an, apelah dugaan aku tuuu? masalah ape?? ok. ok. meh aku stori mori. tapi diingatkan tau, ni benda dah lepas. takde kesan pon kat ati aku. bulan bulan pose ni, tak baik gaduh gaduh ni. so, aku ambik pendekatan, selagi boleh tolerate aku tak kisah. sebab tu ake jenis yang simple. kalo bab bab nak terase, ha bagi kat aku...tapi benda tu boleh setel dalam brape minit jek. sebab aku ni jenis yang cepat lupa ape la yang aku terase kat orang tu. lagi satu, maybe aku taknak ingat benda tu, so aku tak simpan ketat ketat dalam memori aki, so benda tu jadik macam angin. keluar terus lepas tuu. ade ker macam tu??? ape ape je la. hish. apela yang duk membebel ni.

p/s--> next entri boley??? nak buat full stori maa. (^_^)

Monday, August 1, 2011

selamat menyambut ramadhan al mubarak!!!

assalamualaikum.

jum tengok anak bulan!!!


ha. da nampak dah. esok puasa!!!

disini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!!!


maaf kalau ade silap dan salah. terkasar bahasa dan perbuatan.
minta dihalalkan semua 'ter'makan 'ter;minum.

jangan makan dan minum pulak dalam bulan pose ni.
kecuali ade sebab munasabah yang dibolehkan untuk tidak berpuasa.


banyakkan amal ibadah sempena bulan mulia ini.
baca Qur'an.
terawih jangan tinggal.


marilah kita sama sama memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan tahun ini untuk sekali lagi berpuasa dan berada di bulan yang penuh mulia ini.


Alhamdulillah.

ni niat pose.

Lafaz Niat Ringkas
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Lafaz Niat Lengkap
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Lafaz Niat Untuk Sebulan
نَ
وَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى


p/s--> seminar ngan case presentation da selesai da. alhamdulillah. semua berjalan lancar walaupon agak nebes mase present tadi. kikikikihhh. case write up untuk minggu ni pon dah 80% siap. Alhamdulillah. everything go smoothly di bulan yang penuh barakah ni. 

Friday, July 1, 2011

happy birthday fifi!!!

naege saengil chuga!!!



aku first-first tuh tak ingat pon yang ari rabu ari tuh birthday aku. yelaaa. kan ari tuh jugak 27 rejab sempena Israk Mikraj. malam tuh aku siap pesan-pesan agi kat umi aku suh kejut aku sekali bangun sahur esok. nak puasa sunat. alhamdulillah. jadi ari rabu tuh pon aku puasa la. semua orang kat umah puasa ari tuh. mase tengah nak nak tunggu azan buka puasa. adik laki aku tetibe datang tepi aku.

'eh P. bukan arini arijadi ko ker??'

aku dengan muka blurrrrrr. 'arini brape aribulan? 29 jun ker'

'yelaaaaa'

aku dengan muka terkejut. 'betol la tuuuu!!! besday aku arini'

so, mase nak berbuka tu baru la semua sedar yang ari tuh birthday aku.
Hohohoho~~~ sadisss sungguh birthday aku yang ke-21 niiii.
=(
but, at least ade jugak orang yang ingatkan aku.
macammane aku boleh terlupa birthday aku sendiri ni????
pelikkkk?
sebelom ni semangat giler nak sambut birthday. ade jek angan-angan yang singgah pasal nak sambut birthday . haish!!! busy sangat dengan drama korea, dengan novel lagi. haish!!!

malam tu lepas buka puasa, solat maghrib dengan lajunya aku grab lappy aku skali ngan broadband. terus naik atas katil buat gaya superman! bukak facebook! mak aih!!! penuh wall dengan birthday wishes!!! terharu wooo ngan member-member aku. sobsobsob~~~
tenkiu korang semua atas wish yang korang buat untuk aku. semoga persahabatan kita akan kekal selamanya.
malam tu jugak aku reply semua wish dorang.

disebabkan ade problem yang tak dapat dielakkan. birthday aku yang ke-21 ni tak sempat nak disambut pada hari yang same. dan aku rase tak sempat pon sambut buat mase sekarang. tapi aku tak kisah. alhamdulillah aku dah dapat nikmati kehidupan aku di dunia ni selama 21 tahun. syukur alhamdulillah.
bahkan aku rasa happy sangat coz tahun ni birthday aku jatuh hari yang sama dengan IsrakMikraj, 27 rejab.

last but not least, aku nak ambik kesempatan wish kat sepupu kecik aku. birthday dia pon sama ngan birthday aku, just beza tahun jek.
'happy birthday Azri!!!'






p/s==>  to me!!! hepi-hepi slalu!!! S M I L E. <sweet 21>




Thursday, June 23, 2011

poster presentation

hai. (^_^)

selesai sudah akhirnya elektif study. fuhhhh. tamat.

hari ni kitorang ade poster presentation. setiap group elektif dinilai oleh lecturer. ade tiga kategori. "animal". "health and care". "natural". as, group aku ni buat pasal Kenong Rimba Rainforest..so, under natural kategori la an. pagi pagi lagi aku dah jejak kaki kat bilik presentation. dah sampai sana. tengok tengok group aku punya board kosong. aik! mane poster ni? sepatutnya semalam dah siap tampal poster. last last pagi ni kosong. oh..patutlah. board yang group aku dapat tu keras nak mampus!  takleh nak paku. ni kayu ker ape? haish. dah la one of  group member aku  yang dipertanggungjawabkan urus poster ni tak sampai sampai lagi. huish. pressure disitu. yelah. group orang lain tengah duk practice present bagai nak rak. group aku punya poster ntah duk kat mana lagi. butang tepon tu dah macam nak tercabut aku duk tekan tekan try nak tepon kat dia tu. dah angkat tuh, dengan rileknyer dia cakap "poster tu duk ngan abang shah. abang shah cakap nak tampal pagi ni". hak'ilehhhhhh. boleh jek dia gtau camtu jek. cakap la awal awal. takde la kitorang yang lain ni ke hulu ke hilir duk cari poster. sekali aku gi jumpa abang shah. mintak suh tampal poster tu. kan senang kalo cakap awal awal. tak senang jugak. punyalah susah nak paku poster tu biar lekat. haish! ni nak sabotaj group aku ker? hihihi. dah habis tampal poster tu. mula la sesi practice present. far jadi presenter. aku ngan cima ambik part untuk Q&A.

presentation untuk elektif study ni ade dua part. satu poster presentation dan satu lagi untuk oral presentation. poster presentation tu untuk elektif study kat dalam negara. oral presentation  tu pulak untuk elektif study kat overseas. lebih kurang kul 1 habislah sesi pertama. sesi kedua start kul 2 pulak.

petang tadi ade la majlis penyampaian hadiah untuk kitorang punya presentation. aku tak pergi pon. hihi. jahat an aku. eleh...macam la ramai sangat yang pergi. berapa kerat jek yang pergi tadi. hish. takde semangat kesukanan langsung! aik! ape kena mengena ngan sukan pulak ni? haish. aku pon tatau. ade aku kisah? takde pon. hihi. (^_^)

keputusan poster presentation hari didominasi oleh kawan kawan rapat aku. cayalah geng!!! zati-animal category- ngan min-health & care category- dapat 1st place. anis-health & care- dapat 3rd place. congrats!!!! aku??? aku tak menang pon. saguhati jek. siyes jeles owh!!! aku tumpang  kemenangan diorang jek. hehe.

eh? nak menang ker? ofkos laaa. sape taknak. semua nak menang. aku gerenti. bukan ker majoriti budak medik ni type A personality ker? hehe. tapi disebabkan ade masalah dalaman sket dalam group aku ni, aku tak harap sangat pon nak menang. dapat siapkan report ngan poster pon dah alhamdulillah. kalo menang, tuuuu miracle. ajaib tuhhh. hehe. but, still thanks to all my group member...far..cima..paim..muiz. tenkiu banyak banyak. tanpa korang tak siap semua report ngan poster kita.

p/s--> sory takde gambar lagi. tuan punya kamera sibok nak kemas pindah rumah. tak sempat nak transfer gambar agi. sory jugak kalo ade terkasar bahasa ker dalam post kali ni ek. happy-happy slalu! yosh!!