~~~annyeonghaseyo~~~

Friday, May 9, 2014

#1 one fine day!!!

Assalamualaikum.

one fine day!

Heaven's above-star-gazing in New Zealand
-Big Sky Stargazing, Terrace Road, Aoraki Mount Cook Village, Aoraki Mount Cook, Christchurch-Canterbury, NZ.

Annual Grand Dinner 2014

Assalamualaikum.

ni nak citer pasal dinner haritu. 3 Mei 2014, fakulti kitorang ade buat dinner untuk meraikan kitorang yang baru jek habiskan 5 years degree to achieved our dream to become a Dr. Alhamdulillah.

Majlis Pra-Graduasi, 7th MBBS UiTM 2009-2014. Plannya, kitorang berenam nak join. Tapi last-last berlima jek, sebab Hanis kena balik kampung..ade kenduri.

Malam tu memang meriahnya. Lecturers & doctors ramai yang join, termasuk jugak junior-junior. Semua pakaian memang meriah! Tema malam tu "BLOCKBUSTER NIGHT".



Tapi, aku punya baju tak menepati tema langsung. aku main pakai jek baju time raya harituh. last minute plan, macam tu lah. -_-"

Duk borak-borak pasal tu, lupa pulak nak bagitau tempat dinner. haritu kitorang buat dekat De Palma Hotel, Shah Alam. Tempat dia okay, not bad. Makanan dia pon, puas hati sangat-sangat!!! Best!!!

Seawal jam 8 malam lagi, pendaftaran untuk student dibuka. tapi biasalah, kitorang sampai lewat setengah jam. tu pon dah stay kat shah alam awal-awal dah tu. Kitorang bertiga (aku, Zati, Min) tumpang rumah Fifah (kawan time asasi dulu, member kamceng Min) kat seksyen 7. Biela gerak dari rumah jek, sebab rumah dia kat Subang jek. Aina pulak gerak dari kolej dengan Zaid.

Lebih kurang pukul 9 malam macam tu, program start. Macam biasa, kitorang nyanyi lagu 'Negaraku' dan 'Wawasan Setia Pelajar' diikuti bacaan doa serta ucapan daripada Dean of Faculty of Medicine, Prof Dr Nafeeza.

Lepas tu, dinner start diselitkan dengan beberapa persembahan daripada junior-junior & juga daripada 7th Batch sendiri (Syakeel, Hakim, Adlee, Fad) untuk menghargai jasa-jasa lecturers & doctors yang selama ni gigih dan tak jemu dalam memberi tunjuk ajar kepada kami sehingga sampai ke tahap sekarang ni. Terima kasih, doctors! :')

Malam tu, beberapa orang telah dianugerahkan dengan Academic Award for Final Year Students Pro-Exam & Pre-Clinical Pro-Exam, Student's Choice Awards & Appreciation Awards for Final Year Students. Congrats!!! :)

Selain daripada tu, ade beberapa award lagi iaitu Best Dress Awards for Student & Lecturers. Orang kata, kalo takde award ni memang tak sah! heheee. :)

dalam lebih kurang pukul 11, program tamat. tapi kitorang stay kat Shah Alam for 1 night, sebab dah lewat sangat nak balik ke Selayang. lagipon penat kan. tapi yang sebetolnya, esoknya plan nak gi jalan-jalan area Shah Alam. dah lama tak shopping kat Shah Alam..heheee, tu jek sebenarnya! cepuk kanggg! :P

okay, now enjoy the pictures!

missing hanis

the foods! 

KM with her piano

performance by the guys!

hakim-adlee-syakeel-fad

 AWARDS!!!
raihan!

syahir!

adlee! appreciation as our 7th batch leader!

the whole batch 7th MBBS!


 the boys!

the girls!

candid!


sya & her housemates!







us! (missing aina)

dil & min

min & syiqah

zati & fit

me & zati

paim & me

biela & min

zaid & aina

biela kantoi!!!
.
.
.
 .
biela & gerard

min & me

min & syira

yuhairi & us!

--> us <--


comel tak kitorang???
haruslahhhhhh
heheeee


okay, bye! 


p/s: credit pictures to zati & syakeel. :)









Thursday, May 1, 2014

happy birthday abah!

Assalamualaikum.

Harini hari lahir abah! 1 Mei 2014.



Selamat Hari Lahir, Abah (Encik Azmin Bin Aziz). semoga dimurahkan rezeki, diberkati & dirahmati Allah swt, dan diberikan kesihatan yang baik & semoga panjang umur. Amin.

Hari lahir abah tahun ni jatuh pada hari yang sama kalendar Islam-1 Rejab 1435H. So kitorang 1 family berpuasa. Ambil sunat bulan Rejab. Alhamdulillah.

Hari lahir abah tiap-tiap tahun jatuh pada Hari Pekerja. so, 3-in-1 la kan, birthday-cuti puasaplan awalnya nak celebrate kat luar, tapi lepas tu umi suggest..'taknak masak-masak makan kat rumah ker? lagi best.' Alang-alang umi offer nak masak, terus minta umi masakkan siakap sweet-n-sour & siakap stim limau. Lagipon, family kitorang memang jarang keluar makan kat luar. lagi prefer & selesa makan kat rumah. that's our family. :) peace!

Malam tu, berbuka dengan siakap sweet-n-sour & siakap stim limau!!! Marvellous!!! Tenkiu umi! ;) Sedapppp, even pedas-pedas sket. (sediamaklum anak dia tak makan pedas..huhuhu)

p/s: lagi sehari tinggal kat umah. esok dah kena pegi kolej balik, ade shadow housemanship's program for 2 weeks. uwaaaaa!

Friday, April 25, 2014

today is the day!

assalamualaikum.

harini tepat jam 12 tengah hari, semua lecturer & doctor berpusu2 masuk dalam lecture hall.

today is the day of result announcement!!!

dup..dap..dup..dap.

aku, min, aina, biela, zati, hanis..duduk paling depan skali, satu baris yang sama. depan kitorang semua lecturer..cuak. high level of confident? not really, but it just us. kami berenam yang perangai giler-giler. yang orang tak buat or taknak, kamilah yang buat..kamilah yang nak. haih laaaa..lepas ni tak boleh dah nak buat perangai giler-giler ngan dorang lagi dah. me.is.sad.

okay. berbalik citer pasal dalam lecture hall tadi. after kata-kata aluan from our dean, mulalah one by one nama-nama student yang lulus dipanggil. nama-nama yang dipanggil oleh dean adalah totally random. bukan ikut grade, bukan ikut tahun lahir, bukan ikut day of exam..it was totally random.

setelah beberapa minit berlalu, nama kami berenam still tak dipanggil-panggil lagi. cuak.cuak.cuak. masing-masing pandang muka each other. cuba cari kekuatan. lama..lama..lama sangat.

penantian satu penyeksaan. seriouslyyy!!!

in the middle of announcement tuh..1st name yang dipanggil among us is zati!, followed by hanis!, rifhan!, aku!, aina! and min!. tak lupa juga sya!.

Alhamdulillah..kami bertujuh lulus. We made it!!! Alhamdulillah.Ya Allah. Syukur diatas segala nikmat yang telah Engkau limpahkan kepada kami. Alhamdulillah. :')

penat lelah kami selama 5 tahun akhirnya telah membuahkan hasil. Alhamdulillah.


<kisah kami bertujuh>

terharu. teruja. bersyukur. ade kawan-kawan macam dorang. kenal min, zati, aina and sya since asasi UiTM, hanis ngan biela pulak kenal mase ambik medic UiTM.

ermm..xtau nk describe cane pasal diorang. but, to be honest..THEY ARE SUPERAWESOME GIRLFRIENDS THAT I EVER HAVE!!! thanks korang sudi kawan ngan orang sepanjang belajar medic ni. :') hope that our friendship will last till forever.

mase asasi UiTM dulu, sya satu kelas ngan aku. min ngan zati pulak roommates mase 2nd semester asasi. aina pon kenal masa asasi jugak, tapi kenal gitu-gitu jek sebab dia kelas lain. kelas budak 'hot'. hihihi. jangan marahhh.

jodoh kami berlima berterusan sehinggalah kami ditawarkan ambik course MBBS UiTM. utk 1st & 2nd year aku satu bilik ngan sya. utk 3rd, 4th & 5th year pulak..aku satu bilik ngan zati. fyi, kami berenam ni, housemates for 3 years. unfortunately, sya terpisah from us. sya duk rumah lain. but!, its okay. we're still frens forever, right! ;)

hanis, roommate min. so, since 1st day kitorang start life as a medic student..since that la hanis ngan kitorang. biela pulak, roommate aina. tapi kitorang berlima kenal betol-betol aina ngan biela  mase 3rd year, sebab mase tu kitorang satu rumah.

1st & 2nd year, kami kat Shah Alam campus. kolej delima 2 tu kira memory lane la untuk kami for about 2 years.

masuk 3rd year, faculty kitorang pindah ke Sg.Buloh. so, ke Sg.Buloh la kita, then masuk la clinical year. kat Sg.Buloh campus setahun jek. Hospital Sg.Buloh tempat 'bermain' kitorang. ecewahh..bermain bagai hambek kauuu.

masuk 4th year & 5th year, kitorang pindah ke Selayang campus pulak. time tuh, kitorang practice kat Hospital Selayang for 2 years. then, ambik Pro-Exam!!! huwarghhh...bila pikirkan balik time exam haritu, still goosebumps! huuuu...scary. sape tak takut the biggest & the most unfair exam in medical faculty!!! Alhamdulillah, dah lepas. :)

clinical year sangat la best! sob.sob.sob. tengok tuuu, dah rindu dah. :'( even hari-hari kena pegi ward, study ngan patient, ikot round, kena marah ngan nurse. balik tu kena study lagi. dengan kelasnya. mase tu memang rasa cam nak nangis. tapi kitorang tahan jek. lagipon lecturers & doctors semua baik-baik, ade la yang garang..tapi garang untuk kebaikan student, benda baikkan. ;) yang student ni pulak, kata nak jadi doctor..kenalah tahan sikit! :) nanti keje lagi susah. hohohooo.

tapi jangan ade yang cakap-cakap medic student ni takde life. hidup jek kitorang ni. cuma kena pandai-pandai la bahagikan masa. bila masa nak kena study, bila masa nak keluar release-release tension. jadi medic student ni bukannya kena 24 hours study memanjang. tak betol tu. study smart! pandai-pandai bahagikan masa. bila dah study tu, dapat result best, bagi la award kat diri sendiri. keluar ngan kengkawan, pegi melancong ke, makan-makan ke. tak ke best tuuuu! ;) *tapi seriously, mase nak Pro-Exam haritu, takde dah study smart..study hard-hard-hard!!! macam zombi dahhh. takut punya pasal. tu lain citer! heheeee.

Alhamdulillah..mase Pro-Exam haritu, selain daripada Allah swt & umi, abah tempat mengadu..Alhamdulillah jugak..ade kesayangan aka the retards! tempat mengadu, tempat menangis. jadi zombi same-same, jadi giler same-same, jadi merong same-same! tolong mane yang tak tau..mane yang kurang. tak tau nak describe cane. tapi, yang sure..korang memang the best! too awesome!!! ;)



nah..lagu kita-kita!!! yeay!!!



p/s: jangan lupa gathering kita-kita tiap-tiap tahun!!! :') tulis ni pon sebak-sebak.



post exam pictures!















bye!