~~~annyeonghaseyo~~~

Wednesday, October 5, 2011

day 14 - perkara menarik yang anda lakukan hari ini

hai. (^_^)

hurmmmm? perkara menarik yang aku lakukan hari ni? takde la menarik sangat.

pagi-pagi bangun, pukul 8 gerak pergi hospital, clerk patient. lepas tu ade 2 bedside continuously sampai pukul 1. lunch our. balik kolej tengok variety show RunningMan sampai teetido. bangun-bangun tido, kaki sakit. tido ganas sangat sampai tertendang meja jepon kat hujung katil. pukul 5 pegi balik hospital coz dr faisal nak jumpa pasal case-write-up tu. aku bawak kete Qina. pecut pecut pecut. lebih kurang pukul 6, abes meeting. ikot Zati kuar makan. makan lagiiiiii. balik kolej dalam pukul 6 lebih. buka laptop, check mukabuku kejap. lepas tu siap-siap, sebab dah nak masuk maghrib. pukul 8 start buat case-write-up. setakat ni dah siap sampai discharge summary. esok sambung buat discussion. go go go!!!

sangat boring okayyyy. kenapa la time takde benda menarik, barulah suh buat pasal "perkara menarik yang anda lakukan hari ini"? dah sah sah tak menarik la an.

and one thing..........

i hate today!!! WHY? because of that guy!!! AGAIN??? yesssssss! huh. honestly, i don't like him. so, just leave me wif some peace!!! can u? we're friends, we can be friends. just friend. not more than that. but why..? others always teasing me wif him? i'm just feel not so comfortable about it. i dunno.

so, my dear frensssssssss. please. please.please.just stop it okayyyyyyy. and now, i just want to S M I L E and live happily again wif no more words about that guy! (^_^)

Tuesday, October 4, 2011

day 13 - apa yang ada dalam beg duit anda

hai. (^_^)

okayyyyy. hari ni aku nak show off purse aku skali ngan isi-isi!!! amacam ade bran!!! jummmm.ushaaaaaa.

taraaaaa!!! ni la rupa purse kesayangan aku. sape pernah bace pasal purse ni jatuh dalam tasik??? klaka an?


 okayyyy. ni overview side dalam.


first skali...
1-matrik card
2-bank card::bank islam satu kemestian!::BSN::Maybank

3-lesen memandu L n P. dapat lesen ni dah setahun lebih dah. hehe. tunggu nak abes P jek niii tahun depan. lepas tu dah boleh nak naik kete sesuka hati. sekarang ni still dalam keadaan.."rilek dulu..rilek duluuuu. takleh jadi racer agi." tapi..stillll bawak kete macam racer. laju kemain. kalo naik nga abah aku mesti dia cakap "bawak slow-slow la sket. bukan jauh mane pon. takde benda nya nak dikejarkan" hihihiiii. soryyy abah. anak abah memang suka bawak kete laju-laju.

4-IC. ni penting. kalo tak dah kena buang negara dah..kalo takde ic niii.

5-kad rabbit untuk bas rapid. "BIT!!! sekali masuk. BIT!!! sekali keluar. BIT!!!BIT!!! kad rabbit!. beli ni mase duk shah alam dulu. sekarang ni dah tak guna dah. sebab? tak pernah jumpa pon bas kat area sg.buloh niii. hurmmmm?

6-watson card membership. baru jek buat masuk year 3 ni. sebab selalu sangat pegi beli barang kat watson. so..buat jek la. senang!

7-duit! oh duit!!! ade 30 hinggettt jek. dah pokai dah. sape-sape nak belanja??? silakan..
kalo korang perasan la..kat atas tu ade satu kertas warna putih dan satu lagi kertas warna hitam. kertas-kertas tu sebenarnya..8-kertas motivasi aku tuuuuu. jangan maen-maen kooo!

9-kalendar kecik. senang nak tengok tarikh or nak kira tarikh. padahal kat dalam henpon pon dah ade kalendar an. saje jek. 

10-student card punya kupon makan kat MB. dah lama dapat, tapi sampai sekarang tak pergi makan.
sedap ker???

11-tiket movie! aku suka kumpul tiket wayang!!! kalo tak silap aku, aku still simpan 1st tiket wayang yang aku tengok..High School Musical 2.  ntah ape-ape an. 

phewwwwh! lega. dah abes akhirnya aku godek-godek purse aku. takde la banyak benda sangat pon. korang punya purse ade ape? ape yang korang ade tapi aku takde? jummmm...kita compare nak??? hihihi. just curious nak taw. sebab aku just letak benda-benda yang biase jek. hihihihik.

k la. ngantok la malam ni. balik tadi kul 5.30 petang. lepas tu turun padang, pegi maen volleyball ngan futsal. balik umah tuuu ingat nak rehat jap, tapi pegi pulak MYFOM@SYAWAL kat fac medic kampus shah alam. ni gara-gara termakan pujukan housemate aku. hihihi. tapi memang aku ade niat nak pegi pon. haish! balik-balik ingat nak sambung buat case write up. skali penat. lepas ni, nak tido!!! esok bedside pukul 9, okayyyyyyyy!!! have to sleep now!!!

Monday, October 3, 2011

day 12 - apa yang ada dalam beg mekap anda

hai. (^_^)

jum! hari ni aku bagi korang tengok ape yang ade dalam beg make-up aku!!! check it out!!! yOoooO!


1- oil absorbing powder OXY. 
kulit aku ni jenis bermasalah, tu yang pakai miss OXY tuu.  bagi orang kulit oily macam aku ni, kalo dah seharian jalan-jalan tu, sah-sah la minyak kat muka niii boleh buat masak an? untuk mengembalikan keayuan diwajah..(cewwwahhh) aku pakai la ni! 

2-moisturizer OXY.
lagi satu, aku wajib.kena pakai benda alah ni. kenape? sebab kalo aku tak pakai, aku rase lain. tak tau nak describe macam mane. lagi satu, moisturizer ni bagi aku rase kool n konfiden! ntah ape-ape an aku ni? padahal kalo oily skin, moisturizer MEMANG tak digalakkan pakai. tapi aku??? ade aku kisah??? nan hado!

3-BB cream Dr.G.
ok. aku baru jek start pakai bb cream tahun ni. awal tahun ni. not bad la dia punya effect. senang. tepek tepek tepek. takyah pakai bedak pon dah nampak ok! yang paling penting, nampak natural kot. i loikeeee!

4-compact powder Clean&Clear.
dulu aku guna Johnson&Johnson, sekarang dah tukar coz dah boring guna dah. boley tak??? 

 5-lip balm Maybelline-Color Bloom.
aku suka gilerrrr pakai lip balm ni. rase manis & warna dia sesuai ngan warna kulit aku. nampak ayu gituuuuu bila aku pakai lip balm niii. (cehh.perasan!)

6-lip gloss Lip Ice. 
sebenarnya aku tak suka sangat pakai lip gloss ni. rase macam berat semacam jek. kalo ade function yang memerlukan aku pakai lip gloss, baru la aku calit sket kat bibir. kalo tak, memang tak la aku nak pakai an? tapi ikot mood jugak. kalo hari tu aku terasa nak pakai, aku pakai jek.

7-eye Moist!
penting!PENTING!penting! kenapakah??? sebab mata ku ni tak berapa nak nampak sangat. lepas tu taknak pakai spec an. so, bila dah lama-lama keluar jalan-jalan, mulalah rasa tak selesa. pedih mata la, mata kabur sampai berair-air. so, aku akan guna eyeMoist ni laa. tenkiu eyeMoist!

8-ketip kuku.
aku ni jenis yang suka gigit kuku.untuk mengelakkan aku menggigit kuku ditengah-tengah orang khalayak mase keluar jalan-jalan, aku akan bawa ni masuk skali dalam beg make-up.kalo terasa nak gigit tu, cepat-cepat aku korek beg..keluarkan ketip kuku. so that, takde la ade budak kecik lalu depan, lepas tu cakap.."eiiii.kakak tu gigit jarilah ma". malu makkk!

9-losyen tangan Johnson&Johnson.
ni pon penting. untuk kelembapan tangan. dan yang paling penting losyen ni wangiiii. aku suka bau losyen niii!

10-eyeliner Elianto.
serius aku tak suka pakai eyeliner! mesti korang terpikir. dah tu, apahal boleh ade dalam beg make-up aku? hehe. ni sebenarnya bukan aku punya. ni cik Izzati punya. aku cilok dia punya jap. hehe. rimas la kalo pakai benda alah ni. rase macam berat jek mata. tak suka. tak suka.

11-cuticle treatment Almond Oil-BodyShop.
hehe. ni saje-saje nak letak. in case, kalo tengah boring-boring duk tunggu member tuuu, boleh la aku belai-belai kuku aku kejap an.


ok. tu je la kot barang-barang yang ade dalam make-up bag aku. so, amacam??? korang punya macam mana? ade macam aku tak??


Sunday, October 2, 2011

day 11 - gadjet yang anda ada

hai. (^_^)

hari ni aku nak citer gadget yang aku ade . tapi aku ni jenis yang tak reti sangat bab-bab gadget ni. gadget yang ade pon memang keperluan dalam kehidupan seharian. takde la sampai nak kumpul-kumpul. sket-sket jek la. meh aku tunjuk satu.


1-henpon aku. flip flop henpon!!!
sayang giler fon ni. 1st henfon aku beli guna duit sendiri niiii.  1st time dapat jpa. excited pegi lowyat beli fon.

 ni lepas dah flip.

2-ni laptop aku! takde si lappy, alamatnya..gloomy la hidop aku. thanks lappy kerana menceriakan hidop aku! luv ya!

3-ni cik tikus kiut miut! baru je umo dua bulan. mase tu jumpe kat TESCO Kepong. kesian tengok, takde sape nak bagi makan. so aku bawak balik la. bela dia. bagus dia ni. tak banyak songeh. senang jek nak jaga.

4-ni earphone aku! aku tak suka headfon! besar gedabak! aku suka yang jenis macam ni. senang hidop!

terima kasih kepada gadget-gadget semua kerana telah melengkapkan hidop saya!!! saya sayang kamu! Muahhh!!!

Saturday, October 1, 2011

day 10 - hari ke 10.. apa yang berlaku?

hai. (^_^)

takde ape yang menarik berlaku hari ni.

tapiiiiiiiiii. kena siapkan case write up!!! nak kena anta next week. gO gO gO!!! btw, aku buat case pasal febrile fit. agak common la jugak kat dalam budak-budak punya case. insyaAllah. lepas aku dah abes study pasal ni. kalo ade input yang aku boleh share ngan korang semua, aku share ek! doakan case aku ni tak kena reject ngan dr faisal. aminnnnnnn.

ok la. nak tido. esok nak bangun pagi-pagi, sambung buat case write up!!! hO YeaHHHH!