~~~annyeonghaseyo~~~

Friday, October 14, 2011

day 23 - dream wedding

hai. (^_^)

wedding? kawen? tak pernah terpikir la pulak nak wedding yang camane an. hurmmmm? tetibe terpikir sekejap. take five ek!

mula-mula sekali, kena akad nikah dulu. akad nikah nak kena buat kat rumah. baru meriah sikit. lagi satu, aku nak abah aku sendiri yang wali kan..taknak wali wakilkan jurunikah. abah, prepare untuk anak abah ek. hihihi. (^_^)

alhamdulillah. dah selesai tu. aku nak buat majlis persandingan. sekali seumur hidup tuuu. kena plan and buat betol-betol. tak sabar nak tengok rupa angan-angan majlis kawen aku. (^_^) tak pernah terlintas langsung!

first of all, aku bagi korang invitation card dulu. so that korang boleh datang wedding aku nanti. 
welcome! welcome!

okayyyy. now, jum tengok ape yang aku angan-angan kan untuk wedding aku nanti. benda penting nak kena ada sudah semestinya lokasi an. so, aku nak tempat yang macam ni untuk wedding aku nanti.
~~wedding hall~~ 

~~bride & groom~~

nak baju macam ni!!! tapi pakai tudung laaa. haish! mane boleh show off rambut. haram! untuk hubby i jek tau!

ha! yang ni aku nak pakai khas untuk hubby aku jek! hehe. =P

lepas tuuu. apalagi ek.
huish! boleh aku terlupa. cincin kawen mane? aku ni an jenis yang simple. so untuk cincin pon aku ambik yang simple jek la.
yang ni. okay tak?
tak beragak an?
tapi...nak satu ni jek untuk seumur hidup ni. lepas ni dah tak mintak dah. boleh ek?

kasut ala-ala cinderella gituuu.



untuk kek. tak payah la nak melawa sangat an. masuk perut jugak last-last.

since aku ni asal dari kawasan berpantai. so, ofkos la untuk wedding pictures aku nak gambar yang berlatarkan pantai. jum tengok contoh-contoh pose yang sweet and romantik untuk diabadikan dalam kenangan mase kawen nanti.
gambar aku sorang-sorang jalan tepi pantai sambil ditemani buih-buih ombak putih.

jalan-jalan ngan hubby. eleleleee. manja lettewww! awww.

ngan member-member rapat jugak. geng wajib ambik gambar sekali!


sweet an gambar ni.

aku yang ter'over' hepi dapat kawen.

ni konon-konon mase sunset la. romantik nyerrrrr.

 pose belakang macam ni pon nampak romantik!

sweeeeeeeet.

yang ni nampak groom tu gentleman an. pegang tangan bride, bride tu pulak ikut. hihihi.

lepas tu. gambar-gambar tu semua aku nak letakkan dalam satu album BESAR untuk tatapan aku n my lovely hubby!!! then salah satu gambar yang paling romantik and sweet aku akan besarkan, lepas tu aku nak gantung kat dinding berhadapan dengan katil. hihihi. sweet. (^_^)


--------------------------*TOINK! TOINK! TOINK!*-----------------------------

but....who's my groom? 
jangan tanya aku sape, sebab aku pon tak tau. 
tunggu je la 2014 ek. 
nanti aku citer kenapa  perlu 2014??? kenapa tak 2015 ker, 2016 ker.
yang tu sabar dulu ek.



dah abes angan-angan kawen aku. kembali ke alam realiti.

macam mane. tak over sangat an aku punya angan-angan an? so, korang nak wedding korang macam mana?









Thursday, October 13, 2011

day 22 - tarikh tarikh penting dalam hidop anda

hai. (^_^)

tarikh penting dalam hidup aku?

ofkos la hari lahir aku ke dunia ni! 29 Jun 1990!!!

lagiiii...hari lahir family aku!

abah - 1 Mei 1959
umi - 1 Januari 1959
yoe (abang aku) - 22 Julai 1988
yea (adik laki aku) - 22 Ogos 1992
ajan (adik pompuan aku) - 1 November 1993

------------------------------------------------------------------------
p/s--> takde mood. =( bye.

Wednesday, October 12, 2011

day 21 - benda yang anda wajib bawak bila keluar rumah

hai. (^_^)

outing!!! jummmmm! ape yang aku slalu bawak ek kalo keluar?

aku ni jenis yang simple! biasanya aku kalo keluar tak suka bawak beg. except kalo ade barang banyak nak bawak. banyak ker? hurmmmmm. lets check it out!

1- purse ROXY.

2-henpon.

3-???

rasenyer da takde kot. dah. habes.  see u tomorrow!!!



p/s-->if you want to be happy, be!

Monday, October 10, 2011

day 20 - hari ke 20.. apa yang terjadi?

hai. (^_^)

alhamdulillah. tak sangka sampai jugak akhirnya hari ke-20. pejam celik pejam celik..tak sedar mase berlalu.

okayyy. lets talk! macam tau-tau jek sumtin interesting happened today an?

as i told before, today i had bedside with 'u-know-who' an? so..as expected..the dream comes true!

today, my group had been scolded with 'u-know-who'!

tapi..memang salah kitorang pon. sebab tak complete clerk patient ngan buat PE. rushing kot. patient tetibe disharge! mau tak kalut!!!

ape yang terjadi tadi tuuu, biarlah tersimpan kemas dalam memori kitorang jek. takyah la citer banyak-banyak kat sini. bedside tadi banyak mengajar kitorang ape erti clerk patient ngan buat fully PE kat patient!

so, next group...be prepared okayyy.

bye. penat. nak rehat puas-puas malam ni.

Sunday, October 9, 2011

day 19 - jenis manusia yang menarik perhatian anda

hai. (^_^)

hari ni aku nak citer pasal manusia yang menarik perhatian aku. siapakah?

1. orang yang pakai selendang colourful. aku suka sangat tengok member-member aku pakai selendang yang colourful. nampak ceria! tapi aku tak suka pakai selendang. aku suka tengok jek. tapi ade la satu entry ni aku try pakai selendang for one whole day. serius tak selesa. nak tengok? klik sini! aku ni kalo pegi jek mane-mane then ternampak ade orang pakai selendang, terus aku tengok, takde pusing-pusing dah, aku akan  perhatikan dia punya selendang betol-betol. aku suka tengok cara diorang gayakan selendang diorang. suka sangat! nampak unik dan kreatif.

2. aku suka tengok guy yang muka ala-ala chinese-look. nampak hensem! hehe. gatal an? tapi lumrah ape. perempuan suka tengok lelaki. hihi. tapi aku pon suka jugak tengok guy yang ala-ala indian, tapi bukan versi gelap laaa. versi yang kulit cerah. macam mana tuh? ala. nanti korang akan jumpa laaa. ala-ala bollywood. ceh! uwwekkkk!!! poyo je an? abes tu spesies melayu ni nak letak kat mane kalo yang ala-ala chinese ngan bollywood jek ko tengok? hehe. sory. bukan tak suka spesies melayu, sukaaaa. cuma suka tengok yang ade ala-ala jek pon. gelabah! (^_^)

3. suka jugak tengok pasangan yang baru kawen, pastu duk romantik-romantik. wakkkkluuuuuuuu! sweet giler. (^_^) nanti nak future hubby aku buat macam tu la lepas kawen. LEPAS KAHWIN okayyyyy! pegi taman pegang-pegang tangan. picnic kat tepi tasik. tengok midnite movie. hihiiiii. berangan jek lebih!!! tapi..ade setengah orang annoyed kot buat macam tu kat public. tapi..ade aku kisah. aku kan dah kawen mase tuuu. lain la macam budak-budak yang belom kawen, just kapel tapii...hmmmpph (geleng kepala). sumpah annoyed aku cakap!

okay. dah tak boleh pikir dah. nebes esok bedside ngan 'u-know-who'. bubye! have a nice day! (^_^)