~~~annyeonghaseyo~~~

Saturday, July 12, 2014

Words I couldn't say yet



Is it wrong if i start miss u
Is it wrong if i long for u
I'm sorry for loving u
I cant let u go

Song-Youtube

Tengah nak merajinkan diri! Yoshhh

Assalamualaikum.

Macam mana puasa tahun ni? Cukup? Kaum adam wajiblah cukupkan? Ke ade jugak yang monteng? Piat telinga laju-laju. Hishhh! Kaum hawa..takpe. Ade cuti kan? ;) Tapi..wajib ganti tau! Perbanyakkan amal ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ni. Alhamdulillah. Setahun sekali jek kita nak jumpa bulan Ramadhan. Minta-minta dipanjangkan umur supaya tahun depan jumpa lagi. So, tunggu apalagi..grab all the opportunities yang ada dalam bulan yang mulia ni!!! Selamat berpuasa semua. :)

Okay, sebenarnya nak update blog pasal girlfrens. Tapi, alang-alang tu, sempena meraikan bulan Ramadhan yang mulia, kita selitkan sedikit pasal puasa. ;) Dah lama dah niat nak buat blogpost, tapi tak terbuat. Sebab? Paham-paham la. Diri ini tak berapa nak rajen. :( 

Alhamdulillah. Tiga orang daripada kami bertujuh dah selamat berkahwin dengan pasangan masing-masing. 

Tarikh 21/12/14, Hanis & Haikal selamat diijabkabulkan. Sorry Hanis, tak sempat nak buat blogpost pasal wedding Hanis dulu-dulu. Masa tu kan busy, tengah struggle for final. InsyaAllah..bakal akan dibuat blogpost lepas ni. ;)   


Zati & Fitrie, selamat diijabkabulkan pada 29/5/14. Cik Iz, pon nantikan blogpost pasal wedding Cik Iz ek! ;) Biasalah..tengah-tengah cuti ni kang. Tahap kemalasan diri tu dah macam hape dahhh. Sabar naaa.


Sepasang lagi, Sya & Paih. Setelah duri, ranjau, onak, badai...akhirnya, Alhmadulillah..selamat diijabkabulkan pada tarikh 30/5/14. Nantikan blogpost pasal wedding kay! ;)


Tahniah-tahniah korang semua. Doakan orang pulak ek! :) Hehehe. 

Haaa, tunggu apa lagi? Cepat-cepat la rajinkan diri. Lepas ni dah keje, alamat bersawang lagilah blog ni. Ooppsss! sebelom terlupa! kena update jugak pasal tour trip ke pantai timur. Ahaha. Saje jek letak teaser en! :P


Tapi..gambar-gambar tak banyak sangat. Alamatnya, kena mengarang la ni. Alaaaaa. Okay-okay. Tapi takpe. Karang pon..karang laaa. Kat sini jek nak abadikan moments ngan girlfrens. Dulu ade jugak diari. Tulis-tulis pasal personal life, campur-campur ngan moments semua ni. Tapi, diari dah lama tak update. Fobia..sebab tau, ade orang curi baca diari. Ahahaha..awak tau awak sape kan. sekeh kanggg! :P Senget la..dah habis medic baru bagitau. Grrrrr. Sekarang ni update yang tak personal jek. Tupon dekat blog jek. Takde dah diari-miari semua ni. Hehehe. Yang personals tu simpan kat dalam hati jek. Ecewahhh. Nak muntah aiii! Ahaha :P

So, korang-korang semua. Kalau nak tengok blogpost tu diupdate dengan kadar segera, doakan aku semoga rajin-rajinkan diri bukak blog ek! :)

Have a nice day semua! 


Sunday, July 6, 2014

happy 24th birthday to me!

assalamualaikum.

Alhamdulillah. Umur pada tahun ni masih dipanjangkan lagi oleh Allah SWT. Semoga diri ini bertambah matang dan sabar menempuh dugaan-dugaan yang mendatang. Lepas ni dah start keje semua. Dengar-dengar tough woooo!

Jadinya, tahun ni  my birthday, 29 Jun 2014 bersamaan 1 Ramadhan 1435H. So, apa kita buat? Hurmmm...buat apa ek? Jum kita recall balik. Al-maklum laaa...malas nak update blog bagai. Sekarang ni rasa malas tu berkobar-kobar sungguh. Tak tau nak kata apa dah. Nak online pon malas. Tapi kalo main game tu rajin sesangatlah yerrr. Heheheee. Nak buat camano? Terimo je laaa. :P

Sebenarnya, tak ingat pon pasal my birthday. Jadi, malam before puasa tu kan semua pergi terawih. Termasuk la aku. Habis terawih, balik tu tido. Tak ingat pon birthday sendiri esok tu. Erkkk! Ke dah tua kot? Terlupa mengalahkan orang-orang tua. Haish! -_-"

Sahur pagi tu pon tak ingat jugak. Satu family pon tak ingat rasanya. Dah tuan punya badan tak ingat, orang lain lagi la tak ingat. So, rutin macam biasa la..pagi-pagi Umi, Abah, Yoe, Yei semua pegi keje. Tinggal aku ngan adik bongsu aku, Ajan jek kat umah. Tahun ni 1st time rasanya, time puasa semua ade kat umah setelah beberapa tahun. Meriah la sket.

Jadi..bilanya tau birthday tu? Haaa...tau birthday tu bila bukak fb petang tu. Tengok noti...aih??? awat banyak sangat nih??? Bukak noti...rupa-rupanya wishes birthday from friends. Tapi sebelum bukak fb tu dah pelik dah..asal la image Mr Google harini keluar gambar kek? Aiii..pelik. Tapi buat tau jek..lepas bukak fb baru boleh relatekan. Ahaha. Sungguh tak senstitif! Sorry la..bab-bab peka-memeka ni kureng sket. Eheheee.

Haaa...ni la image Mr Google tu!

Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang wish. Harap ukhuwah kita semua akan berkekalan. Amin.

Disebabkan birthday sendiri pon tak ingat, makanya tahun ni takde ape-ape yang special. Tapi bagi aku sangat special la kot. Tahun ni birthday aku jatuh pada hari pertama puasa, semua satu family aku ade semua. So, i think it is enough, even takde kek semua. :) 

Ingatkan family aku lupa birthday aku. Tapi at least dorang ingat jugak. Heheheee :)

Ajan..ingat birthday aku petang tu. Just after aku keluar bilik lepas bukak fb semua. Yoe...balik jek keje terus gi dapur. 'Eh..eh..harini birthday sape ek???' sambil sengih-sengih. Pastu keluar. Ceit..segan la tu nak wish depan-depan. Yei pon sama. Abah paling lucu. Balik jek keje.. 'Laaa..abah baru ingat birthday upi. Kalo tak boleh beli kek.' Alah..tak kisah pon beli kek ke tidak. Tak larat nak makan kek bulan puasa ni, baik makan kuih-muih lagi best. So, dia decide makan onde-onde je la birthday tahun ni. Ahahaha. Umi pulak, dah aku tak nak semua tu..malam tu ajak gi makan colek-colek lepas terawih. Oh..tidak. diri ini sungguh tidak larat hendak ke mana-mana. Nak tido jek..pleaseeeee. 

So, gitu la kisah birthday aku pada tahun ni. :) Malam tu aku tidur nyenyak-senyenyak-nyenyaknyaaa.

Ucapan untuk diri sendiri:

Happy 24th birthday to Me!!! 

Semoga panjang umur & murah rezeki. Semoga diri ini senitasa diberkati dan dirahmati Allah SWT. Tahun ni akan mula start keje. Keje tu tersangat la tough. Semoga tabah meghadapi ujian-ujian & dugaan-dugaan mendatang. Semoga sentiasa tabah & cekal dalam setiap perkara. Semoga cepat-cepat bertemu jodoh! (ahaha..ni paling takleh blah)

Have a nice day semua!