~~~annyeonghaseyo~~~

Friday, July 14, 2017

Tak salah nk berangan kan?

Assalamualaikum.

Hah! Berangan ape?

Berangan konon-konon 17/7/17 ni, special date. Ade orang datang merisik!!! Ahaha. Angan-angan tahap ape dah tu. Alaa..kasi can la.

Tahu..memang takde ape pon jadi hari tu..dan hari tu akan berlalu macam tu jek.

Tak salah nak berangan kan?

Jangan kecam ai okay.

Okay la. Nak membawa diri jap.

Mohon post ni akan lenyap.

*Pooofffff

Magic sangat kannnn *uprolling eyeballs

Okaybye.


Saturday, July 1, 2017

Kisah Syawal

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin semua.

Finally, dapat bercuti setelah 4 hari bekerja di hari raya nan indah.

Marilah kita berkongsi kisah Syawal tahun ini.

1 Syawal. Pagi-pagi, selepas menjamah rotijalasedap-buatan-umi, laju-laju drive pergi keje. Syahdu jek rasa tengok orang, ramai-ramai pergi masjid..kita pergi keje. Takpe-takpe. Ikhlaskan diri.

Jadi apa yang kita buat di pagi Syawal di hospital???

Haruslah selfie before ward round!!!

Team raya hospital --Abu---Husna---

Dah nak habis shift dah, jumpa pulak si Pipah. Eh! Tersama tema pulak tahun ni!!! Ahaha.


Dah balik tu, makan jammed pulak dahhh. Bila nak sampai???


Nasib dah sediakan biskut buat bekalan awal-awal. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelom hujan. Tapi musim raya ni, kita up sket..sediakan biskut masa jammed. Ahaha!

Tadaaaa!!!


Takdela boring sangat tak tau nak buat ape. Gerak pon 10km/H. Kalau ade geng, boleh jugak buat sembang-borak. Ni kalau dah sorang-sorang, 3 jam tak tau nk buat ape. Nak karok lagu pon dah tak larat dah. Ughhhhh.

2 Syawal. Macam biasa. Keje pagi. Rutin biasa. Bila mana sampai waktu nak balik keje tuuu. Tayar kete pancit!!! Boleh pulak??? Haih laaa. Nasib ade geng yang tunggu sampai tukar tayar spare. Thanks uollsss. Terimakasih yang tak terhingga jugak kepada MA saya, Abe Ki! Tolong tukarkan tayar spare. Terbaikkkk!


3 Syawal. Saya keje malam. Haritu, wedding Adda+Faizal. Member time HO dulu-dulu. Haruslah attend wedding dia. Susah-senang time 1st posting ORTHO, survived dengan 2 orang HO jek. Saya oncall, dia postcall. Saya postcall, dia pulak oncall. Postcall pon still masuk OT, gi klinik. Tolong-menolong mengeratkan ukhuwah persahabatan. Syahdu pulakkkk. Ahaha. 

Tahniah Adda!!! You look so beautiful!!!




Tahniah Adda+Faizal. Semoga perkahwinan diberkati dan dirahmati Allah swt. Aamiin.


4 Syawal. Postnight. Rush pergi tampal tayar kat bengkel. Tayar spare takleh guna lama-lama tau & takleh bawa laju-laju. Makanya, kenalah tukar as soon as possible. Balik rumah tu, ingat nak tido..sebab malam nanti nak naik keje malam lagi. Tapi, sayangnya..tak dapat nak lelapkan mata seperti yang dirancangkan. Sebab malam tu ade satu kes complicated sket. So, dia terbawa-bawa keesokkan harinya..tak dapatlah nak tido. Lepas Zohor, baru lelapkan mata. Terjaga pukul 6 petang, laju-laju mandi..solat Asar. Terasa lapar pulak perut. Seperti pucuk dicita, ulam mendatang. Rumah sepupu ade buat open house, makan laksa!!!! Yummeh! Makan laksa dulu, baru pegi keje.

Malam tu, keje macam biasa.

5 Syawal. Pagi, nak balik keje tu. Speechless. Again, kete buat hal. Pancit lagi. Takpe. Chill. Jum, kita try isi angin dulu. Sampai dekat Shell, isi angin. Nah, ambik..berdesup bunyi angin keluar. Angin yang masuk dengan yang keluar, lebih kurang sama jek. Dah cuak dah. Nak kena tukar tayar spare lagi ni. Nasib baik ade uncle-Shell, tolong carikan abang-baik-hati, tukarkan tayar spare. Terimakasih uncle-Shell & abang-baik-hati. Jasamu dikenang.

Tengok jam. Dh pukul 8.30pagi dah. Ade janji dengan kawan nak pegi melawat anak kawan baru lahir. Apa-apa pon, tayar ni mesti kena tukar dulu. Gigihla duk mencari kedai tayar sepanjang perjalanan tu. Tapi hampa. Sebab, terlalu awal pagi..kedai pon belum buka lagi. Lastly, decide tukar kat KB jek. 

Dah siap tukar tayar & breakfast (makan adalah wajib. ahaha *boleh crancky kalau lapar/ngantuk), barulah berangkat ke rumah baby kecikkk!.


 Baby Fena&Paan --Ayra, namanya--- 
*ntahbetolketidakejaannya

Haruslah aunties&uncle bergambar skaliiii.


Tamat sudah kisah Syawal 5 hari. 
Balik rumah, memang cranky habis-habisan. *tak cukup tido & lapar. 
Masak maggi-makan-switch off-tido.

Eh.eh. Lupa nak bagitau. Actually, birthday saya 29 Jun 2017 jatuh pada 5 Syawal. Happy birthday to me. Tak sempat nak celebrate. Penat sangat keje haih. Next time, kita celebrate okay.

Apa dia??? Umur? Alhamdulillah. Dah 27 tahun dah. 

Happy birthday to ME!
Semoga panjang umur, murah rezeki dan bertambah matang dalam menjalani hidup. 
Cepat-cepat jumpa jodoh! Aamiin. 
*payah benar nak jumpa jodoh ni, ntah kat mane nyoroknya. 
haih laaa.


Quotes for myself :::

"How i wish...i can be a strong woman. 
But, im always end up be treated like an option.
Isnt it sad when u get hurt so much, u can finally say...
'im used to it'