~~~annyeonghaseyo~~~

Wednesday, October 8, 2014

Intai-intai wedding girlfrens! part 2

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Harap-harap sihat ek semua. Lama dah tak update blog. Hurmm..asyik duk mengulang ayat tu jek. Nak buat camana..ai busy uolls. Busy sangat!!! *tangan.ke.bahu.mata.ke.atas

Okay. Tak nak cerita panjang. Harini saya nak update pasal wedding Zati&Fitrie, Sya&Faiz dan pasal KL-Terengganu-Kelantan's trip! Tak tau nak start dari mana. Banyak sangat cerita & sweet moments sepanjang tu. Saya share story yang superficial jek ek, yang deep-deep tu simpan dalam my memory jek.

Beberapa hari sebelum Zati's wedding, saya pegi KL dulu. Saya stay kat rumah Min, sebab rancang nak gerak sekali dengan housemates dari KL ke Terengganu. Alang-alang tu sempat la saya attend lagi satu member's wedding kat KL. Tahniah lagi sekali untuk Azie & Anas! :)

Esok pagi after wedding member tu, saya & Min pergi rumah Biela. Berkumpul kat situ, jumpa Hanis & Haikal. Dalam tengah hari macam tu, baru kitorang gerak dari KL. Haikal is our driver for this KL-Terenggganu-Kelantan's trip! Thanks Haikal! :)


Alhamdulillah, kami semua selamat sampai ke Terengganu. 1st tempat kitorang stop, dekat Kemasik. Sempat la layan pantai Kemasik kejap. Makan-makan ikan goreng tepung, keropok, pisang goreng & air kelapa. Hehe. Lepas tu, sambung balik trip sampai ke Kuala Terengganu. Sebelum tu sempat singgah makan roti nan dekat Kerteh. Bagi chance dekat Min mengimbau kenangan masa kecil-kecil dulu kat Kerteh.


Dekat KT, kitorang stay 2 malam. Sempat la kitorang pergi snorkeling dekat Pulau Kapas. Buang tebiat kan kitorang ni? Ada ke...nak jadi bridesmaid, pergi snorkeling before tu. Ish3..sungguh tak sayang kulit. Nasib baik tak sunburn sangat. Hehee. Itulah kitorang..ntah apa-apa la yang kitorang ni buat. That's what we called us as "the retards". Heheee. :P








Masa snorkeling tu paling lucu. Saya ni jenis suka main air, tapi takut nak swimming. Tiba-tiba jek pergi snorkeling. Even takut nak snorkeling, tapi cuba beranikan diri sebab bukan selalu ade peluang nak main air dengan kawan-kawan macam ni kan. Dengan umi, memang tak boleh la. Masa awal-awal turun dalam laut tu, takut-takut lagi. Dah lama-lama dah tu, macam dah berani sikit. So dengan bangganya, berenang-renang tengok ikan & coral. Sedar-sedar jek rasa macam dasar laut makin cetek. Ceh! Dah nak sampai ke tepi laut rupanya. Kena tolak dek ombak la tuu. Adeh. -_-" Poyo jek berenang-renang tadi.

Masa tengah berenang-renang tadi, ada ternampak banyak sangat landak laut. Tapi bak kata Min, tu "landak labu". Landak labu pon boleh Minnn. ;) Then, tetiba PakCikBoat panggil dari tengah-tengah laut..dah nak balik dah. Langit pon nampak gelap, macam nak hujan. Saya, Min dengan Biela..yang tersadai kat tepi pantai pon, kelam kabut la berenang balik pegi ke bot tu. Tapi, berenang punya berenang..tak berganjak-ganjak jugak. Last-last, asyik terpijak "landak labu" jek. Saya tak kena sangat, sebab asyik melekat atas badan diorang jek. Min dengan Biela yang kena banyak. Kesian diorang. Sorry sangat-sangat. :'( Nasib baik takde apa-apa.

Balik snorkeling malam tu, pergi makan seafood!!! Yeayy!!! LOVE IT!!! :) Kenyang sangat! Puas hati sangat. Thanks Kak Awin (akak Min)!




Esok tengahharinya, kami semua berangkat ke Besut, Terengganu..aka rumah Zati. Sampai rumah Zati lebih kurang pukul 2 lebih. Kitorang stay dekat homestay bersebelahan dengan masjid tempat Zati akad nikah. Petang tu, Zati bawa kami semua pegi makan Megi Ketam!!! Not bad la. Sedap! Tapi, macam tak puas makan megi+ketam. Sebab ketam kan macam leceh sket, nak kena gigit-gigit lagi..kopek-kopek lagi. So, dia membantutkan selera. Amboih...komen taknak kalah.

Malam tu pulak, kitorang berhempas-pulas siapkan photobooth Zati's wedding. Semangat kalau bab-bab mcam ni. Pukul berapa ntah kitorang tido malam tu.

Esoknya, bangun pagi-pagi. bersiap ke majlis akad nikah Zati & Fitrie. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz.. Zati sah menjadi isteri kepada Fitrie pada 29 Mei 2014. Fitrie..jaga Zati baik-baik. Tahniah, semoga masjid yang dibina sentiasa diberkati & dirahmati Allah SWT. :) Amin. Happy for both of u!

Layan gambar-gambar masa Zati & Fitrie's wedding!














Petang tu, lepas selesai semua majlis. Kami semua berangkat terus ke Kelantan. Now, last tempat persinggahan..rumah saya. Dah nak dekat pukul 9 malam baru sampai rumah. After makan-makan, semua siap-siap nak pegi Wakaf Che Yeh. Diorang nak kenal sangat tempat tu. Padahal, saya pon jarang pegi. Heheee. Nampak Haikal penat sangat, so saya volunteer jadi driver untuk malam tu. before pegi Wakaf Che Yeh, saya bawak diorang pegi Pantai Geting dulu. Sebab dengar-dengar ada pertandingan wau tercantik malam tu sempena Pesta Wau Antarabangsa. Lepas tu baru gerak pegi Wakaf Che Yeh.

On the way nak pegi tu, boleh pulak sesat..silap masuk simpang. Ish3..tulah. Nama jek duduk kat Kelantan, tapi tak pernah nak menghafal jalan-jalan kat Kelantan. *yeahh..im bad in direction. poor me -_-"* Diorang cakap tempat tu sama jek macam Uptown kat KL. Lebih kurang laa. Saya pon jarang sangat pergi. Heheee.

Esok pagi tu, umi buatkan nasi dagang. Sedap!!! Lepas tu, kami semua siap-siap nak pegi majlis akad nikah Sya & Faiz pulak dekat Pasir Mas.


Alhamdulillah. Sya pon selamat menjadi isteri kepada Faiz dengan sekali akad sahaja pada 30 Mei 2014. Tahniah, Sya & Faiz! Semoga perkahwinan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Amin :) Kejap jek duduk dekat majlis akad nikah Sya, sebab nak bawa diorang semua pegi melawat Pasar Siti Khadijah pulak. Dekat Pasar siti Khadijah, tak sempat pon nak duduk lama-lama. Sebab pegi hari Jumaat, tengah hari pasar dah nak tutup. After solat Jumaat, baru urusan jual-beli semua start balik.

Petang tu pulak, after solat Jumaat..kami semua plan buat barbeque dekat Pantai Melawi. Semangat ni pergi Pantai Melawi, padahal pantai ade jek depan rumah. Tapi sebab nak tengok & rasa macam mana landainya Pantai Melawi macam yang diperkatakan orang-orang yang pernah pegi sana..pergilah jugak kami semua. Tapi tak sempat nak mandi pon, sebab ralit sangat duk membakar ayam. Sedar-sedar jek dah nak dekat maghrib dah.


Balik malam tu, memang tido lena yang teramat la. Penat..tapi happy! :)

Esoknya, bangun pagi-pagi lagi. Harini ada plan nak pegi wedding Zati & Fitrie..tapi kali ni sebelah Fitrie punya. After attend wedding Zati & Fitrie, pegi pulak majlis bersanding Sya & Faiz.





After tu, bawak pulak diorang pegi borong keropok. Seronok tengok diorang memborong keropok. Lepas tu, saya plan nak bawak diorang kenal Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Macam tak best kalau tak bawak diorang pergi sana sebab dah alang-alang sampai kat Tumpat ni. Dekat sana, ade la beli barang-barang sket, coklat semua tu.

Dah habis berpusing dekat dalam Kawasan Bebas Cukai tu, bawak pulak diorang pergi Kg. Laut, Palekbang. Tempat tu memang famous dengan serunding ayam, daging & ikan. Saya bawak diorang pegi sana sebab diorang cakap nak cari serunding sedap untuk bulan puasa nanti. Tapi, memang puas hati la. Serunding ayam, daging & ikan kat situ memang the best la! I like! :)

Seharian kitorang berjalan. Penat takyah cakap la. Tapi sebab tau, ni jek last time yang ade untuk spend time together before kitorang start keje after this..kitorang abaikan aje penat semua tu. Sebab bagi kitorang our friendship is the best thing ever that happened in our life! Love our friendship so much!

Esoknya..Hanis, Haikal, Min & Biela bertolak balik KL. Sedih. Sedih sangat. Tak tau bila lagi boleh jumpa diorang. Nak sangat have fun dengan diorang macam time student dulu-dulu. :'( *Tetiba rindu student's life, midnight movie, shopping-time!!!, makan-time!!! Rindu sangat-sangat!

Thanks korang untuk semua kenangan manis or pahit selama berkawan dengan korang semua. Love uolls so much!

p/s: Aina & Zati jugak, even tak join our trip kali ni, but remember..u are part of us! ;)  




Bubye!
Till we meet again at convo's day! InsyaAllah.
Cant wait!
^_^