Apa khabar blog? Sian kat blog kan..? Dah lama tak bukak. Tapi takpe, dah lama tak bukak pon..blog still dalam ingatan. Jangan merajuk ngan kita tauuu. Nanti kita takde sapa-sapa nak luah isi hati kita ni.
Nak tau tak. Tadi, lepas kita balik keje kan..kita rehat-rehat jap sambil tengok tv. Housemates kita takde, cuti..so diorang balik rumah parents. Tinggal kita sorang. Uhuk..uhuk. :( Tapi bukan sedih pasal tu. Tak macho la sedih sebab tu. *gedikgilagunakitakitalapulakkk.adeakukisah?nanhadooo
Kita sebenarnya kann, tetiba terimbau kembali 1st day masuk keje kat HTM, posted at Orthopaedic department. 1st day jumpa bos-bos kat Ortho team, perghh..sempoi nya Ortho team ni. Tapi memang fun pon duk Ortho. Ade orang cakap kalau dapat Ortho posting 1st, mesti best sebab dapat relaks2. NOOOO!!! Sape cakap? Meh sini..nak piat telinga sket ni. Hurmm..kalau ramai HO, maybe la kot. Tapi kitorang kat sini kekurangan manpower. Tapi, bagus jugak untuk 1st poster..cepat belajar benda baru & dapat belajar banyak benda. Hoyeahhhh!!!
Tapi, ending Ortho posting tak berapa nak fun sangat. Sebab..rasanya semua tahu kan? Penghujung Disember 2014, Pantai Timur ditimpa musibah..banjir besar melanda negeri Kelantan, Terengganu & Pahang. HTM pon terkena juga tempias banjir tu.
Bayangkan HTM yang dikenali sebagai 'Hospital Atas Bukit' jadi pulau. Bandar TM tenggelam. Rumah2 kedai 2 tingkat hanya nampak tingkat atas jek. Air naik hampir ke pintu masuk pagar HTM, arus air tak payah cakap la..deras, laju giler. Siap ade pusaran air. Scary gilerrr. Kayu2, pokok2, rumah2 hanyut sekali lalu jek. Kitorang yang kat atas bukit ni, mengucap panjang tengok keadaan pada masa tu. Dalam masa banjir tu, tetiba teringat dekat bos-bos Ortho, Ms R (bukan nama sebenar) & Mr I (bukan nama sebenar), mereka duduk dikawasan yang terkena banjir tu la. Semoga mereka tabah hadapi dugaan & ujian Allah swt.
Nak dijadikan cerita, hari yang nak terjadinya banjir..aku oncall. Petang tu, bekalan eletrik terputus. Dah rasa semacam jek. Paras air petang tu, laju giler naik. Malam tu ade la few cases been admitted. Operation room memang tak boleh function dah, sebab selain bekalan eletrik terputus..bekalan air pon dah mula takde.
Keesokkan paginya, after blood taking semua, otw ke lab nak pergi hantar darah..pelik! Apasal ramai sangat orang kat hospital ni, to be specific kat koridor hospital. Dengan pakcik, makcik, budak-budak kecik semua. Setel pegi lab, terdetik hati nak pergi tengok apajadi dengan paras air petang semalam. Ya Allah. Subhanallah. Mengucap panjang tengok paras air. Tenggelam sudah bandar TM. Sedih sebab terpikir postcall--stranded kat hospital. Dapat tahu, memang jalan dah tak boleh lalu, terputus terus hubungan.
So, dah mindset dah. Memang kami2 yang ade kat hospital jek yang akan terus bekerja, rawat pesakit semua. Bayangkan stranded..tanpa eletrik, bekalan air bersih, makanan, minuman. Tapi..Alhamdulillah, kami survived..even penat. Memang kerjasama doctors-nurses perlu sangat-sangat pada masa tu. Masing-masing penat, exhausted. Tapi demi pesakit-pesakit, kami kerja dengan hati seikhlas mungkin. Cuba tolong satu sama lain. Take turn rehat, so that badan takde la rasa penat sangat untuk buat kerja.
Almost 5 days stranded. Banyak sangat pahit manis sepanjang 5 hari tu. Tu semua pengalaman yang memang tak dapat dilupakan. Pengalaman yang tak boleh dapat kat tempat lain. Pengalaman yang mengajar kita. Ada hikmah di setiap perkara yang terjadi.
Reda jek banjir, tinggal few days jek lagi untuk tinggalkan posting Ortho. Berat rasa hati nak tinggalkan Ortho, tapi life must go on. Apa-apa pon, Ortho team still dalam ingatan. Sweet memories! ;)
Sedih & terkilan. Sebab tak sempat nak jumpa Ms R & Mr I, minta halalkan segala ilmu yang diajarkan. Sempat jumpa Mr N (bukan nama sebenar) jek. Thanks to all of them. Tak lupa jugak..MOs semua, Dr F, Dr K, Dr S, Dr I, Dr R (tu nama glamour dorang, bukan nama sebenar). Minta halal semua ilmu & thanks for all tunjuk ajar. Sob..sob. Untuk 1st poster macam kami ni, banyak sangat belajar dalam 4 bulan ni, tu pon rasa macam ade jek yang tak cukup lagi. Hehehe. InsyaAllah, dalam Surgical posting ni..semoga bertambah-tambah lagi ilmu. Amin.
p/s- Ortho team sempoiiii. ;) Sekarang ni, Surgical posting. Please be nice to me. Will try to do the best! ;)