Assalamualaikum.
Apa khabar semua? Alhamdulillah, semua sihat.
Actually tak tau nak tulis ape sebenarnya. Tapi, tangan ni gatal la sangat nak bukak blog ni. Tak tau nak tulis ape.
Ermm. Nak merapu apa ni.
Meh la kita buat story line, nak? 🙈 Jum. Kita buat pasal cintan cintun. Lama dah tak jiwang ni. Dah berkarat rasanya.
Ade sorang budak ni; Cempaka (bukan nama sebenar) aka Cem, dia punya life punya la conplicated yang amat. Bukan the whole life la, love life dia. Tapi dia bersyukur sangat-sangat, walaupun love life dia complicated..dia ade family yang supportive dan kawan-kawan yang selalu ada time dia rasa something missing.
Dia ni dulu, masa remaja punyalah wild-tapi-jinak. *Acane tu? Ntah. Paham-pahamkan lah.
Suka sangat flirt-flirt dengan ntah sape-sape. Tapi satu habuk pon tadakkk. Biasalah, remaja kan aka budak-budak in transition zone. Suka main-main. Sampai la satu masa tu, dia rasa dia dah jadi dewasa kot. Dia nekad nak berubah.
Bila dia sambung belajar, dia punya azam tu..walaweh, takleh blah. Taknak couple. Puiii. Kawan-kawan dia gelak kot. Boleh percaya ke dia ni? Tapi, dia ni seorang yang jenis-kalau-dia-nak-memang-dia-buat. So, almost 3 tahun dia free-of-coupling. *Takde orang nak lettew.
Sampai la satu ketika tu. Ntah angin kus-kus ape, dia rasa lonely sangat-sangat. Dia dah penuhkan semua aktiviti harian dia; study, study, study, baca Quran, solat hajat, minta hati kosong terisi *Alhamdulillah* , keluar ngan kawan-kawan, regularly balik kampung jumpa family. Tapi still tak membantu dia.
Lepas tu, ade sorang kawan ni tersembang ngan dia. "Weh, kau nak kenal kawan baru tak?" 😏
Dia ni buat muka. Pehal tetiba? 😑
"Sebab aku tengok kau ni dah ntah ape-ape. Kena ade kawan baru kot."
Alah, pandai la dia tu.
Tapi, dalam dia duk kondem kawan dia tu..dia berkenalan jugak dengan Arumi aka Arum; kawan baru tu. Duhhh 🙄
Mula sesi perkenalan. Kenal-kenal. Alamak dia ni tersangkut la pulak. Al-makkum la, dia ni dulu satu sekolah tahu yang memang kaki flirt. Skali dah lama tak main ayat-ayat manis, terkena la kot. 🙊
Nak dijadikan cerita, bertahun-tahun duk contact. Si Cem ni pon rasa, mungkin kini tiba masanya untuk berterus terang. Si Cem ni memang seorang yang berani-gagah-perkasa. 💪🏻 Lalu berbekalkan jati diri dan semangat azam yang kuat, dia pon meluahkan perasaannya itu.
Tapi, langit tak selalunya indah..malam bulan tak berbintang, dia di reject. Sakitnya tuh disini. Adehhh. 😓💔 Lalu dia pon beransur-ansur mengundurkan diri. Melepaskanmu..bukan mudah bagiku untuk ku melalui semua ini. 🤒
Tapi, si Cem ni still berkawan dengan si Arum. Tahun berganti tahun, si Cem ni setia walaupon dia tau si Arum ni tak suka pon kat dia. Apa ke benda la si Cem niii. Sampai la dua-dua dah habis study, masing-masing dah kerja..dua orang tu still duk contact lagi. Suka hati korang laaa.
Aiii..bila dibiarkan si Cem ni, menjadi-jadi dia ni. Jum kita tengok, apalagi yang dia nak buat.
Si Cem still tak berputus asa. Katanya, dulu dia direject..maybe sebab dua2 masih tak stabil, tak matured. Macam mana kalau kali ni, dia try approach lagi? *Alamak!!! Lantak kau la Cem.
Dengan beraninya, si Cem ni pegi meluahkan rasa hatinya sekali lagi. *Kegilaan apakah??? 😱
Dan sekali lagi itulah dia direject. 💔 Brokenhearted lagi skali. Melepaskan mu... 🤒
Lepas tu si Cem macam give up and tawar hati. Tapi tu kejap jek tau. Ntah ape la yang tak kena dengan si Cem ni. Dia ni dah la tak pernah jumpa, tak pernah dengar suara *yelaa, call pon tidak..asyik mesej jek manjangg* , tapi yang hairannya..kenapa la si Cem ni takleh move on. Lelaki kalau dia dah reject banyak-banyak kali tu, dia memang taknak la. Kau paham ke tidak Cem??? 😖
Dalam duk tawar hati tu, sempat setahun dia tak contact ngan si Arum. *see! Arum pon tak peduli pon kat kau, Cem!
Diam-diam si Cem ni, dia pegi contact balik dengan si Arum tu! Lepas setahun dia bertahan. Astaghfirullahalazim. *Aku pon tak faham dah dengan story line cite ni.
Nak dijadikan cerita lagi, si Cem ni pegi confessed lagi skali kat si Arum tu. *Hey, Cem! Kau ni dah kenapa??? 💣
Dan lagi skali la dia direject oleh si Arum tu. ⛈
Enough is enough Cem.
Lalu Cem pon membawa diri setelah dia direject 3x oleh si Arum. 🏃🏻♀️🏃🏻♀️🏃🏻♀️
Balik kampung, nak tenangkan fikiran dan muhasabah diri. Apa yang tak kena dengan dirinya. Tapi, Cem dikejutkan dengan satu berita yang bisa menggugurkan jantungnya.
"Semalam ade orang datang merisik kamu" Ayat super power daripada ibu si Cem kepada Cem.
Serasa kecil kepala Cem seketika. 💆🏻 Dugaan apakah ini?
Siapa pulak datang merisik Cem? Jeng-jeng-jeng.
To-be-continued! Soon! 🙋🏻
P/s:Okaylah. Ngantuk dah. Habis idea dah. Nak tido dah. Nite. Cerita ni hanya rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan kehidupan siapa-siapa. ✌🏻️