~~~annyeonghaseyo~~~

Saturday, April 21, 2018

Ade orang cakap “...


“Kalau jodoh tak ke mana.”

Kita kena jawab...

“Kalau sayang kena usahakan.”

Sis..mudah terhibur. ☺️☺️☺️

Saturday, April 7, 2018

Maybe..the trust issues that i’ve been dealing with? Hurmmm...


.....


She has trust issues because she has been lied a couple of times.

She sometimes questions your intentions because she has been cheated on before.

She sometimes pushes you away because she wants to know how far can you deal with her.

She is impatient sometimes because she is so sick of promises.

She is dramatic and has mood swings because she got to deal with her hormones.

She knows that she is acting too much sometimes, but she also regrets that.

She only wants a little more patience from you. She hopes it is not too much to ask.

written by: Neil Jed Castro


.....

Sambungan si Cem.4

Assalamualaikum.

Haaa. Siapa yang tertunggu-tunggu sambungan si Cem??? Baik mengaku! Ahaha! Actually dah tak ingat dah pasal si Cem tu. Dah bahagia ke dia? Ke masih sama lagi? Uolls nak sambungan si Cem ni happy ending ke sad ending kali ni? Hehee. Ngade kan!

Okaylah. Baca sampai habes okay sambungan si Cem ni!

Bertahun berlalu, si Cem ni masih sendirian aka single. Dia pon tak tahu apa yang tak kena dengan diri dia ni. Mungkin dalam diri dia masih lagi ada rasa untuk tidak percaya pada lelaki. Tapi ayah, abang dan adik lelaki dia kan lelaki jugak..takkan diorang tu pon dia tak percaya jugak? Si Cem bagitahu yang tu scope lain, family kira lain. Oohh.Okay.Faham. Berbalik kepada cerita si Cem.

Bukan dia takde hati nak kenal lelaki, bukan dia tak buka hati untuk menerima lelaki dan jugak bukan dia tak bagi peluang untuk lelaki mengenali diri dia. Tapi bila dia buat keputusan untuk ke arah tu, hati dia jadi ragu-ragu. Sudah betul-betul bersediakah dia? Adakah bahagia menemuinya, atau luka untuk kesekian kalinya? Pengalaman lalu yang pahit mengajar dia apa itu erti patah hati, dikhinati. Pengalaman lalu juga mengajar dia untuk tidak terburu-buru menerima cinta bilamana hati dilanda kekecewaan. Lantas itu dia membawa diri, mengikut haluan hidup yang entah dimana pengakhirannya.


Ibu dan ayah selalu bertanya, sampai bila harus begini? Tidak terbukakah hati dia untuk membina mahligai cinta bersama dengan yang tersayang? Mana mungkin dia memberi jawapan tepat, sedangkan dalam dirinya kosong..pasangan pon entah dimana. Maka, berdiam diri adalah jawapannya.

Bahagia..siapa taknak hidup bahagia. Tapi bahagiakah dia jika dia berkahwin sedangkan dirinya kosong tanpa sekelumit rasa? Bahagiakah dia jika menerima seseorang yang tidak dia kenali didalam hidupnya. Ya betul, sesetengah orang ada mengatakan..bercinta lepas kahwin lagi manis. Betul, bercinta lepas kahwin memang manis..jika pasangan kita itu memahami dan menerima kita seadanya, dan kita juga begitu. Tapi, jika sebaliknya yang berlaku..bukankah derita akhirnya. Ianya satu risiko yang besar.

Yang sebenarnya, bukan bercinta sebelom atau selepas kahwin yang ingin ditekankan..tetapi berkenal-kenalan mengikut syariat Islam sebelom melangkah ke alam perkahwinan itu sebaiknya. Jika serasi teruskan, jika tidak..pandai-pandailah buat keputusan. Betul tak.

Hurm. Lebih kurang macam tu lah hidup si Cem dalam tahun-tahun sudah. Sekarang Cem hanya fokus pada kerjayanya. Pergi kerja, balik kerja. Sesekali balik kampung untuk menjenguk kedua ibu dan ayahnya. Dan masih berharap, akan ada yang dapat meruntuhkan benteng dalam hatinya untuk insan yang bernama L.E.L.A.K.I dan  dapat membuka hatinya untuk merasa perasaan sayang dan disayangi.

#Alahai. Serius. Takde idea nak buat sambungan si Cem ni. Sudah-sudahlah dengan cerita si Cem ni. Kita try cari jalan cerita lain pulak next time. Officially, kisah si Cem sampai kat sini jek.

T.H.E.-E.N.D