~~~annyeonghaseyo~~~

Thursday, July 19, 2018

Makan-makan

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Sihat? Alhamdulillah..kalau semua sihat. Saya ada sikit batuk-batuk & selsema. Musim orang demam kot. Mintak-mintak cepat sembuh ya?

Okay. Harini nak citer pasal housewarming. Housewarming sangat 💁🏻 Ahaha. Bukan rumah sendiri lagi..kuarters jek pon. Ingat tak haritu ada citer pindah kuarters. Kitorang ada buat planning, lepas raya ingat nk buat majlis makan-makan sikit. Suka jemput orang datang makan-makan ni. Meriah! Buat kecil-kecilan jah..jemput rakan-rakan sekerja jah. Acah-acah housewarming gituuu.

Planning nak buat bbq, tapi macam kosong sangat. So, kitorang add on menu on the list; bihun goreng, spagheti goreng, kek batik, cream puff, buah-buah sikit. 

Lepas asar baru majlis start. Yela..haritu baru habis keje malam; 2nd night, mengantuk yang amat. Sehari sebelom tu dah pergi cari barang-barang nak prepare semua. Habis jek keje malam, pagi-pagi lagi pergi beli ayam dengan Una..nasib baik jugak, tengah hari baru boleh ambik ayam tu, kena order dulu. Bolehlah lelap mata kejap sebelom bertungkus-lumus. Balik kuarters, perut lapar cari makanan. Alhamdulillah, housemate ada buatkan breakfast. Makanya, makan dulu sebelom beradu.

Yums!


Nak dijadikan cerita, bila dah tido memang tido mati. Bangun-bangun jek tengok jam pukul 2 lebih. Nasib baik housemates tolong ambikkan ayam, siang ayam & perapkan ayam. Diorang pon nak kena masuk keje balik pukul 3. So, selebihnya..me & Farah yang setelkan. Dah janji ngan diorang nak masak spagheti, tapi tak siap satu apa pon lagi. Nasib baik ada adik-adik pah & una yang datang tolong kemas & susun atur meja. Terima kasih uolss, nanti boleh minta tolong lagi! 😉

Kelam-kabut mandi, & turun balik nak sediakan spagheti. Laju kemain masak, main campak-campak jek..terus siap! Tepat-tepat lepas asar, geng-geng laki sampai. Mintak tolong diorang prepare tempat untuk bakar-bakar.





Dah habis hidang semua. Majlis pon bermula. 






Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. Happy dapat berkumpul ramai-ramai. Makan ramai-ramai. Happening sangat! InsyaAllah, diharap persahabatan yang terbina ini terjalin utuh! 💪🏻 Terima kasih kepada semua yang hadir & memeriahkan majlis kami! 😍 








** sampai ke malam majlis haaa.

Bye!


Sunday, July 15, 2018

Nak tido, tapi tak boleh.

Assalamuaalaikum.

Hajat dihati nak tido lepas balik keje. Semalam keje malam, malam ni..2nd night keje malam. Selalunya balik rumah, minggu ni ade planning. So, satu minggu ni stay kuarters jek.

Tadi dapat call. Terganggu pulak tido. Takpela. Okay, so citernya..lepas dapat fon call tu, tetiba tak boleh nak tido. Makanya, marilah kita bercoret-coretan sedikit di pagi yang indah ini. *walaupon mata mengantuk yang amat.


Hurmm. Dah kenapa tetiba post pasal tu? Actually dah lama nak cakap pasal benda ni, tapi kerajinan tu takde dalam diri ini. Maafkan hamba. So? Apa citer?

Well. Nak hurai lebih-lebih, taklah pandai sangat. Tapi, setuju la dengan apa yang ditulis..COMMUNICATION is IMPORTANT in relationship. Apa-apa tak puas hati ke terasa ke apa ke..tolonglah terus terang. Dan jangan sesekali menipu! Lagi satu, bila dah salah ke apa..minta maaf laa. Tak luak pon. Ni, masing-masing nak ego. Lepas tu diam berhari-hari. Mohon jangan diam berhari-hari. Untuk siapa yang ada trust issues, benda ni tersangatlah sensitif. Macam-macam yag diorang pikir. Diorang bukan minta mesej 24H, at least ada la khabar berita. Last-last, masa diam berhari-hari tu laa..ade la pulak orang ketiga cuba menjengah masuk. Kalau relationship tu memang dah utuh..mungkin benteng tu kuat la. Tapi, kalau baru-baru nak kenal hati budi..tetiba senyap takde khabar berita, mungkin peluang orang ketiga tu la kot. Yelah, dah uols pon tak tau status uols tu ape..lepas tu diam seribu bahasa..takkan la yang disana nak mengharap pada yang sunyi sepi itu? Betol tak? Yes, mungkin ada yang cakap..diam lama tu bersebab. That's why awal-awal tadi dah bagitau..communication is important. Cuba bagitau apa yang jadi, takde la melarat-melarat.


So, bila jadi macam tu..dah macam payah sangat. Akhir kata, moh le kita tidur! Senang hati!  Hari pon best jek, sebab cukup tido. Heheee.


"
"

I would say..follow the flow. I believe that Allah swt has flexible plan for each human being. Allah swt had a plan for you before you were born, and yet Allah swt still has plan for you.

Okay, dah habis merapu-meraban. Mohon mata ni tido okay. Malam ni nak keje lagi. Okay, bye!







Sunday, July 8, 2018

Hurmmm



“You have no idea how hard it is to force myself to stop thinking about you sometimes.”

“Hopes. Sometimes, that all you have when you have nothing else. If you have it, you have everything.”


Tuesday, July 3, 2018

“Sebelum LAMARAN Diterima”

Assalamualaikum.

Hah. Terkejut baca title post tu eh? 😜
Ni nak citer pasal novel “Sebelum LAMARAN Diterima” by Ayumi Syafiqah.
Rasa macam terpanggil nak tulis pasal novel ni. Actually, i just fall in love with the Cami & Kai’s love story. Dan yang paling best..every chapter, ada macam love quotes tu haa. Suka baca benda-benda macam tu..sebab rasa macam tengah berbicara dengan hati sendiri. Haa..yang tulaaa, kalau perasan..ada random post tu. Quotes daripada situla. 😍

Lagi satu, suka sangat macam mana writer tu selitkan lagu dan lirik dalam penceritaan. Yes..my obsession is music! Memang feel habis baca novel! Sambil baca novel..search lagu and dengar lagu with nice melody and beautiful lyrics! Memang feel habis laa! Its just perfect for me! 😍

Tapi, biasalah..cerita cinta novel jek yang best. Realiti takde macam tu. So, kita escape masuk dalam zone lain jap. Realiti tu hakikat. Sakit..sakit pon kena terima dan hadap jugak. Peace yo! ✌🏻

Selalu jugak tanya members yang dah kahwin and bakal kahwin,..macam mana dorang tau and boleh buat keputusan untuk kahwin dengan husband/bakal husband dorang? Macam mana diorang tahu..like, “Yes, he is the one!”

The answer is..”krikk..krik..” sambil, kau tengok aku, aku tengok kau. Hurmm, susah jugak eh! Lastly, dorang akan jawab..”Kau akan tahu.” Dan, aku kat situ pon..”krikk..krik”, cuba untuk memahami, “Kau akan tahu.” tanpa ada idea, macam mana rasa “Kau akan tahu” itu. Lalu aku pon membawa diri macam angin lalu. 🌬🌬🌬

Dalam novel ni pulak..ada macam menjawab persoalan yang selalu berlegar-legar di kepala ni,

“How do we know when it’s right to fall in love?”

“How do we know that the person we fall in love today, will still be the same person we’re in love with tomorrow?”

The answer is.. “We just do.”

Okay, we’ll see..how the “We just do.” feeling. *which is tak tau bila akan rasa. 😂

Friendship stage 8 : Meet each other’s parents. *Of course la lelaki kena jumpa parents perempuan kan? Ke..uols rasa macam mana? 🙄

Suka part ni. Please la guys, be a gentleman. Tak minta banyak, sket pon jadila. Cakap senangla.. ‘Kalau ada jodoh tak ke mana.’ Eh..ehh, tapi ‘Kalau sayang, kenalah usaha!’ 💁🏻

Okay. Dah habis membebel. Ni gara-gara baca novel ni, jadi macam feel sangat bab relationship ni. Ahaha. Apa-apa je la Fifi, asal bahagia. 😝

Okay,  sekarang dah .tak tau nak baca novel apa..sebab novel yang dibeli semua dah habis dibaca. Selalunya ada ‘novel standby’. Tapi apakan daya..sis tak masuk kedai buku almost 1month ++, makanya..collection novel sis pon takde. Marilah kita termenung dan planning bila nak ke kedai buku untuk topup balik novel-novel. Jadual packed nih. Hurmm, packed la sangat. 🙄 Macam la dia sorang keje, macam la dia sorang busy. Duhhh. 💁🏻 Just make it time for it, if you really  want it! Will you? 😎


Setakat tu je la membebel untuk harini. Ni pon sambil-sambil tunggu masuk Subuh jek tadi, lepas sahur. Alhamdulillah, last day Puasa 6 Syawal. Uols, jum la grab bonus puasa! Puasa 6 Syawal tu, puasa selama 6 hari di dalam  bulan Syawal. Ganjaran puasa 6 ni..sama seperti kita berpuasa selama setahun. Subhanallah! Pemurahnya Allah SWT. Cepat-cepat grab bonus ni, dah tak lama dah nak habis bulan Syawal ni, sempat lagi ni. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Tepuk dada tanya selera. 😎

Okay bye. Done for today. 😊

P/s: Jum solat Subuh.