Assalamualaikum.
Lama rasanya tak menulis blog ni. Selalunya copy&paste jek post.
Hehehe. Jadi, harini marilah kita berpuitis-puitis.
Sebelum tu, meh kita baca post ni dulu.
"You should be with the guy who always wants talk to
you instead of the guy who only texts you after you just posted up a new
selfie. You should be with the guy who frees his time to talk to you instead of
the guy who only talks to you on his free time. You should be with the guy who
would make an effort to be a part of your day every day instead of the guy who
doesn't have you in his thoughts. You should be with a guy who wants to be your
friend first instead of the guy who wants to skip getting to know you. You
should be with a guy who gives you all of his attention when it's just you two
instead of the guy who's constantly on his phone while you're both having
dinner. You should be with a guy who isn't afraid to show the world that
there's a girl in the picture instead of the guy who tells you "no"
when you want to take pictures. You should be with a guy who would be there for
you when the rest of the world is nowhere to be found instead of the guy who's
nowhere to be found along with the rest of the world. Don't go getting caught
up in the wrong guy, when everything you need in a guy has been there this
whole time."
Ni daripada pengalaman kawan-kawan la. Pengalaman saya sendiri tu, takyah la cite kat sini. Tak menarik pon. Ehehe.
Ade kawan-kawan cakap kalau someone tu serius dengan kita, dia akan make effort untuk kita. Bukannya setiap kali upload IG baru laaa nak text, nak tanya..pegi mana? buat ape? dah makan? keje ke? The kind of make effort tu..macam keep on texting us ke..macam mana eh? Kalau 24H duk text jek, boring jugak. Macam takde benda lain nak buatkan? Hurmm..tak tau la the kind of make effort tu macam mane, lagipon tak pernah pulak ade orang make effort untuk kita. Sedihkan? Takpelah. One fine day, adela tu.
Bila tanya kawan-kawan, kalau someone tu jenis yang text bila dia ade free time jek..camane pulak? Diorang cakap, mungkin someone tu cuma gunakan kita untuk hilangkan boring dia. Kalau dia betul sukakan kita, dia akan cuba untuk text kita walau dia busy macam mana pon. Bukannya bila free baru text. Tu maksudnya, mungkin kita ni nobody pon dalam life dia. Dia tak pernah pon fikir kita buat ape seharian tu. Tapi kita pulak yang duk tertunggu-tunggu terpikir-pikir pasal dia seharian. Diorang cakap, someone yang macam tu not worth at all. Hurm, terpikir sejenak.
Kawan-kawan ade cakap jugak, kalau someone tu betul-betul serius dengan kita..dia akan straight to the point. Tapi bagi saya, saya takut sikit kalau ade orang straight to the point ni. Apa kata..be my friends first, once we get to know each other affectionately, we go one step closer. Sounds nice, rite? Tapi jangan la menaruh harapan tinggi sangat..takut kecewa untuk kesekian kalinya. Cukup-cukuplah hati ni remuk. Baru nak sembuh jek luka ni.
Pantang sangat kalau keluar makan-makan dengan kawan-kawan, ade la salah sorang kawan tu asyik duk sibuk jek dengan handphone. Ni pantang sangat! Kalau benda tu memang betul VERY IMPORTANT THING, takpe la. Ni setakat group whatsapp yang saje-saje-suke..lebih sepuluh kali nak check phone, tu memang cari nahas la. Diorang cakap, takyah layan someone yang cenggitu. Dahla keluar bukan slalu, tapi sibuk dengan phone. Kita nak attention dia, tapi dia pulak macam tu. Bo layan.
Yang pasal ambik gambar. Tak suka sangat ambik gambar selfie (sebab kita tak cantik pon.sob.sob.sob) Tapi adela kalau tetiba haritu terasa comel, adela snap untuk tatapan diri sendiri (hehe. gelak tutup mulut) Ade kawan-kawan cakap, sesetengah lelaki tak suka ambik gambar dengan spouse dia, konon malu la segan la. Kalau difikirkan buat ape nak segan kan? Ambik gambar, then save je la dalam fon. Bukannya nak tayang bagi semua orang tengok pon. Buat tatapan diri sendiri sudah. Tapi selagi belom jadi halal, jangan duk tenung lama-lama sangat. Haram. Lagipon senang nanti, kalau orang tanya dah berpunya ke belom. Laju-laju keluarkan fon..tunjuk gambar ehem-ehem dia. Kan? Baru gentleman, kan? Gituuu
Yang last ni best. Diorang cakap, untung kalau jumpa someone yang selalu ade disamping kita, percaya kat kita, setia kat kita bilamana semua orang ignore kita, tak percayakan kita. Rasa amat disayangi gitu. Tapi kita janganlah lebih-lebih. Mentang-mentang orang tu dah sayang gila kat kau, kau ambik kesempatan pulak. Janganlah macam tu tak baik tau.
Okaylah. Dah habis merapu-meraban sementara masuk keje night shift. Marilah sama-sama kita memperbaiki diri masing-masing ke arah yang lebih baik. Moga-moga berjumpalah jodoh yang diimpikan (walaupon tak tau bila jodoh nak muncul). Aamiin. Jangan mudah berputus asa. Ajal-maut-jodoh-rezeki, semua tu rahsia Allah SWT, cepat atau lambat jek. InsyaAllah. Jangan pernah putus doa.
Nanti jumpa lagi.