~~~annyeonghaseyo~~~

Friday, June 23, 2017

Get ready for Raya!!!

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Puasa macam mana? Alhamdulillah. 28 Ramadhan sudah. Semoga puasa kita pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Jadi, kita nak bercerita apa harini? Emmm. Random je la eh. *actually, tak boleh nak tido lately. banyak sangat duk fikir hal yang ntah ape-ape.

Okay berbalik kepada tujuan asal kita. Seperti sedia maklum, jadual kerja bulan Jun ni tak begitu memberangsangkan. Salah satu reason, saya kerja hari raya pertama, kedua, ketiga dan keempat. Dan yang lagi tak bestnya, 2 hari sebelum raya tu pon, saya kerja jugak (PM shift-balik pukul 10mlm) *nak balik Tumpat malam raya tuuu. Sob.sob.sob

Tapi nak sedih lama-lama pon tak guna jugak. Fikir dari sudut positif, raya pertama & kedua keje AM shift, habis keje pukul 3ptg. Sempat la nak balik beraya jumpa keluarga-sedara-mara-sepupu-sepapat bagai. Raya ketiga & keempat pulak keje NIGHT shift, masuk keje pkl 10mlm. Sempat la jugak nak gi beraya rumah member or pergi kenduri kawen member. Okay jek sebenarnya.

Tapiii..eh, eh, eh...banyak pulak tapinya. Uhuk..uhuk. Yang agak terkilan sebab memikirkan distance travel daripada Tumpat-Besut, Besut-Tumpat...back to back for few days. Kalau hari-hari biasa, tak kisah sangat. Ni HARI RAYA!!! Makan jammed la makkkk! Huhu. Tak tau la brape jam nak kena drive. Doa-doa time nak pegi&balik keje tu, time tu jalan lengang. In-denial state. Sob.sob.sob. Kan best kalau ade orang tolong hantar pergi&balik keje. *dalam mimpi!

Okay, dah la. Redha je la. Nak buat macam mana. Ikhlaskan hati, Fifi!

Alang-alang cerita sedih ni, kita bukak bab sedih terus lah.

Lately ni, tak tahu kenapa jiwa kacau sangat. Benci tau! Bulan puasa ni pon, hati ni still kacau. Astaghfirullah. Sabar je la. Tak tau kenapa jadi macam ni.

Ade la beberapa perkara berbangkit. Lagi-lagi, nak dekat dengan raya ni. Ade la suara-suara sedara yang duk bertanyakan status kita, bila tarikhnya, siapa orangnya. Status sama jek macam tahun lepas, single available. Tapi kalau tanya tarikh, orangnya..memang takde jawapan.

Baru-baru ni ade jek kenal dengan someone ni. Baru sangat. After settled down pasal yang brokenhearted, move on yang ntah ape-ape tu. Nekad taknak dah involved dengan relationship dalam masa terdekat ni. Tapi itula, benda tu macam tau-tau jek. Masa orang taknak ade ape-ape la, benda tu nak ade ape-ape. Tapi kenal gitu-gitu jek. Awalnya, macam taknak serius sangat. Tapi entah kenapa, jadi terlebih serius. *yang terlebih serius tu, akulah tu. Again, it is one-sided.

Jadi, marilah kita menerima takdir dan ketentuan-Nya. Mungkin masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam diri ini.

Tadi, ade tertengok satu video ni. Agak touching la dia punya ayat tu.

"If a guy isn't ready, he can't be right.
There is always some madness in love.
Just beacuse there's a legitimate reason for loving someone,
it doesn't make that person the right person.
Love is a decision.
We decide to love someone,
and if the guy in front of you isn't deciding to love you..
you have to question, whether he really is the one for you."


Cukuplah merepek-merapu-meraban untuk malam ini. Sekian.

P/s: Jangan lupa niat puasa. Perbaiki diri dan perkemas diri lagi. InsyaAllah, jodoh pasti bertemu. Aamiin.



Sunday, June 4, 2017

Jalan-jalan cari ayam pasu!!!

Assalamualaikum.

Hai. Hai. Hai.

Hari ni dapat unexpected cuti! Yeay!

Masa awal-awal keluar jadual kerja bulan Jun haritu..dah sedih dah. Sebab almost every weekend kena kerja..Jumaat&Sabtu. Uhuk.Uhuk. Nasib single-mingle lagi, kalau dah ade family kecik..tak ke nangis kena jadual macam tu. Tapi still..nak spend time ngan my family jugak Umi-Abah-Yei-Ajan. Nanti kita homesick camane? Sob.sob.sob.

Tapi nak dijadikan cerita, si Una..housemate-aka-EDmate, offer cuti. Sebab? Sebab..dia nak cuti 3 hari jek, HOD terlebih bagi cuti pulak. Si Una ni punya la baik hati, gi offer nak ambik tak cuti dia? Pucuk dicita, ulam mendatang kauuuuuu! Gila taknak! *shiningeyes

Maka bercutilah kita harini.

Bila dah cuti, apalagi..mulalah plan macam-macam.

Malam tu, wasep group family.."rindu budak nisa tecit"

Eh.Eh. Pagi tu dah sampai si Nisa cenonet kat rumah kita. Sayang nisa!!! Seharian dipenuhi dengan suara nyaring si Nisa! Dah pandai marah orang dah sekarang itu budak. Ish.Ish.Ish.

Petang tu, sambil duk bergolek sakan tengok tv..tiba-tiba terpikir, "Terasa nak makan ayam pasu la pulak. Viral sekarang ni. Tengah trending. Kena gi cari ni. Camane rasa ayam pasu tu?"

Maka berangkatlah anak-anak encik Azmin dengan misi mencari ayam pasu.!!! Ho Yeah!

Haruslah selfie!


Ade orang cakap, muka si Ajan ni lebih kurang muka ai jek..tapi versi runcing. Yeke???



Habis sesi bergambar. Jumpa sudah lokasi ayam pasu kita. Ayam pasu ni..ayam yang dibakar didalam pasu..gitu haaa. 

Lokasi Ayam Bakar Madu Pasu : Kg. Berangan 
(berhadapan dengan tempat jual-jual pasu tepi jalan tuuu)


Malam tu, lepas terawih. moh le kita bermoreh bersama-sama. Rasa ayam pasu..not bad. Sedap!!! Lembut. Overall okay. Satisfied. Oh Yeah!

Sekian cerita-hari-cuti.


 

Friday, June 2, 2017

6 hari sudah

Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik dah 6 hari kita puasa. Alhamdulillah, masih dikurniakan kudrat untuk berpuasa dibulan yang penuh berkat ini.

Puasa tahun ni kita berpuasa dengan family ED HosBes!!! 😍 So far, Alhamdulillah. All is well. Walaupon cases non stop, tapi keje masih semangat macam biasa. Itulah indahnya bulan Ramadhan. Penat tu mamang penat, tapi tolerable la. Kerja kena ikhlas. Kerja kan salah satu ibadah. Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita memperbanyakkan amal ibadah. Marilah kita bekerja sambil beribadah. Betulkan niat. InsyaAllah..Ganjaran berganda-ganda. Aamiin.

Kerja-kerja jugak..family kat rumah jangan lupa. Nasib baik awal-awal puasa haritu, sempat berbuka dengan family. Full house. Abah, Umi, Yei, Ajan, abang (Yoe) yang keje kat Johor pon balik, dengan kak ipar (Ekin) & anak sedara (Nisa) yang comey lagi nakal itu! 😆. Ni dah berapa hari tak balik rumah. Rindu suasana bukak puasa kat rumah..sahur kat rumah. *Ngade sangat tauuu.

Uolls punya pengalaman puasa selama 6 hari puasa ni camane?

Okay la. Setakat tu je la dulu. Nak tido. Esok nak keje lagi. Nak sahur dengan ape pulak eh esok. 😝 Dah jadi macam mak-mak pulak..sebelom tido, pikir nak sahur dengan ape. Al-maklumlah, duk kuarters. Kalau duk rumah, Umi jek yang penat pikir. Eheheee 😜


P/s: Akan sampai satu satu saat..doa-doa itu akan dimakbulkan oleh Allah swt. Sabar..dan teruskan berdoa.