Assalamualaikum.
Pejam celik pejam celik dah 6 hari kita puasa. Alhamdulillah, masih dikurniakan kudrat untuk berpuasa dibulan yang penuh berkat ini.
Puasa tahun ni kita berpuasa dengan family ED HosBes!!! 😍 So far, Alhamdulillah. All is well. Walaupon cases non stop, tapi keje masih semangat macam biasa. Itulah indahnya bulan Ramadhan. Penat tu mamang penat, tapi tolerable la. Kerja kena ikhlas. Kerja kan salah satu ibadah. Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita memperbanyakkan amal ibadah. Marilah kita bekerja sambil beribadah. Betulkan niat. InsyaAllah..Ganjaran berganda-ganda. Aamiin.
Kerja-kerja jugak..family kat rumah jangan lupa. Nasib baik awal-awal puasa haritu, sempat berbuka dengan family. Full house. Abah, Umi, Yei, Ajan, abang (Yoe) yang keje kat Johor pon balik, dengan kak ipar (Ekin) & anak sedara (Nisa) yang comey lagi nakal itu! 😆. Ni dah berapa hari tak balik rumah. Rindu suasana bukak puasa kat rumah..sahur kat rumah. *Ngade sangat tauuu.
Uolls punya pengalaman puasa selama 6 hari puasa ni camane?
Okay la. Setakat tu je la dulu. Nak tido. Esok nak keje lagi. Nak sahur dengan ape pulak eh esok. 😝 Dah jadi macam mak-mak pulak..sebelom tido, pikir nak sahur dengan ape. Al-maklumlah, duk kuarters. Kalau duk rumah, Umi jek yang penat pikir. Eheheee 😜
P/s: Akan sampai satu satu saat..doa-doa itu akan dimakbulkan oleh Allah swt. Sabar..dan teruskan berdoa.
No comments:
Post a Comment