~~~annyeonghaseyo~~~

Wednesday, May 30, 2018

Hello!

Assalamualaikum.

Takde ape nak tulis pon. Tak tau nak buat ape. Takde siapa2 nak melayan & dilayan. So..layan blog je laa.

Baru habis keje tadi. Wow sangat keje harini. Masuk keje pukul 3 petang tadi. Kes slow oozing..tenang jek. Eh..ehh..dekat nak berbuka, dengan MI datang, tambah ICB lagi. Tetiba penuh redzone. 🤦🏻‍♀️ Sabor je la. Rezeki. Tanggungjawab. Berbuka dengan kuih jek tadi. Lepas dah setel 1st line treatment, baru gi berbuka proper. Dah habis makan, setelkan referral pulak. Begitulah rutin hospital district. Because of limitation, certain cases need to be referred to tertiary hospital for proper & further management. Bila nak boleh pindah gi tertiary hospital balik ni?

Hurmm..nak balik tertiary hospital ni? Nak sambung apa pulak ni? EP? Jauh lagi tuu? Tak nampak bayang lagi ni. Dapat transfer balik tertiary pon dah bersyukur dah. Tengok keadaan. Kalau larat, kita sambung. Kalau keadaan tak mengizinkan..kita sambung ambik yang biasa-biasa jek. InsyaAllah. Ape dia yang biasa-biasa tu??? Shhh..rahsia. 🙊 Dah kenapa tiba-tiba keluar topik pasal ni pulak. Ahaha. Okay. Abaikan.

Dah pukul 12 lebih dah ni. Taknak tido lagi ke? Esok dah la keje pagi. Nak bangun sahur lagi ni. Ohh..lupa nak bagitau. Malam ni 1st night tido kuarters baru. Alhamdulillah dah ada letrik dah. Yeay! Bercakap pasal dah duduk kurters baru ni, ingat nak buat housewarming. Nak panggil jiran-jiran makan. *jiran-jiran sangat.padahal member jugak yang duk kuarters sebelah-sebelah ni.poyo sangat disitu.ahaha 😂

Tapi bulan puasa, payah sket. Tunggu lepas puasa la. Kita buat gathering raya skali. Buat BBQ, pon best jugak! Ahaha. Tak beragak plan! Tunggu hokayyy! 😜

Okaylah. Done membebel di malam hari. Tido. Tido.

Nite semua. Jodoh mana jodoh? Selamat malam jodoh. 😘








Tuesday, May 29, 2018

Random


...
“Kalau cinta itu indah, 
kenapa ada hati yang senang bersendiri?”
...



Monday, May 28, 2018

Wednesday, May 23, 2018

Alhamdulillah.

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah..harini genap kita beepuasa selama seminggu. Macam mana puasa dalam masa seminggu ni? Masing-masing berlumba-lumba beribadah di bulan yang penuh berkat ini kerana pada bulan Ramadhan yamg mulia inilah..satu-satunya bulan dimana ibadah yang kita kerjakan mendapat pahala berlipat kali ganda.  Alhamdulillah. Itulah salah satu kurniaan Allah swt kepada hambaNya. Subhanallah.

Okay nak cerita sket pengalaman berpuasa minggu ni. Alhamdulillah..rezeki bulan puasa, kitorang satu rumah (saya, farah, una, pipah) dapat pindah daripada kuarters flat ke kuarters berkembar. Tak perlu dah mendaki anak-anak tangga untuk sampai ke rumah. Ditakdirkan..kunci rumah baru dapat minggu lepas, jadi nak tak nak..berpindahlah kami ke kuarters baru dalam minggu pertama Ramadhan. Awalnya plan nak upah makcik radicare jek untuk tolong cuci & kemas rumah, tapi tak dapat reply pulak.

Malas nak bertangguh pindah rumah..pulun la kami berempat bersihkan & kemaskan rumah sendiri. Penat tu penat la..balik kerja, sambung bersih & kemas rumah. Sental habes lantai kasi licin hokayyy. Puas sangat dapat bersihkan rumah. Terpaksa drag kemas rumah 2-3 hari..sebab letrik supply kena potong. *sempat kemas masa siang hari jek.

Una baru pegi kemaskini bil letrik penyewa lama..so dalam 2-3 hari jugak la kot baru dapat sambung balik letrik. Sementara tu berulang la kitorang kuarters lama dengan kuarters baru. Nasib baik dekat jek. Esok tinggal nak masuk barang-barang jek. InsyaAllah, minggu depan letrik supply dapat sambung balik. Minggu depan kitorang pulak yang masuk rumah tu. Eheheee.

Tak sabar nak masuk rumah baru. Berbuka sama-sama, solat terawih sama-sama. Feeling macam study dulu-dulu. Ahaha.

Okaylah..dah banyak membebel ni. Jangan lupa perbanyakkan ibadah sepanjang bulan Ramadhan ni. Ramadhan setahun sekali jek. Nak jumpa next Ramdahan pulak..entah sempat..entah tidak. Wallahualam. Sama-sama kita doa.


farah-una-pipah-me!





Sunday, May 20, 2018

Sick of it!!!


Im sick of it!!!

Is that im too easy for you people?

I’ve had enough!

First..they will pretend that you are the most important person to them,
They will reply in nano seconds,
They will act like you complete their day,
And when you get too attached,
They will leave you like you never exist.

Oh well..congrats for that! 😒

Time to distance myself away.

K bye!


Insomnia.

Assalamualaikum.

Alahai. Dah kenapa insomnia pulak ni??? Kekekeh. 😜 Takde insomnia sangatlah! Just nk smpai tahap mengantuk tu lambat. Bila dah tutup lampu..letak kepala..silent fon..off wifi semua, tido jugakkk! Memang sejenis mudah tido..tapi kena nice condition. Ngade kann! Dah mana insomnia nyaa??? Ahaha. Saje jekk.

Macam ni lah hahhh. Dah pukul 12 pon taknak light off lagi..mata duk ngendap fon lagi, dah bila mau tidonyaaa? Sabor aje la fifi ni! 😂

Okaylah..okaylah. Kita tido sekarang. 😒

Esok ada kursus kt HUSM, Taklimat Akta Keganasan Rumah Tangga. Macam WOW sangat topik kursus esok! Tengoklah camane kursus tu esok. Dah la last minute..tak sempat ambik surat kt office bagai. Gamble jek pegi esok ni..dah la tak tau tempat kursus tu kat mana, jarang sangat ade kursus kat HUSM ni. Jangan sesat sudah..sorang-sorang jek ni esok. Haih..sejenis yang ade anxiety disorder macam ni laaa. Risau sangattt.

Eh..eh..tadi kata nak tido dah. Membebel pulak tengah-tengah malam ni. Dah tido cepat..esok bangun sahur!

Okay uols. Nite. Have a good sleep. ☺️


Friday, May 18, 2018

So random..


Tetiba teringin sangat nak pergi Keukenhof Garden!!!
🌷🌷🌷🌷
Nak tengok tulips!!!

Random sangat!!!

Sabor je la fifi ni!

Haih. 😒

Thursday, May 17, 2018

1st day puasa.

Assalamualaikum.

Harini hari pertama puasa di bulan Ramadhan pada tahun 2018/1439H. Alhamdulillah masih berkesempatan berjumpa Ramadhan pada tahun ini. Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Aamiin.

Tapi..huhu. Pagi-pagi dah dapat khabar tak best dah. Hurmm. Tengok la apa jadi nanti. 😔

Malas nak citer..sebab tak sahih lagi.

Takpe. Life must go on.

Jangan biarkan benda-benda negatif menguasai diri. Think positive!

Baik sangka dan tawakkal kepada Allah menenangkan jiwa,
Berakhlak luhur disenangi Allah & manusia,
Mengikut nafsu menjadikan fikiran tidak menentu, jiwa menderita.

الصبر من الإيمان

Keep calm.

توكلت علي الله

P/: Selamat berpuasa semua! ☺️ Jangan ponteng puasa! 😉