Alhamdulillah..harini genap kita beepuasa selama seminggu. Macam mana puasa dalam masa seminggu ni? Masing-masing berlumba-lumba beribadah di bulan yang penuh berkat ini kerana pada bulan Ramadhan yamg mulia inilah..satu-satunya bulan dimana ibadah yang kita kerjakan mendapat pahala berlipat kali ganda. Alhamdulillah. Itulah salah satu kurniaan Allah swt kepada hambaNya. Subhanallah.
Okay nak cerita sket pengalaman berpuasa minggu ni. Alhamdulillah..rezeki bulan puasa, kitorang satu rumah (saya, farah, una, pipah) dapat pindah daripada kuarters flat ke kuarters berkembar. Tak perlu dah mendaki anak-anak tangga untuk sampai ke rumah. Ditakdirkan..kunci rumah baru dapat minggu lepas, jadi nak tak nak..berpindahlah kami ke kuarters baru dalam minggu pertama Ramadhan. Awalnya plan nak upah makcik radicare jek untuk tolong cuci & kemas rumah, tapi tak dapat reply pulak.
Malas nak bertangguh pindah rumah..pulun la kami berempat bersihkan & kemaskan rumah sendiri. Penat tu penat la..balik kerja, sambung bersih & kemas rumah. Sental habes lantai kasi licin hokayyy. Puas sangat dapat bersihkan rumah. Terpaksa drag kemas rumah 2-3 hari..sebab letrik supply kena potong. *sempat kemas masa siang hari jek.
Una baru pegi kemaskini bil letrik penyewa lama..so dalam 2-3 hari jugak la kot baru dapat sambung balik letrik. Sementara tu berulang la kitorang kuarters lama dengan kuarters baru. Nasib baik dekat jek. Esok tinggal nak masuk barang-barang jek. InsyaAllah, minggu depan letrik supply dapat sambung balik. Minggu depan kitorang pulak yang masuk rumah tu. Eheheee.
Tak sabar nak masuk rumah baru. Berbuka sama-sama, solat terawih sama-sama. Feeling macam study dulu-dulu. Ahaha.
Okaylah..dah banyak membebel ni. Jangan lupa perbanyakkan ibadah sepanjang bulan Ramadhan ni. Ramadhan setahun sekali jek. Nak jumpa next Ramdahan pulak..entah sempat..entah tidak. Wallahualam. Sama-sama kita doa.
farah-una-pipah-me!
No comments:
Post a Comment