Tapi serius aku citer kat sini, my pregnancy journey for 2nd baby ni sangat tough. Actually, 2nd pregnancy is unplanned. Tapi..Alhamdulillah boleh terima dengan hati terbuka. Im happy dapat baby boy! Yeay! Cuma tu la..tak dpt enjoy sangat 2nd pregnancy sbb alahan terok jugak laa, last2 trimester tu..penat amat. Tak boleh bawak bincang penat dia tu. Kalau boleh nk baring jek. Maybe jugak sebab ada si khayra ameena, my sweetheart. Umur 1year plus..biasalakan tengah nk aktif.
Citer pasal delivery & in labour..later okay. Not in the mood. Terlalu berat untuk diceritakan dalam post kalini.
Harini nak tulis story luahan hati jek..pasal trust issues aku ni. Ingatkan dah lama penyakit tu dah menjauh dan berlalu pergi. Rupa-rupanya ada lagi..dan yang paling tak best bila benda tu ada, sebab aku kan dh ada family, my small family. Its affected me so much.
Dulu-dulu rasanya mcm pernah story, aku tak percayakan lelaki. Sebab pernah ada sejarah pahit dalam hidup aku dulu-dulu, yang membuatkan aku tak percaya kat lelaki ni. Ke aku tak pernah citer dalam blog? Entah..lupa, short term memory loss. Rentetan daripada tu jugak la aku susah nk accept lelaki dalam hidup aku dulu. Sampai la aku kenal & jumpa husband aku.
Itupon macam susah jugak nak terima awal-awal. Tahap tak percaya & waswas dengan insan yang bernama lelaki ni amat tinggi & tebal dalam diri aku masa tu. Aku avoid byk lelaki. **poyo sangatkann..macam ramai sangat org nk kawan nga dia ~rolling eyes
Masa nak cuba buka pintu hati tu, pernah terdetik..macam mana kalau its not a happy ending? Dah ready ke if anything happen? So, tak jadi nak buka pintu hati masa tu. Macam-macam alasan bagi kalau ada org nak kenal-kenal or nak kawan.
Paling takleh blah..bagi alasan kat umi abah (sebab anak perempuan dia takde kawan special lagi & tak pernah bukak topik nk kahwin).. “orang ada banyak planning, nak keje, kumpul duit dlu..nak travel dlu..nak sambung study, macam-macam la alasan. Itu dia..
Jadinya, bila aku buka pintu hati aku tu? Bila aku cuba lawan trust issue aku tu. Yela..sampai bila kan nak ada perasaan taknak percaya kat lelaki? Lambat atau cepat, for sure parents suruh kahwin jugak. Paling haru..abah aku yang carikan. Takmoo.
Ada satu tahun tu, aku buat azam tahun baru..aku nak buka hati aku yang dah lama tertutup ni, dengan niat cari jodoh kerana Allah swt, nak cari redha Allah swt. Tapi masa tu lagi banyak aku nampak, tak semua lelaki boleh percaya. Ada la a few guys macam chipsmore. Kejap macam bagi harapan, kejap macam biasa-biasa. Ada jugak yang masuk gua, takde line fon terus. Macam-macam..haih.
Sampai la ditakdirkan, muncul my husband masa duk searching for life partner tu. Fyi, trust issue tu satu penyakit tau. Being me..aku tak tau la aku boleh get rid of it or not. Aku takut..takut tak mampu. Aku cuba..aku tried VERY hard untuk confront dengan trust issue aku tu.
Aku cakap dengan diri aku. InsyaAllah..aku boleh. Cuba fifi..cuba buka pintu hati untuk dia (currently, my husband). InsyaAllah..dia tak macam lelaki yang dulu-dulu or lelaki yang just nak main-main perasaan kau. InsyaAllah..dia akan jadi lelaki yang paling kau percaya, takkan sakiti hati kau.
Sebab sakit di hati yang dulu macam masih terasa-rasa lagi, pedih & perit. I hate men..yang menduakan orang yang dia sayang, anggap keluar dengan kawan perempuan itu biasa as long as takde perasaan sayang, as long as ada kawan lain jugak skali, laki yang tak jujur, pura-pura, baran (byk lgi..xde mood nk taip). I hate this kind of men. Benci sangat-sangat!
Allah swt gerakkan hati aku untuk buka hati, berbekalkan dengan kekuatan apa entah masa tu, rasa macam tenang jek and..here i am! Happily married and blessed with 2 lollipops! Alhamdulillah.
A few years back ni, aku tak tau apa jadi dalam diri aku ni. My trust issue is coming back. Is it im paranoid? Paranoid for what? Why nak kena paranoid? Aku tak tau. Yang aku perasan, im too emotional this few years. Am i being lack of love??? Or my mind is too tired. I missed my old me. The happy-go-lucky me! Kat mana dia sekarang?
I just need someone that know my worth. Appreciate me as who i am. Reasurred me. Do not make me struggling with my trust issue. Its too painful for me.
Aku ada terbaca satu ayat ni, kalau kita nak orang buat baik kat kita..kite kena buat baik dekat orang tu dulu. Tapi, kalau orang buat tak baik kat kita, kita kena balas tak baik jugak ke? Takkan??? Aku tak diajar macam tu.
Aku pon tak tau aku merapu apa entah sekarang ni. Nak hilang dari dunia ni boleh tak? Tak terkesan pon kalau aku takde kat dunia ni. Im nobody..
Sekarang ni, aku benci dengan diri aku sendiri. Just leave me alone!
P/s: Baru jek dengar ceramah Ustazah Asma ptg tadi, LIVE. Lebih kurang macam trust issue jugak topik dia.
Dia ada citer pasal rumah tangga “Suami isteri kena saling menjaga antara pasangan, being transparent to each other. Kalau si isteri ada syak wasangka, si suami kena beri penjelasan, satu-persatu suami kena beri penjelasan, tanpa perlu isteri minta perjelas. Kalau ada syak wasangka dalam rumah tangga, wajib beri penjelasan. Tapi katanya, mostly lelaki sekarang..taknak atau malas nak beri penjelasan kepada isteri. Apa salahnya beri penjelasan kepada isteri instead of biarkan isteri dalam syak wasangka. Sebab syak wasangka ini akan terus membenih dalam rumah tangga.”
Itu yang lead ke trust issue dalam rumah tangga..maybe???
No comments:
Post a Comment