Assalamualaikum.
Lets story pasal my 2nd babyboo!
Alhamdulillah. 12.08.2023, genap Kaisar setahun. Almost 1 year baru sempat nk story pasal dia kan? Ish2..mommy ni kan.
Due date sebenar Kaisar, 11/8/2022. Pada hari tu, masih takde tanda-tanda nk bersalin. Ambik cuti awal sebab tak larat sangat dah nk keje dgn keadaan perut besar mcm tu. Last check up perut, hari due date tu..hari khamis. Scan perut mcm biasa, nmpk gerak2 aktif taknak keluar dia. Mommy pon pergila taman healing2 jap, mkn aiskrim semua..slow talk ngan Kaisar, pujuk dia keluar main ngan mommy baru best. Kt dlm tu gelap..mana best. Dah habes borak semua, ngantuk pulak si mommy ni.
Jomla kita pulang, sambung landing dirumah pulak. Masuk jek bilik, angin aircond sepoi2 sejuk. Memang ngam terus tido. Azan zohor tidak kedengaran langsung. Padahal msjid sebelah rmh jek. Terjaga pukul 4 ptg, kelam-kabut nk solat zohor. Masa nk turun katil, rasa lain maciammm.
Dah kenapa rasa mcm mengeras sakit-sakit ni. Hurmmm.
Has it come???
Buat lekluuu. Nombor dua kan. Tak nak nampak panik sgt. Dh siap solat zohor, tunggu solat asar terus. Sambil duk atas sejadah tu, semua doa keluar. Rasa contraction makin kerap & makin lama. Sedapkan hati dulu. Sempat ni..malam ni baru gi hospital. Sebab masa dengan Khayra dlu, pegi awal pagi sebab dah semalaman sakit..baru 2cm. Ni baru jek rasa sakit ptg ni.
Dh siap solat asar semua. Teringat tak lunch lagi. Tengah hari tadi, healing makan takoyaki dgn ice cream jek. Masuk dapur..ambik nasi & ikan goreng. Tak lalu pulak nak makan. Skali suap..skali contraction. Layannn jek sakit. Daripada painscore 2/10 dh jadi 5/10. Aii..lain maciammm ni.
Tak lama lepas tu, Khayra balik dari taska. Abah gi ambik. Mommy takleh drive dh. Habiskan jugak satu pinggan nasi, milo ais segelas. Dengan harapan tak lapar nanti malam & ada tenaga nak meneran. Khayra dah pelik tengok mommy dia muka ketat jek tahan sakit. Siap duk usap2 perut lagi..sambil tanya ‘sakit perut ke mommy?’ ‘Baby buat ke mommy?’ ‘Ish..apo ni’ Dalam kesakitan, tahan gelak dengan keletah Khayra ni.
Encik suami pulak, lepas dh rasa contraction makin kuat tadi..dh bgtau awal2. Sebab kalini nk dia msuk labour room, tgk mcm mna kesakitan seorg ibu nk melahirkan anak dia. Laju dia reply, ‘okay..bie balik sekarang’ Walau jauh di melaka sana. Berharap dia sempat sampai sebelom bersalin..sbb masa dgn Khayra dulu..dia gerak dari melaka, almost 6jam jugak sampai. Tapi..xde rezeki, masa tu zaman PKP kan..suami mana boleh masuk labour room. Tapi sempat la moment2 last dlm wad.
Eh..sekali dia mesej pulak cakap, tunggu naik bas malam. Hurmm..what to say anymore. Dah berhenti berharap dah. Mmg dia takkan ada skali la dlm labour room nnti untuk teman. For sure, pagi esok baru sampai. Instinct mommy bgtau, by midnight ni keluar la baby ni. Kalau drive, maybe sempat la hujung2 nk msuk labour room. But, its okay, dah takdir gitu. Redha ajela. Keselamatan suami diutamakan.
Aim sekarang, nk keluarkan baby cepat2..semoga mommy & baby, dua2 selamat.
Contraction pain makin kuat. Mse mghrib dh tak tertahan rasa sakit. Show pon dah nampak sket2. Bgtau encik suami, makin kuat sakit ni. Abah dgn Umi kena stay rumah tengokkan Khayra. So, mlm tu pergila ke hospital dihantar oleh Ma dgn Moksu.
Sampai je labour room, daftar kemasukan semua. Sambil2 duk tunggu proses nk masuk labour room, dh macam org ape dah. Terkial2 terpusing macam nk patah tulang belakang menahan sakit itu. Lepas tu masuk labour room, buat CTG semua. Memang tak duduk diam dah. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Painscore 10-1 = 9.
Ya Allah, sakit amat ya anak kedua punya penangan. Dio maghi dengan tibo-tibo.
Staff duk jeling2 tengok, aii..budak ni lain maciam sakit ni. Cepat2 dia panggil houseman datang check bukaan jalan. Ambik kauu..6cm terus. Tengok CTG, dh mcm ape dh. Duk tak diam, tracing pon tak betul.
Cepat2 staff gi ambik wheelchair, tolak masuk bilik labour room. Prepare semua utk procedure pecahkan air ketuban, sebab graf CTG tak ‘cantik’. Alhamdulillah, lepas pecahkan air ketuban..clear jek liquor.
Tapi..ya Allah, sakit contraction makin kuat ya!
Disebabkan aku ni GBS mother, kena la cover dengan antibiotik. Aku minta painkiller untuk kurangkan sket rasa sakit ni. Staff bgtau, kena habiskan antibiotik dlu. Aku pon tak faham relevant kt situ. Tapi dh kita sakit, tak sempat nk fikir ape dah. Ape-ape je la. Bertahan la aku sakit painscore 10/10 tu. Rasa macam nk mati jek. Serius tak tipu.
Tapi sebab fikir ada baby nk kena keluarkan ni, bertahan selagi boleh. Kuatnya aku mase tu. Takde dah budak manja. Abah slalu bgtau aku anak manja. Manja2 pon, demi nk melahirkan anak..tak tau dapat kekuatan daripada mana. Itulah besarnya kekuasaan Allah terhadap mahkluk Dia. Selemah-lemah wanita, saat nk melahirkan anak..akan muncul kekuatan yg amat luar biasa. Subhanallah.
Okay..sambung balik. Aku tak ingat jam pukul berapa, tapi yang aku ingat sakit..nonstop sakit. Sampai kena marah dgn staff sebab bantal tilam dah jatuh2 kat bawah. Tinggal aku je tak jatuh lagi. Sabor aje la.
CTG makin poor tracing. Sorg doktor perempuan datang tengok keadaan, tergeleng2 kepala dia..sebab tak dapat nk tgk graph. Dia check bukaan jalan, baru 8cm. Dia decide untuk internal CTG. Zapzapzus..dapat pasang internal CTG tu. Skali jantung baby bradycardia pulak. Adeh..aku faham la situation tu macam mana. Aku pernah kerja kat labor room 2thn lebih kot before trasnfer. Jeng ni. Takbleh jadi mcm ni!
Taknak kena C-section. Huwaaa! Dah la sakit contraction pain, ni sakit kena operate lagi. Aku taknakkk. Mase contraction, aku teran jugak even doktor tu bgtau bukaan jalan baru 8cm. Malas dia nk layan aku gamaknya, dia gi tengok pesakit lain. Skali staff datang tanya ‘Awak mmg nk teran ke? Kalau betul nk teran, teran betul2. Saya tolong awak.’
Hek eleh..teran pon cukup2 makan jek si fifi ni. Sabor ajela. Skali doktor perempuan tu dtg skali lgi. Tengok internal CTG tak memuaskan. Dia check bukaan jalan sekali lgi, ‘Eh cervix effaced dh ni, boleh ni kalau dia pandai teran. CTG brady ni.’
‘Prepare lithotomy, kita kena deliver baby as soon as possible, kalau tak emergency C-sec ni.’
Aku dengar jek dorg duk cakap2 gitu, aku tekad. Letakkan je aku dlm lithotomy position, nanti aku teran kuat2, anak aku nak kena keluar cepat ni. Aku tak nak apa-apa jadi. Biar mommy bleeding takpe, jangan baby yg ada problem.
Setel jek in position, dengan bantuan doktor semua..bukaan aku fully, 10cm. Dia suh aku teran dengan sepenuh hati. Aku bleh rasa something coming out from down there. Teran fifi! Boleh fifi! Baby dah nk keluar. Aku tak ingat aku teran macam mana, tapi yang pasti sekuat tenaga sehabis daya aku teran. Aku rasa dunia sunyi sepi sekejap masa kepala dia terkeluar, tapi at the same time aku rasa macam aku dapat sambung nyawa aku balik masa tu. Alhamdulillah.
Aku ambik nafas dalam2, dalam kiraan 1 2 3..aku teran, keluar la seketul Muhammad Kaisar. 12/8/2022-12.02am. Alhamdulillah. Nyaring suara tangisan dia. Kejap jek nangis, tapi kuat. Dah duk atas dada mommy..senyap jek dia. Assalamualaikum Kaisar. 🥰 Mata buka tutup buka tutup tengok mommy. Silau le tuuu. Baru keluar dari tempat gelap ke tempat cerah. Heheee..comel jek.
Itula sedikit sebanyak journey in labour with my Kaisar!
Dia kena triage for 6H only. Alhamdulillah. Khayra dulu..5 hari jugak dalam SCN, kena complete antibiotik + ada NNJ.
Kuat Kaisar mommy ni! Love you so much babybooo! 😘
P/s: Postpartum journey, takyah cerita la. Dua2 postpartum journey aku..worst! Part yg confinement lady tu mmg best la. Tak boleh lawan! Cenggini haa.. 👍🏻 Tapi moment yg after 1 month postpartum tu.
Ah! Taknak ingat dah semua tu! Tak semua orang aware pasal benda ni. But as a medical staff, i knew that i’ve had postpartum blues. But, mild..maybe. I dunno. Tapi satu jek, masa tu..kena ingat yang Allah tu ada dengan kita. Dia tak pernah tinggalkan kita, even takde sorang pon care about kita masa tu. Aku pegang Allah masa tu, sungguh aku tak kuat. Tapi kena kuat! 💪🏻 Lillahita’ala.
Memaafkan, tapi tak pernah melupakan. Kadang2, terfikir jgk..aku ni ada PTSD ke? Sebab kalau ter‘recall’ pasal semua tu, aku boleh tremor & sweating, and auto bergenang air mata. Mcm flashcard, terbayang2 benda yg menyedihkan & meremukkan hati. I just cant.
Dah la buang masa jek ingat benda2 lama. Taknak go thru dah postpartum. I’ve had enough. Igt yg kedua much better, but worst than 1st!
Stop la citer pasal tu. Jom kita tengok gambar Kaisar -1year older-
No comments:
Post a Comment