~~~annyeonghaseyo~~~

Thursday, September 22, 2016

Annoying.

Assalamualaikum.

Harini dapat cuti(public holiday). Tapi useless holiday. Sebab terbongkang kat rumah. Sebab, dapat migraine. Sebab serabut. 

Last night tak boleh tido. Palpitation. After heard about the bad news. Nak breaking bad news pon agak-agak la. 

Last 2 days, dapat tahu pasal something ni; which is just after i had punched card to start working on that day (pm shift). Taknak cite bad news ape. At the moment, I got anxious, palpitation, SOB. Cant focus on working. 

For 2 days, tak boleh nk fokus keje. Had anxiety and palpitation. The worsen was last night. Cant even sleep at all. This morning had migraine. 

Currently, felt a lil bit okay. But, dunno. The headache still there despite of  Voltaran. I think need to go to clinic for injection. Or my head will burst. So annoyed.

Hate this feeling. 

Ya Allah, kuatkan lah hambaMu yang lemah ini. Amin.


Saturday, September 17, 2016

Nak tido, tapi tak boleh tido

Assalamualaikum.

Badan penat. Mengantuk. Tapi mata ni taknak lelap pulak. Haish.

Sensitif pulak sejak dua menjak ni. Benci ah cani!

Tadi ade makcik datang. Dah lama tak jumpa dia. Duk borak-borak. Biasalah, bila dah borak-borak mesti keluar pasal kerja, jodoh & etc.

Agak sentap jugak bila kena tanya 'awak tu bila lagi? kawan-kawan, sepupu-sepupu sebaya dah selesai dah.'

Hanya mampu senyum. Krik.krik.krik.

Makcik dah boleh agak dah jawapan ape saya nk bagi. Senyum lagi. Senyum itukan satu sedekah. Peace...

Hurmm. Patutlah taknak lelap mata. Mesti duk terpikir soalan makcik tadi tu kannn?

Dah la. Rehat-rehat la. Esok nak keje penatkan. Good night!!!


*Nak pegi cari prince dalam mimpi dulu lah. Yoshhhh!!!

Saturday, September 10, 2016

Serabut

Assalamualaikum.

Baru habes keje. Harini keje pm shift. So far, so good dengan hectic life kat tempat kerja. Penat tu lumrah kerja la. Rasanya, kalau keje then stop utk solat-makan-minum-mandi-tido pon takpe. Taknak fikir benda yang menyerabutkan fikiran.

Mengeluh.Mengeluh.Mengeluh.

Kekadang rasa berdosa sangat. Rasa macam kufur nikmat pulak asyik mengeluh. Astaghfirullah.

Alhamdulillah dengan apa yg dikurniakan olehNya.

Tak tahu nak start dari mana.

Tahun ni rasa macam tak best sangat. Serabut sangat. Ingatkan nak setel down tahun ni. Alih2. Hurmm, tu la. Apa yang kita rancang tak semestinya jadi. Kalau Allah kata tak jadi, tak la. Kalau Allah kata jadi, jadi la. Kunfayakun.

Sebak.

Ingatkan dialah pengakhiran semua ni. Tapi. Takpelah. Takde jodoh.

Mungkin kena bawa diri. Muhasabah diri.

Mungkin banyak lagi kena diperbetulkan.

Tiba2 dapat tahu, posting MO dapat kat Sarawak. Macam tau2, patah hati. Nak kena membawa diri lettew. Kena lari sekejap daripada permainan hati & perasaan ni. Sakit. Sangat. Tapi. Hati kita, kita jek yg tau. Kalau cerita kat orang pon, sekadar mendengar  saja. Tapi cukup sudah untuk ringankan beban kat dada ni. Terima kasih untuk itu.

Orang kata aku terlalu memilih. Tak. Bukan terlalu memilih. Tetapi aku terlalu menilai. Memilih dengan menilai tu sama ke? Entah. Aku menilai sama ada orang tu boleh ngam ke tak, bukan setakat dengan diri aku; dengan family, kawan2, sedara mara. Supaya senang. Mungkin terlalu besar pengharapan aku. Tapi itulah aku. Aku tak boleh tanpa family, kawan2 dan sedara mara. Mungkin juga sesetengah orang, lain pemahamannya. Aku rasa aku yang bermasalah kat sini. Maaf. Aku terlalu selfish. Aku tak minta untuk dia berubah, aku hanya nak benda tu go as natural as it. Berubah, setakat mana dan selama mana? Maaf sekali lagi jika ia menyakitkan.

Mungkin setakat ini saja. We tried. But.

Hope for better life & better future. Thanks for everything.

100916•••0059