~~~annyeonghaseyo~~~

Saturday, September 10, 2016

Serabut

Assalamualaikum.

Baru habes keje. Harini keje pm shift. So far, so good dengan hectic life kat tempat kerja. Penat tu lumrah kerja la. Rasanya, kalau keje then stop utk solat-makan-minum-mandi-tido pon takpe. Taknak fikir benda yang menyerabutkan fikiran.

Mengeluh.Mengeluh.Mengeluh.

Kekadang rasa berdosa sangat. Rasa macam kufur nikmat pulak asyik mengeluh. Astaghfirullah.

Alhamdulillah dengan apa yg dikurniakan olehNya.

Tak tahu nak start dari mana.

Tahun ni rasa macam tak best sangat. Serabut sangat. Ingatkan nak setel down tahun ni. Alih2. Hurmm, tu la. Apa yang kita rancang tak semestinya jadi. Kalau Allah kata tak jadi, tak la. Kalau Allah kata jadi, jadi la. Kunfayakun.

Sebak.

Ingatkan dialah pengakhiran semua ni. Tapi. Takpelah. Takde jodoh.

Mungkin kena bawa diri. Muhasabah diri.

Mungkin banyak lagi kena diperbetulkan.

Tiba2 dapat tahu, posting MO dapat kat Sarawak. Macam tau2, patah hati. Nak kena membawa diri lettew. Kena lari sekejap daripada permainan hati & perasaan ni. Sakit. Sangat. Tapi. Hati kita, kita jek yg tau. Kalau cerita kat orang pon, sekadar mendengar  saja. Tapi cukup sudah untuk ringankan beban kat dada ni. Terima kasih untuk itu.

Orang kata aku terlalu memilih. Tak. Bukan terlalu memilih. Tetapi aku terlalu menilai. Memilih dengan menilai tu sama ke? Entah. Aku menilai sama ada orang tu boleh ngam ke tak, bukan setakat dengan diri aku; dengan family, kawan2, sedara mara. Supaya senang. Mungkin terlalu besar pengharapan aku. Tapi itulah aku. Aku tak boleh tanpa family, kawan2 dan sedara mara. Mungkin juga sesetengah orang, lain pemahamannya. Aku rasa aku yang bermasalah kat sini. Maaf. Aku terlalu selfish. Aku tak minta untuk dia berubah, aku hanya nak benda tu go as natural as it. Berubah, setakat mana dan selama mana? Maaf sekali lagi jika ia menyakitkan.

Mungkin setakat ini saja. We tried. But.

Hope for better life & better future. Thanks for everything.

100916•••0059

No comments:

Post a Comment