~~~annyeonghaseyo~~~

Tuesday, November 29, 2016

Saya

Assalamualaikum.

Penat postcall semalam. Siang tadi dh tido, malam ni mata taknak lelap pulak..padahal badan penat lagi ni.

So, nak buat ape ni. Tulis je la apa-apa eh.

Saya adalah saya.
Saya tak seperti perempuan lain.
Lemah lembut, santun, halus budi bicara.
Pandai nak berbahasa-bahasa.
Saya tak pandai itu semua.

Maaf jika bahasa atau perbuatan saya nampak kasar.
Saya tak bermaksud.
Saya cuba untuk menjadi sehabis baik.
Tapi, inilah saya.

Ada orang cakap saya ni membosankan.
Ya, memang saya seorang yang membosankan.
Terimakasih untuk itu.

Saya tak reti nak pujuk memujuk.
Tolonglah jangan nak merajuk ke ape ke.
Saya tak pandai nak memujuk.
Sila pujuk diri sendiri.

Saya dah penat mengejar sesuatu yang tidak pasti dan bukan milik saya.
Boleh tak jangan nak bagi tekanan lagi.
Berikan saya sedikit kekuatan untuk menempuh hari mendatang.
Saya bukan didalam zon selesa sekarang ni.
Tapi saya cuba untuk menyelesakan diri saya.
Jadi, tak perlu diungkit kisah-kisah lama.
Sejarah, biarkan ia berlalu.
Hidup mesti diteruskan.

Mungkin rasa itu sudah mati?
Berharap suatu hari nanti, rasa itu akan muncul kembali.
Siapa tahu?

Satu jek saya minta, just support me..okay.
Really need it.



Thursday, November 10, 2016

Dah berlalu

Assalamualaikum.

Episod-patah-hati dah berakhir. Ayuhlah, kita buka buku baru! 💪🏻

Morning sunshine!!! 🤗

Tahun ni teramatlah penat. Sudah-sudahlah.

P/: Bila saya dh start keje, tak tahulah bila pulak nak buka & tulis blog ni lagi. Doa2kan eh..supaya rajen. Fyi, saya dh ditukarkan ke Hosp.Besut. Doakan jugak..semoga semua urusan saya dipermudahkan ditempat baru. Aamiin.


Saturday, November 5, 2016

Tua???

Assalamualaikum.

Harini nak belanja gambar satu. Akak dah tua sebenarnya.

Layankan ajelah eh!




Pesanan ringkas daripada pihak penaja:
Sambungan si Cem terpaksa di'hold'kan dulu buat sementara waktu, sebab ada orang tengah brokenhearted. *sangatttt

Friday, November 4, 2016

Sambungan si Cem.1

Assalamualaikum.

Rasa macam lajulah pulak buat sambungan kisah si Cem ni. Layankan je lah eh! 😜

"sambungan...

Ade orang merisik si Cem? Siapa?

Terpinga-pinga la si Cem ni. Dia masih mengharapkan si Arum tu. Tapi yang lain pulak yang datang. Lalu dia pon buat la solat istikharah. Tapi, berhari-hari dia duk tunggu mimpi. Tak kunjung tiba itu mimpi. Akhirnya, dia pon berputus asa. Jadi, dibiarkan hal risik-merisik tu. Lalu setialah dia menunggu si Arum yang tak kunjung tiba itu. Umpama menunggu bulan jatih ke riba. 😐

Minggu berganti minggu, ibu si Cem ni nakkan jawapan daripada Cem. Setuju ke tidak. Si Cem ni tak bersedia lagi, tapi dia janji nak berkawan jek dulu dengan Orangtu (bukan nama sebenar). Ibu si Cem tersengih.

Nak dijadikan, sedang si Cem duk borak-borak dengan kawannya masa minum petang di sebuah kafe berdekatan dengan tempat keje dia, boleh pulak kawannya pegi terbukak fb kenalan dia. Kalau korang rasa, alah..xde peliklah, sebab fb kenalan jek pon. Tapi yang menariknya, ade nama si Arum dalam fb kenalan kawannya itu.

Lalu disuakan ke wajah si Cem. Cem seakan tidak percaya. Dugaan apakah ini? Petunjuk apakah ini? Lalu ditenung lama-lama skrin telefon kawannya itu..dah nak tembus dah telefon tu. 🤒

Berjuraian air mata si Cem. Sampai hati si Arum. Kot ye pon tak suka kat si Cem, bagitahulah sepatah dua kata pasal perkhabaran itu. 😭😭😭

Korang tau tak pasal ape? 🙍🏻

Si Arum nak kahwin..dengan pasangannya. Dalam masa seminggu jek lagi. Sampai hati si Arum buat Cem macam tu kan? Kesian kat si Cem. Tapi si Cem pon satu..kenapalah duk memberi harapan setinggi gunung kinabalu sangat! Kan dah sedih tak tentu pasal. Si Arum bahagia nak kahwin, si Cem duk sedih. Padahal sedih dia tu tak beri kesan pon kat si Arum tu.

Lagi la bertambah parah luka si Cem. Dia pon tertido la dalam tangisan. *Patutnya, si Cem tak perlu nak nangis beria sangat pon, sebab bukannya si Arum buat ape-ape pon kat dia. Dah memang si Arum takde hati kat si Cem. 😔

Tersedar daripada tidur lena yang panjang, si Cem terfikir sejenak. Mungkin ini jawapan solat istikarah dia yang haritu. 🤔

Sekarang dia nekad. Apa nak jadi, jadi la. Haritu jugak si Cem drive balik kampung. Dia rasa dia dah ade jawapan untuk pasal risik-merisik tu.

Sampai sahaja dirumah ibunya, terus dia memberitahu ibunya..dia setuju untuk mengikat hubungan dengan Orangtu. Ibu si Cem apalagi, gembira yang teramat. Akhirnya, anak gadis sunti dia bakal berkahwin.

Alhamdulillah. 👰🏻

Cem  redha..tawakkkal kepada Allah SWT. Mungkin ini terbaik untuk Cem.

Jadi, akhirnya macam mana? Kahwin ke tidak si Cem dengan bakal suami dia tu, Orangtu???

To-be-continued. 🙆🏻

P/s: Nanti next time sambung eh. Tak boleh fikir dah. Takde idea. Doakan yang terbaik untuk si Cem eh! Cerita ni hanya rekaan semata-mata, tidak ada kena-mengena dengan kehidupan siapa-siapa.










Tuesday, November 1, 2016

Introducing..new family member!!!

Assalamualaikum.

Eh.Eh. Terlupa nak kenalkan orang baru dalam family ni.

Kenalkan Nisa!!! Anak saudara saya.


Okay. Bye.