~~~annyeonghaseyo~~~

Friday, November 4, 2016

Sambungan si Cem.1

Assalamualaikum.

Rasa macam lajulah pulak buat sambungan kisah si Cem ni. Layankan je lah eh! 😜

"sambungan...

Ade orang merisik si Cem? Siapa?

Terpinga-pinga la si Cem ni. Dia masih mengharapkan si Arum tu. Tapi yang lain pulak yang datang. Lalu dia pon buat la solat istikharah. Tapi, berhari-hari dia duk tunggu mimpi. Tak kunjung tiba itu mimpi. Akhirnya, dia pon berputus asa. Jadi, dibiarkan hal risik-merisik tu. Lalu setialah dia menunggu si Arum yang tak kunjung tiba itu. Umpama menunggu bulan jatih ke riba. 😐

Minggu berganti minggu, ibu si Cem ni nakkan jawapan daripada Cem. Setuju ke tidak. Si Cem ni tak bersedia lagi, tapi dia janji nak berkawan jek dulu dengan Orangtu (bukan nama sebenar). Ibu si Cem tersengih.

Nak dijadikan, sedang si Cem duk borak-borak dengan kawannya masa minum petang di sebuah kafe berdekatan dengan tempat keje dia, boleh pulak kawannya pegi terbukak fb kenalan dia. Kalau korang rasa, alah..xde peliklah, sebab fb kenalan jek pon. Tapi yang menariknya, ade nama si Arum dalam fb kenalan kawannya itu.

Lalu disuakan ke wajah si Cem. Cem seakan tidak percaya. Dugaan apakah ini? Petunjuk apakah ini? Lalu ditenung lama-lama skrin telefon kawannya itu..dah nak tembus dah telefon tu. 🤒

Berjuraian air mata si Cem. Sampai hati si Arum. Kot ye pon tak suka kat si Cem, bagitahulah sepatah dua kata pasal perkhabaran itu. 😭😭😭

Korang tau tak pasal ape? 🙍🏻

Si Arum nak kahwin..dengan pasangannya. Dalam masa seminggu jek lagi. Sampai hati si Arum buat Cem macam tu kan? Kesian kat si Cem. Tapi si Cem pon satu..kenapalah duk memberi harapan setinggi gunung kinabalu sangat! Kan dah sedih tak tentu pasal. Si Arum bahagia nak kahwin, si Cem duk sedih. Padahal sedih dia tu tak beri kesan pon kat si Arum tu.

Lagi la bertambah parah luka si Cem. Dia pon tertido la dalam tangisan. *Patutnya, si Cem tak perlu nak nangis beria sangat pon, sebab bukannya si Arum buat ape-ape pon kat dia. Dah memang si Arum takde hati kat si Cem. 😔

Tersedar daripada tidur lena yang panjang, si Cem terfikir sejenak. Mungkin ini jawapan solat istikarah dia yang haritu. 🤔

Sekarang dia nekad. Apa nak jadi, jadi la. Haritu jugak si Cem drive balik kampung. Dia rasa dia dah ade jawapan untuk pasal risik-merisik tu.

Sampai sahaja dirumah ibunya, terus dia memberitahu ibunya..dia setuju untuk mengikat hubungan dengan Orangtu. Ibu si Cem apalagi, gembira yang teramat. Akhirnya, anak gadis sunti dia bakal berkahwin.

Alhamdulillah. 👰🏻

Cem  redha..tawakkkal kepada Allah SWT. Mungkin ini terbaik untuk Cem.

Jadi, akhirnya macam mana? Kahwin ke tidak si Cem dengan bakal suami dia tu, Orangtu???

To-be-continued. 🙆🏻

P/s: Nanti next time sambung eh. Tak boleh fikir dah. Takde idea. Doakan yang terbaik untuk si Cem eh! Cerita ni hanya rekaan semata-mata, tidak ada kena-mengena dengan kehidupan siapa-siapa.










No comments:

Post a Comment