Assalamualaikum.
Penat postcall semalam. Siang tadi dh tido, malam ni mata taknak lelap pulak..padahal badan penat lagi ni.
So, nak buat ape ni. Tulis je la apa-apa eh.
Saya adalah saya.
Saya tak seperti perempuan lain.
Lemah lembut, santun, halus budi bicara.
Pandai nak berbahasa-bahasa.
Saya tak pandai itu semua.
Maaf jika bahasa atau perbuatan saya nampak kasar.
Saya tak bermaksud.
Saya cuba untuk menjadi sehabis baik.
Tapi, inilah saya.
Ada orang cakap saya ni membosankan.
Ya, memang saya seorang yang membosankan.
Terimakasih untuk itu.
Saya tak reti nak pujuk memujuk.
Tolonglah jangan nak merajuk ke ape ke.
Saya tak pandai nak memujuk.
Sila pujuk diri sendiri.
Saya dah penat mengejar sesuatu yang tidak pasti dan bukan milik saya.
Boleh tak jangan nak bagi tekanan lagi.
Berikan saya sedikit kekuatan untuk menempuh hari mendatang.
Saya bukan didalam zon selesa sekarang ni.
Tapi saya cuba untuk menyelesakan diri saya.
Jadi, tak perlu diungkit kisah-kisah lama.
Sejarah, biarkan ia berlalu.
Hidup mesti diteruskan.
Mungkin rasa itu sudah mati?
Berharap suatu hari nanti, rasa itu akan muncul kembali.
Siapa tahu?
Satu jek saya minta, just support me..okay.
Really need it.
No comments:
Post a Comment