~~~annyeonghaseyo~~~

Sunday, July 14, 2019

Allah sayang akan hambaNya

Assalamualaikum.

Lama betulkan tak tulis blog. Bukan apa busy preparing for wedding day. Sangattt.

Dalam tak sabar & gembira tunggu detik bahagia..aku dikejutkan dengan berita buruk. Bakal ayah mertua aku kena stroke. Bukan stroke yang biasa-biasa. Stroke yang boleh dikategorikan rare & poor prognosis. He was intubated, ventilated & was planned for tracheostomy. Kalau siapa-siapa dalam medical field mesti dah boleh agak..the prognosis is poor. Ct scan were done twice..no bleeding noted. Just hypodense area which indicates ischaemia, & it involved posterior circulation, thalamic & so on. The part of brain that control of body.

Khairul. Yup. Bakal husband aku nama dia..Khairul. Dia nampak devastate sangat dengan berita ni. Aku tak tau. Tu yang aku nampak. Aku rasa nak nangis bila aku terpandang muka dia malam tu. Malam yang aku pergi visit Aboh dia & Ma dia. Aku tak tau dia perasan ke tak. Tapi aku sedih sangat bila terpandang wajah dia yang sugul sangat. Aku tak tau nak explain macam mana. Before balik, aku salam Ma, aku peluk Ma. Kalau boleh aku nak bagi seluruh kekuatan kat Ma..supaya tabah & sabar hadapi dugaan ujian ini. Sedih.

Dia teman aku dari ward sampai ke parking kereta. Dalam perjalanan tu, dia ada bagitau..mungkin majlis sebelah family dia terpaksa dibatalkan. Yup. Im expecting that. Aku boleh terima.

Tapi yang mengusutkan fikiran aku. Is it proper to proceed with the wedding ceremony? Aku balik rumah malam tu, aku tak boleh nak tidur lena. Guess what? Dah beberapa malam tidur aku tak lena. Aku susah nak lelap tidur, aku rasa kepala aku berdenyut-denyut macam nak meletup. Bila aku terlelap..aku terjaga tengah-tengah tidur. And 1st thing aku terfikir is all about my wedding day.

Ya betul..Khairul ada bagitau, majlis sebelah aku proceed as planning. Umi Abah pon ada bagitau, majlis sebelah aku terpaksa teruskan jugak sebab tetamu-tetamu semua dah dijemput. Aku redha. Aku redha majlis nikah & kahwin aku terpaksa berlangsung dalam keadaan macam ni. Tapi being me..aku still rasa macam inappropriate. Aku kusut. Aku buntu.

Tak pernah terlintas langsung yang aku akan lalui majlis nikah & kahwin macam ni. In postive way, aku fikir mungkin ada hikmah disebalik semua tang berlaku ini. Kita semua hanya merancang, tapi Allah yang menentukannya. Allah sebaik-baik perancang. Allah takkan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya. Allah menguji hambaNya kerana Allah sayang akan hambaNya. Mungkin ini salah satu dugaan & cabaran bagi aku sebelum menempuh alam perkahwinan. No one know.

InsyaAllah. Ada hikmah semua ini berlaku.

Tapi aku terkilan sedikit dengan sikap Khairul *sikit jek. Seriously. Dia dah lain. Aku tau dia dalam keadaan tertekan sekarang. Aku taknak bebankan dia dengan emosi aku yang ntah apa-apa ni. So, better aku diam jek. Biar je la aku luah kat sini. Yes..me being so childish. And i hate that!

Dia tak call aku as usual.

Its okay.

Aku faham.

No more sayang. No more rindu. No more love.

...from him.

I miss the old him.

I miss the way he told me that sy syg awk, rindu awk, i love u so so so much!!!

I miss him so bad badlyyy!!!

😭😭😭😭😭

Aku rindu sangat nak dengar suara dia nyanyi untuk aku before tido. Macam malam sebelum-sebelum ni.

Dia janji dia takkan tinggal aku. Akan nyanyi utk aku smpai bila-bila. Akan rindu, sayang me..forever.

But now. I dont see him anymore.

Aku sedih. Aku tak tau nak happy ke tak untuk majlis nikah & kahwin aku ni. Aku takde rasa dah. Tawar pon bukan. Aku tak tau nak describe macam mana.

Cuma satu aku mampu doa..semoga pernikahan yang bakal aku & Khairul bina ini dirahmati & diberkati Allah swt. Semoga dengan perkahwinan ini, dapat kami memperbaiki  hubungan kami dengan Allah swt. Mungkin ada silap dalam percaturan hidup kami selama ini.

Nak tau sesuatu yang bodoh tak? Aku penah terfikir apa yang jadi kat Aboh tu..berpunca daripada aku. Akulah puncanya. Aku salahkan diri aku.

Astaghfirullahhalazim. Kenapa sampai mcam tu sekali aku terfikir. Sebab..once aku decide untuk accept Khairul & setuju untuk terima Khairul sebagai bakal suami aku, sebulan lepas tu..Abah dia kena serangan jantung. Dan sekarang, Abah dia kena stroke.

Astaghfirullahhalazim. Aku istighfar banyak-banyak..ingat Allah banyak-banyak. Tak sepatutnya aku terdetik macam tu. Tu semua qada’ & qadar Allah SWT. Berdosanya aku menidakkan takdir Allah SWT.

One by one ujian untuk family dia. Aku tak dapat nak berfikir waras malam tu. I put all blame to myself. Sampailah aku burst!!! Aku takleh nak fikir dengan betul dah. Alhamdulillah..aku masih ingat aku ada Allah. Aku cepat-cepat istighfar.

Ya! Aku perlu someone untuk aku luahkan. Aku call Una. Aku luahkan dekat Una. Alhamdulillah..aku bersyukur sangat-sangat aku dikurniakan kawan-kawan yang sangat supportive & understanding. Thanks babe!

Una seorang good listener with good advise. Una macam ibu-ibu sangat. Bersyukur sangat dapat kawan macam Una. Thanks Una for the strength! I love u so much! 😭😭😭

Dan untuk Khairul, aku tak tau nak cakap apa. I will follow the flow. Mungkin dia perlukan masa. Yup. He needs time. Mungkin.

Sekarang ni..aku perlu distancekan diri aku daripada dia so that aku tak berharap sangat. Cuma satu jek aku nak bagitau..when he needs me, i will always be there for him.

I miss him so much!

I love him so much!

😶

Few days nore till our wedding ceremony. Hopefully..Aboh will recover soon. InsyaAllah..dengan izinNya. Aminnn.

Doakan yang baik-baik untuk Aboh & keluarga kami semua. Aminnn.

9.12.18
@9.30pm


p/s: Bila baca balik post ni, tetiba berkaca mata. Sedih. Terkilan. Doakan arwah Aboh kami. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aminnn. Arwah telah menghembuskan nafas yag terakhir pada 27/12/2018. Ingat lagi, malam tu Khairul yang jaga arwah kat hospital. Rezeki Khairul mungkin, ada bersama-sama arwah sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Apabila seorang anak Adam mati, maka putuslah amalnya..kecuali 3 perkara : sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”





No comments:

Post a Comment