~~~annyeonghaseyo~~~

Sunday, July 14, 2019

Mungkinkah..awak?

Assalamualaikum.

Hurmm. Tetiba tangan ni gatal nak buka blog. Nak tulis apa pon tak tau ni.

Hurmm. Banyak pulak hurmm.

Mungkin masanya dah tiba. Untuk apa? Rahsia! *rahsia ler sangattt 😂

Aim tahun ni..tapi, sempat ke? Tinggal berapa bulan jek lagi ni.

Nak buat simple-simple jek. Pelik pulak tetiba tulis cerita pasal ni. 😅 Macam yakin jek. Pihak sebelah sana entah ready ke entah tidak.

‘Jodoh..kalau terbaca post ni, sila lamar saya ASAP..please!’

Adeh..sabar ajelah si Fifi ni. 😅 Bajet macam ada orang tunggu kan? Hurmm.

Tapi..kalau betol-betol ada? Memang dah ready ke? InsyaAllah, kalau betul dia orangnya yang ditakdirkan untuk hidup bersama aku, aku terima. Lillahi Ta’ala.

Aku berharap sangat dapat jodoh yang dapat memahami & menerima diri aku ini seadanya, dapat membimbing aku dari segala segi untuk mendapatkan redha Ilahi. Aku tau diri ini serba kekurangan. Aku pon bukan mencari kesempurnaan dalam diri pasangan..tapi aku berharap agar pasangan itu akan saling melengkapi dengan menerima kekurangan menjadi kelebihan. Itulah kesempurnaan sebenar.

Pengalaman lalu  mengajar aku erti kehidupan. Ia bukanlah sesuatu untuk dikenang. Tak usah takut dengan perkara lalu..kerana, bilamana aku memilih kamu..bererti, kamu lah yang ada dalam hatiku. Tiada yang lain. *Perghhh!!! Ayat..takleh blahhh.

Okay. Stop! Stop!! Stoppp!!! *bunyibrektayar

Ni dah kenapa macam buku sastera dah gayanya ni. 🤦🏻‍♀️

Daripada duk merapu-meraban macam ni, marilah kita tido ya Fifi. Bukan boleh layan dia ni nihhhh.

Nite.

Psst.. ‘Jodoh, sila hadam.’

@mid of July 2018

————>

Emmm. Actually yang kat atas tu draft yang dah beberapa minggu yang lalu. Takde keberanian actually nak post pasal tu. Sebab ‘orang tu’ macam stalk kita punya blog. 🤦🏻‍♀️ Sabor aje laaa. Jadinya..memang dia ada baca blog ni la. Mohon jangan stalk blog saya okay. Nak tahu apa-apa, direct jek saya okay. *kalau orang tu stalk lagi laa 🙄

Alhamdulillah. Tak tahu bila & macam mana bleh decide nak nikah & kahwin tahun ni. Tup..tup..jek, kitorang dua setuju untuk both parents jumpa. Dan entah macam mana decide tetapkan tarikh majlis. Alhamdulillah. Semua dipermudahkan.

Betullah kata orang-orang tua. Kalau dah jodoh tak kemana. Umi pon ada cakap..mungkin dia jodoh kita, sebab kita tolak dulu pon.. dia datang jugak. Dan, dia pon ada cakap jugak, ma dia cakap..mungkin jodoh. Dulu tak jadi, tapi sekarang jadi. Emmm..betul kata orang, Allah sebaik-baik perancang. Jodoh, pertemuan & perpisahan adalah aturan Allah SWT. Perancangan manusia itu usaha, perancangan Allah SWT itu takdir.

Kalau nak cite pasal kisah kami dua. Memang tak habis. Tapi kalau boleh tak nak cite pon kat blog. Its too personal. Satu jek nak bagitau..kalau jodoh tu nak datang, dia akan datang pada masa yang tepat. InsyaAllah. Sekarang pon masih tak percaya. Betul ke ni? InsyaAllah..Allah permudahkan. Yang penting jaga diri..persiapkan diri. Bila Allah cakap..kun fayakun, maka jadilah ia. InsyaAllah.

Sampai sini je dulu. Still takde keberanian nak post kat blog.

InsyaAllah. Semoga dipermudahkan segala urusan. Aminn.

@11.29pm-7/8/2018


p/s: Delayed post again. 😅 Now, dah ad keberanian & ade sedikit masa. 🥰




No comments:

Post a Comment