~~~annyeonghaseyo~~~

Monday, December 26, 2011

I T S C O M P L I C A T E D


what if this time, i dont say hi first?
what if this time, i dont text u back?
what if this time, i leave u wondering?

but..im just cannot do that to u.

my heart will be cracked, cut & broken at the end of rough day.

just once, just once,
please look at me.

Sunday, December 25, 2011

u said that u like me,
u like me, but u lied to me,
u like me, but u ignored me,
u like me, but i couldnt find u,
i wouldnt want u to,
im leaving,
im not going to bother u.

Friday, December 23, 2011

H O M E S I C K

hai. (^_^)

weekend 3 days, but..

aku terperangkap kat kolej. uwaaaaaaaaaaaaa. nak balik klate!

nangis

nangis

nangis

nangis

nangis

nangis

nangis

p/s--> aku berjaya minggu ni. case write up-done! case presentation-done! seminar presentation-done! amazing week for me! congrats fifi!

Wednesday, December 21, 2011

SAYA TAK SUKA BILA LAPPY SAYA KENA JANGKITAN BAKTERIA!

ARGHHH! BENCI! BENCI! BENCI!

TUNGGU LAAA.

AKAN KU BUNUH SEMUA KUMAN-KUMAN TU DENGAN ANTIBIOTIK YANG TERHEBAT DAN TERCANGGIH SKALI!!!

RASAKAN!!!

BARULA DORANG TAU, BETAPA STRESS NYA SAYA BILA DORANG BUAT LAPPY SAYA JADI CAMTU!!!

HANCUR LULUH HATI INI, TAU!!!

Monday, December 19, 2011

hai. (^_^)


malam ni. ni keje aku. ish.ish.ish.


running man VS study.

enjoice!

Sunday, December 18, 2011

~every problem has a gift for you~


once again!!!

hai. (^_^)

skali lagi minggu yang paling paling paling paling BUSYYYYYYYYYY  menjelang lagi!

huh.

minggu ni.

-TO-DO-LIST-FIFI-

  • case-write-up              -> 23/12/2011
  • case presentation          ->22/12/2011
  • seminar presentation     ->23/12/2011

p/s--> tengah struggle buat case write up nih. slide seminar presentation tak buat lagi. chill sudaaaa! (^_^)

Saturday, December 17, 2011

try this!

korang type..
nyanit.com/
then, korang tulis la ape-ape page jek lepas tuuu.
try la!

haha!

lol

Friday, December 9, 2011

gara-gara tiket!

hai. (^_^)

arini satu lagi hari yang 'sibuk' bagi aku! gara-gara tiket, kitorang 'melancong' ke batu caves. haih. (--_")

title of the story::tertido dalam train.

citernyer macam niii. tadi mase tengah-tengah best duk lunch kat kafe, tetibe 'homesick'. lepas tu duk la berbual-bual pasal rumah la, kampung la, buah-buahan dusun laaaa dan benda-benda yang sewaktu dengan kampung halaman. tetiba terpikir.."hurmmm.best jugak kalo balik hujung minggu ni." terus kitorang bertiga, Aku, Zati & Ecah menuju ke hentian putra nak beli tiket bas balik kampung jumaat malam (9/12/2011). pergi stesen ktm naek kete, lepas tu ambik train ktm pegi putra.

sampai kat sana lebih kurang pukul 4. sepanjang dalam train, aku tido. tak senonoh! bukak-bukak mata dah sampai hentian putra. cepat-cepat serbu kaunter tiket. alhamdulillah..dapat tiket balik kampung. konon-konon nak kejar masa, terus blah lepas beli tiket. pegi platform nak tunggu train. skali train cepat la pulak sampai. dalam hati aku "macam tau-tau jek aku tengah ngantuk macam hape dah. cepat jek dapat train." mase nak naek train tuh, dah rasa lain macam dah. macam...? hurmmm..naek jek laaa. nak tidooo!!!

naek train, letak jek kepala terus tido tak sedarkan diri. ................................................. tetiba, ecah kejut an aku. "fi, rase kita salah naek train ni".

"hah? biar betol? bukak mata luas-luas, tengok alam sekeliling..sah! salah naek train. last stop, batu caves! DAMN! bukak jek pintu train, terus berlari-lari ke platform sebelah..nak patah balik ke hentian putra. skali tengok, mane ade train daripada arah tuuu. ni kan last stop, naek jek la train tadi. nanti train tu patah la balik. terkejar-kejar la pulak kitorang ke platform asal tadi. fuuuhhhhh! penat! ("-.-") hahahahahahahahahah!!! tergelak-gelak kitorang!

okay. train dah start jalan. akhirnya sampai jugak ke jalan yang benar. tengok jam..pukul 5! hah? ni peak hour laaa. oh no! mesti ramai giler-giler ramai manusia naek train mase niii. sekali betul tekaan aku! dua ker tiga kali kitorang terlepas train. tak boleh nak masuk! padat sepadat padatnya! macam sardin dah rupa train tadi! terhimpit-himpit! taknak aku jadi nasi himpit. nanti nak kena cicah ngan kuah kacang. eh.apakah ini? (^_^) abaikan.

dah la train lembap! lambat! sepatutnya perbanyakkan train ke rawang masa peak hour. tengok jam dah pukul 6. tak semayang asar lagi niii. pegi semayang dulu. kul 7 baru dapat train, tu pon naek yang special train, lepas tu drop kat kepong sentral. daripada sana tunggu next train nak balik sg.buloh.

penat. penat. penat. haih. pukul 7.30 sampai sg.buloh, terus pegi The Store, ambik laptop zati. then, solat. after solat semua, pegi makan. huuuuhhh. kenyangggggg.

kul 9 balik umah. ingat nak study. tapi badan penat. taknak study laaa. hihihiiii. bukak fb, blog sampai sekarang.

and now, nak tido pulak. ngantok!

nite!!!

p/s--> esok ade CP ngan bedside. dah la aku kena present bedside an. tapi satu benda pon aku tak prepare. nasib laaa. nak tido.

Thursday, December 8, 2011

alhamdulillah

alhamdulillah.


akhirnya result obgyn keluar arini.
dan aku!
- L U L U S -
alhamdulillah.
syukur ke hadrat Ilahi.

(^_^)

Wednesday, December 7, 2011

time for cannulation & venipunture!!!

hai. (^_^)

hari ni aku buat cannulation & venipunture! so excited! hOhOhOhO~~~

ape tu cannulation?

this!


ouch! sakit an? 
cannulation biasanya buat kat dorsum of hand.

okay. kat bawah ni ade jenis-jenis cannula/branula. 


yellow-24G (ni untuk budak-budak, takde picca la pulak.)
blue-22G
pink-20G (most common use.,standard use for adult)
green-18G
grey-16G.

makin besar value, makin kecik size needle cannula tuuu. for example, needle size for blue cannula is smaller compared to needle size for pink cannula. mostly, pink color is standard used for adult. 


okay. ni semua kena ade before start the cannulation.

tadi, first time buat. so, for sure la praktik kat patung dulu an. percubaan pertama, berjaya! dan seterusnya diikuti kedua, ketiga dan keempat. semua berjaya! kira-kira dah konfiden tuuu...try nak buat kat member pulak. tapi..semua takut nak volunteer. huh. 

ade la dua tiga orang yang volunteer nak kena cucuk. so, aku dapat sorang ni, hadi. hehe. padahal, jadi assistance kat tepi jek pon..tapi, aku involved jugak okayyyy. takde aku, tak jadi! aku, mas ngan hadi. hehe. semangat niiii. step by step kitaorang buat.

1-basuh tangan bersih-bersih, then pakai glove. tadi, kitorang tak pakai glove, nak cepat. sepatutnya kena pakai tau!
2-lepas tu, cari vein. apply tourniquet. tepuk-tepuk sket sampai vein tu visible..biar senang nak cucuk.
3-ambik appropriate cannula. tadi kitorang pakai pink cannula-20G. apply alcohol swab.
4-lepas tu cucuk. mase nak cucuk tuuu..make sure needle's tip face pointing towards the skin & angle should be 30 degree.
4-bila dah rasa needle dah masuk vein, tarik keluar needle slowly & pause kejap. tengok ade blood flow tak, which is indicate our cannula had entered vein nicely.
5-bila dah konpem tuuu, tarik jarum keluar slowly..at the same time tolak cannula toward into vein. before that! make sure bukak tourniquet duluuuu!!!
6-okay. bila dah fully masuk cannula tuuu..masukkan normal saline untuk make sure fluid can go through it into the vein, then closed the tip of cannula & secure it! 

tapiiiii. kitorang punya situasi tadi cemas gilerrrr. kenapa? sebab, terlupa nak bukak tourniquet before tarik keluar needle! darah mengalir keluar macam air paip tadiiiii!. huhuuuu...scaryyy! terlupa nak ambik gambar mase tangan penuh dengan darah tadiii. 

tenkiu hadi sudi sumbangkan tangan. (^_^) jasamu dikenang.

okay. ni untuk venipuncture. ni buat kat patung jek. (-_-)

this is venipuncture!
biasanya kat cubital fossa.


okay. tu jek la ek. 
dah ngantok laaa.
nite!

p/s--> esok pagi-pagi pukul 8, ade lec pasal dysphagia & case presentation. tapi, aku tak studi satu ape pon. sebenarnya..aku baru jek abes bace novel! aiyooo!!! #tepuk dahi banyakbanyak!


Tuesday, December 6, 2011

C R U S H ? ? ?



"Based on psychologic study, a crush only lasts for a maximum of 4 months. 
If it exceeds, you are already in love."

Sunday, December 4, 2011

ASTRAPHOBIA

hai. (^_^)

hari ni petir kuat gilerrrrr. scaryyyyyyy.

dan hari ni ternyata fobia aku terhadap petir still ada. aku ingat an dah takde, sebab...sebelom ni aku dah okay ngan petir. okayyy??? hurmmm??? yela.yela.sebenarnya tak berapa okayyy ponnn. tapi aku still boleh cope ape. kira okay la tuuu.

tetapi, ternyata semua itu dusta! kenapakah? sebab aku takut tahap ape tadiiii. terok giler condition aku tadi. huhu. (-_-) umi...abah..takut. nak pelokkk. huhuhu.

now. i announced that i'm having ASTRAPHOBIA!


aku dah diagnosed diri aku sendiri dah. dan ternyata memang betol aku seorang astraphobia. semua symptom astraphobia aku ade. 

~trembling.
~crying.
~sweating.
~panic attack.
~feeling dread.
~rapid heartbeat.
~look for extra shelter. this sooooo true!!! aku sampai menyorok bawah meja. nangis-nangis. scary sangat-sangat.

aku tak suka petir! 


bila hujung minggu.

hai. (^_^)

aku suka hujung minggu.

tapi aku tak suka...bila hujung minggu, aku sorang-sorang kat umah. takde aktiviti nak buat.

planning nak balik kampung. tapi, tiket bas tak sempat beli & tak berbaloi balik untuk dua hari. so, postponed balik masa cuti doploh lima haribulan doblas nanti. akibatnya, aku terkontang-kanting (betol ker aku tulis ni? ah lantak la.) kat umah ni keseorangan. bukak laptop, tengok fb. tutup laptop, bukak balik laptop, blog walking. tutup laptop, pegi makan. bukak balik laptop, jengok fb lagi. haish! life aku arini ZERO! huh. (--_")

hati ni teramatlah meronta-ronta nak keluar pegi shopping(walaupon aku ni bukan la shopaholic sangat pon). nengok an member-member shopping macam incik JPA baru jek masuk an duit semalam, rase jeles tahap cipan ngan dorang. tapi realitinya, incik JPA tak masuk an lagi duit, atm pon kering-kontang dah. abah aku pon dah sekat duit poket sebab boros belanja. nasib.nasib. (T_T) abah, sesungguhnya anakmu ini tidak bersalah. tetapi kos sara hidup disini teramatlah tinggi nilainya. janganlah disekat duit poket anakmu ini. pleaseeee.

arghhhh. please someone take me out from this house for one day only! nak keluar pegi shah alam. tengok SAF (SukanAntaraFakulti). rindu giler masa year 1 & year 2. tak pernah miss pegi sokong budak-budak medik main SAF. tapi, year 3 ni..rasa macam tak berkesempatan jek nak pegi tengok & sokong dorang. sory. (-_-) arghhhh!

so, ape keje aku di hujung minggu ni? karok! yes! alang-alang umah kosong an. ambik kesempatan la karok sepuas-puasnya! hahaha! (^^,)

hajat dihati nak abes an tengok citer korea yang aku stop kat episod lapan tu, tapi takde keinginan la pulak. bukak citer tu jek, mesti tak boleh nak feeling. so, better tak payah tengok la an. betol tak? lepas tu, bukak pulak RunningMan. layan la kejap.

dan. sekarang ni. tengah duk blogging la pulak. haish. (--.")

pegi tido la. esok nak pegi hospital, clerk patient!

nite PEEPS!

Thursday, December 1, 2011

saya nak sangat...

hai. (T_T)

saya sedey. sebab? dah banyak kali plan nak pegi tengok movie, tapi tak jadi. dah lama tak tengok movie. hari tu plan nak g tengok breaking dawn, tapi last-last tak jadi. takpe laaa. padahal dalam hati meronta-ronta nak pegi tengok. tapi nak buat macam mana takde sape sudi temankan nak tengok. semua ada hal. tak kisah la.

lepas tu merancang nak tengok movie ombak rindu pulak. dah lama dah tunggu movie tu. adaptasi daripada novel tuuuu. da siap-siap plan nak pegi tengok first day movie tu kuar, terpaksa pulak cancel. sebab? tetiba ade kelas. ingatkan nak tangguh, tengok next time. ada la lagi harapan nak tengok an. terbayang-bayang dah jalan citer movie tu.

sekaliiiiii.......hmmmphhh. argggghhhh!!! dah fedap dah! taknak tengok lagi dah!

tetibe rase nak nangis. aku dah la peminat tegar novel an. sekali mood dah spoil! dah taknak tengok lagi dah! huhuhuhuuu. nak nangis niiii. serius!

p/s-->saya tak suka bila saya kena nangis tanpa suara dalam toilet.


TETIBA!!!

plan bertukar! kelas arini cancel! pukul 3 setengah pecut pegi OU. nasib baik sempat tengok show pukul empat setengah!!! uwaaaaaaaaaaaaaaa. terharuuuuu. (T_T)

sape cakap dah taknak pegi tengok lagi dah? memang tak la an. tu just quote compensatory mechanism. haha. klaka an?

p/s-->saya puas hati dapat tengok movie ombak rindu. terimakasih. (^_^)