~~~annyeonghaseyo~~~

Friday, December 9, 2011

gara-gara tiket!

hai. (^_^)

arini satu lagi hari yang 'sibuk' bagi aku! gara-gara tiket, kitorang 'melancong' ke batu caves. haih. (--_")

title of the story::tertido dalam train.

citernyer macam niii. tadi mase tengah-tengah best duk lunch kat kafe, tetibe 'homesick'. lepas tu duk la berbual-bual pasal rumah la, kampung la, buah-buahan dusun laaaa dan benda-benda yang sewaktu dengan kampung halaman. tetiba terpikir.."hurmmm.best jugak kalo balik hujung minggu ni." terus kitorang bertiga, Aku, Zati & Ecah menuju ke hentian putra nak beli tiket bas balik kampung jumaat malam (9/12/2011). pergi stesen ktm naek kete, lepas tu ambik train ktm pegi putra.

sampai kat sana lebih kurang pukul 4. sepanjang dalam train, aku tido. tak senonoh! bukak-bukak mata dah sampai hentian putra. cepat-cepat serbu kaunter tiket. alhamdulillah..dapat tiket balik kampung. konon-konon nak kejar masa, terus blah lepas beli tiket. pegi platform nak tunggu train. skali train cepat la pulak sampai. dalam hati aku "macam tau-tau jek aku tengah ngantuk macam hape dah. cepat jek dapat train." mase nak naek train tuh, dah rasa lain macam dah. macam...? hurmmm..naek jek laaa. nak tidooo!!!

naek train, letak jek kepala terus tido tak sedarkan diri. ................................................. tetiba, ecah kejut an aku. "fi, rase kita salah naek train ni".

"hah? biar betol? bukak mata luas-luas, tengok alam sekeliling..sah! salah naek train. last stop, batu caves! DAMN! bukak jek pintu train, terus berlari-lari ke platform sebelah..nak patah balik ke hentian putra. skali tengok, mane ade train daripada arah tuuu. ni kan last stop, naek jek la train tadi. nanti train tu patah la balik. terkejar-kejar la pulak kitorang ke platform asal tadi. fuuuhhhhh! penat! ("-.-") hahahahahahahahahah!!! tergelak-gelak kitorang!

okay. train dah start jalan. akhirnya sampai jugak ke jalan yang benar. tengok jam..pukul 5! hah? ni peak hour laaa. oh no! mesti ramai giler-giler ramai manusia naek train mase niii. sekali betul tekaan aku! dua ker tiga kali kitorang terlepas train. tak boleh nak masuk! padat sepadat padatnya! macam sardin dah rupa train tadi! terhimpit-himpit! taknak aku jadi nasi himpit. nanti nak kena cicah ngan kuah kacang. eh.apakah ini? (^_^) abaikan.

dah la train lembap! lambat! sepatutnya perbanyakkan train ke rawang masa peak hour. tengok jam dah pukul 6. tak semayang asar lagi niii. pegi semayang dulu. kul 7 baru dapat train, tu pon naek yang special train, lepas tu drop kat kepong sentral. daripada sana tunggu next train nak balik sg.buloh.

penat. penat. penat. haih. pukul 7.30 sampai sg.buloh, terus pegi The Store, ambik laptop zati. then, solat. after solat semua, pegi makan. huuuuhhh. kenyangggggg.

kul 9 balik umah. ingat nak study. tapi badan penat. taknak study laaa. hihihiiii. bukak fb, blog sampai sekarang.

and now, nak tido pulak. ngantok!

nite!!!

p/s--> esok ade CP ngan bedside. dah la aku kena present bedside an. tapi satu benda pon aku tak prepare. nasib laaa. nak tido.

No comments:

Post a Comment