Assalamualaikum.
Meh la kita sambung cerita si Cem. Sudahnya, jadi ke tidak dengan OrangTu?
''Ohh, jadi macam tu la ceritanya ya?''
Si Cem merenung lantai dalam-dalam. Tak mampu nak mengangkat muka ke arah ibunya. Diam tidak berkutik menyapu saki-baki air matanya.
''Mari sini.'' Arah ibunya, dipeluk si Cem erat-erat. Cuba untuk memberi kekuatan kepada anak gadisnya yang kecil molek itu.
''Takpelah kalau Cem tak ready lagi. Ibu dengan ayah takkan paksa Cem. Ini soal hidup Cem, lagipon orang yang Cem akan pilih nanti akan hidup sama-sama dengan Cem. Mestilah Cem nak pilih orang yang betul-betul boleh terima baik dan buruk Cem dan Cem pon begitu juga.''
Dibalas erat pelukan ibunya. Sungguh ibunya memahami akan dirinya itu. Dia bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang sangat memahami dirinya.
Akhirnya, malam itu si Cem nekad nak berbincang dengan OrangTu.
"Hello. OrangTu. Saya ade benda nak bincang dengan awak. Pasal kita"
"Ya, saya bercakap. Pasal kita? Saya rasa dah takde istilah kita kot. Sebelom awak cakap..biar saya yang mulakan dulu."
Si Cem tercengang seketika. Apakah ini?
"Saya rasa biarlah hubungan kita sampai disini sahaja. Sebabnya, saya nampak awak sangat tak ready untuk go into that relationship. Dan saya tak nak awak terlalu memaksa diri awak untuk menerima saya. Saya tak nak hubungan yang macam ni."
"OrangTu, awak serius ke ni? Awak faham tak awak sedang cakap apa ni?"
"Cem, saya faham dan saya sedar apa yang saya cakapkan sekarang ni. Pasal macam mana nak bagitahu parents saya tu, pandai-pandailah saya. Nanti kalau siapa-siapa tanya, awak cakap jek takde jodoh."
Si Cem terdiam. Betul ke apa yang dia dengar dari OrangTu sebentar tadi. Tak tahu nak gembira ke nak sedih. Si Cem terima.
"Okay. Kalau dah itu yang awak cakap. Saya terima aje. Terimakasih diatas segala-galanya."
"Terima kasih jugak kerana sudi kenal dengan saya."
So, berakhirlah kisah si Cem dengan OrangTu. Tak kahwin-kahwin jugak si Cem ni.
Bilalah si Cem ni nak kahwin agaknya? Sama-samalah kita doakan semoga si Cem terbuka hati nak terima seseorang dalam hidupnya dan semoga dipercepatkan jodoh si Cem dengan bakalnya. Aamiin.
No comments:
Post a Comment