Assalamualaikum.
Macam mana semua? Sihat? Lama tak jenguk blog ni. Ade yang rindu ke? Rindu saya ke rindu si Cem? Aww..ngadee sangat tau.
Seperti yang ditunggu-tunggu malam ni, marilah kita menyambung cerita si Cem, si Arum & Orangtu. (ditunggu-tunggu ke?)
Jadi, akhirnya macam mana? Kahwin ke tidak si Cem dengan bakal suami dia tu, Orangtu?
Sampai sahaja dirumah ibunya, terus si Cem bergegas naik ke rumah. Melilau mata si Cem mencari ibunya. Mulutnya terjerit-jerit memanggil ibunya. Masuk jek ruang dapur dilihatnya ibunya sedang asyik sangat menggoreng ikan, patutlah tak menyahut panggilan si Cem. Nasib ikan goreng ibu Cem sedap. Yumss.
Lantas dipeluk erat ibunya. "Opocot mak!!!"
"Cem, kenapa ni?"
"Ibu, Cem sedih ni."
"Kenapa sedih ni? Siapa buat Cem sedih ni?"Sayu hati ibu lihat si anaknya lencun dengan kedua-dua belah mata bengkak.
"Ibu, Cem rasa hati Cem ni berbelah-bagi lagi la bu. Cem, tak boleh nak bagi komitmen untuk terima siapa-siapa lagi dalam hidup Cem buat masa terdekat ni. Cem, nak minta maaf sangat-sangat dekat ibu, ayah, OrangTu dan keluarga OrangTu."
Tergeleng-geleng kepala ibu si Cem dengan perangai si Cem yang selalu buat keputusan terburu-buru. Balik haritu pon macam nilah, tergesa-gesa kata setuju..balik harini pon sama, tergesa-gesa kata tak jadi pulak. Tergaru-garu kepala ibu si Cem dek perangai si Cem ni.
"Cem, cuba cerita dekat ibu..apa sebenarnya yang jadi dengan kamu ni. Peninglah ibu."
Lalu si Cem pon membukalah ceriteracinta dirinya yang tidak kesampaian dan dek kerana pendek akal dia pada ketika itu dia telah bersetuju untuk mengikat tali pertunangan a.k.a berkenal-kenalan dengan OrangTu, kerana dirasakan apa yang terjadi ketika itu macam satu petunjuk untuk dirinya. Tetapi, telahan hatinya mula mejadi goyah setelah mengenali OrangTu. Dirasakan jiwanya tidak sekental mana untuk melawan perasaan hatinya. Disangkakan dengan kehadiran insan lain yang mengisi ruang hatinya dapat mengubati luka dihati, ternyata silap sekali andaiannya itu. Cem merasakan seolah-olah dirinya bersalah dalam hal itu kerana menggunakan OrangTu untuk kepentingan dirinya.
Disebabkan itu dia mengambil keputusan untuk berterus-terang dengan OrangTu mengenai hal itu. Sangkanya, perkara itu akan berlalu dengan begitu sahaja..tetapi tidak mudah untuk si Cem harungi. Masih teringat lagi, pada petang itu sewaktu si Cem berjumpa OrangTu disebuah kedai kafe.
"OrangTu, saya ada benda nak cakap sikit. Pasal kita."
"Pasal kita? Saya ingatkan takde istilah 'kita' dalam perkenalan kita." Tersengih-sengih Orangtu. Si Cem pulak buat muka 'apehal'.
"Serius okay. Sebenarnya, saya rasa saya tak bolehlah nak teruskan perkenalan kita ni. Saya rasa macam something wrong somewhere."
"Awak cakap apa ni Cem?"
"Macam nilah. Saya terus terang dengan awak, sebenarnya saya dah buat satu kesilapan yang besar..sangat besar dalam hidup saya, iaitu bersetuju untuk berkenalan dengan awak. Saya nak minta maaf banyak-banyak kalau selama kita kenal ni saya ade terbagi harapan palsu dekat awak." luluh hati Cem. Bukan niat hatinya, tapi dia tak sanggup lagi untuk teruskan perkenalan ini jika hatinya masih lagi berbelah bagi..dan dia juga tidak sanggup untuk melihat sekeping lagi hati pecah berderai dek perkenalan yang tidak menjanjikan apa-apa.
"Tapi, kenapa Cem. Sepanjang saya kenal awak dan awak kenal saya, saya tak rasa pon kita macam tak serasi. Awak okay jek dengan, saya pon selesa jek dengan awak. Saya minta maaf jika saya ada buat awak terasa ke apa ke sepanjang kita kenal ni. Tapi, awak janganlah buat saya macam ni. Saya dah mula sayangkan awak. Kenapa benda macam ni jadi tiba-tiba pulak?" Tajam pandangan mata OrangTu seakan-akan cuba untuk mengimbas apa yang sedang difikirkan oleh si Cem.
"Kita boleh cuba Cem. Saya tahu awak pernah terluka. Saya tahu sakit itu..sebab saya ada dengan bila awak tengah sakit..sakit ditinggalkan. Saya janji..saya akan bahagiakan awak. Berilah saya peluang itu. Please, Cem." Kenapalah si Orangtu baik sangat ni. Macam mana si Cem ni nak cakap lagi yang dia belum lagi bersedia..yang dia perlukan masa untuk bersendiri. Perlukah disakiti hati itu. Tapi si Cem tak sanggup nak tengok sekeping lagi hati disakiti. Cukuplah dirinya sahaja yang merasa sakit itu, tidak perlu orang lain pula.
Cem nekad, dia terpaksa juga hentikan semua ini sebelum ia menular dengan lebih jauh lagi.
"OrangTu, saya betul-betul minta maaf. Saya doakan lepas ni awak akan jumpa seseorang yang lagi baik daripada saya. Saya harap kita masih boleh jadi kawan."
"Sampai hati awak, Cem. Awak berikan saya harapan, dan awak juga yang hancurkan harapan itu." Tajam pandangan OrangTu. Buat seketika masa seakan berhenti putar. Si Cem diam tidak berkutik. Terasa bersalah barangkali. Itulah, siapa suruh beri harapan palsu. Tapi, itu bukan harapan pon. Si Cem tu pon baru setuju bertunang dalam erti kata lain nak kenal-kenal sahaja. Ke dia yang salah? Arghhh...serabutlah layan si Cem ni.
"Habiskan air awak tu. Nanti saya hantarkan awak balik." OrangTu bersuara setelah lama kedua-duanya berdiam diri.
"Eh, takpe. Saya datang sendiri, saya drive sendiri tadi." Terdengar keluhan kecil daripada OrangTu.
"Okay. Bawa kereta elok-elok. Saya gerak dulu." Si Cem terpinga-pinga.
Jadi, apa kesudahan cerita mereka ni?
Dan kenapa pula si Cem balik ke kampung dalam keadaan begitu?
To-be-continued.
No comments:
Post a Comment