~~~annyeonghaseyo~~~

Monday, May 30, 2011

super junior!!!

hai. (^_^)

ari sabtu lepas, aku ngan rina, sop, fifah pergi putrajaya.
wahhh. excited wehh.
kalo korang nak tau, tu la first time aku pergi putrajaya!
da berapa kali dah janji ngan member nak pergi, tak jadijadi jugak.
mase duk kat umah, cuti baru baru ni.. aku ngan rina duk la ber'YM'
sekali rina tanya. 'fi, nak pergi tengok konsert suju tak?'
aku dah tau dah pasal ni, cuma tak detail sangat la.

apalagi, cepat jek aku reply.'nak nak!!! bile??'
rina pon gtau la.. bla...bla..bla..
aku pon terus on jek laa.
alang alang dah ade kolej mase time tu, pergi je la daripada tak buat apeape an?
padahal ade jek keje nak buat. elective study.
tapi...hehehe.... =P
bukan senang woo nak tengok konsert free, lebihlebih lagi free konsert suju!!!
pergi je laaa!!!!

sebenarnya, konsert tu dianjurkan sempena hari belia 2011.
tema hari belia 2011 'Himpunan Sejuta Belia'.


kitorang awal awal lagi dah terpacak kat sana.
lebih kurang kul 2 laa, after solat zohor kat umah abang rina..terus pecut ke putrajaya.

yeay!!! stage untuk konsert malam tuuuu.

ha! ni la kitorang nyerrr. sesak sesak pon still nak bergambar.

excited!

dapat free!!!


matahari terpacak kat atas kepala, kitorang terpacak kat depan stage.
nak tengok suju rehearsal punya pasal.
padahal takde pon. sape la yang bagi wrong info nih.
haishhh!!!
penat tau tunggu!!! sampai kul 6.30 kitorang stay.
dah la blom solat agi an?
nak keluar satu hal. susah, ramai orang.
nasib baik boleh keluar jugak akhirnya.

after maghrib tuu. kitorang nak masuk balik tempat tadi.
nasib baik dah reservered awal awal.
huihhh..!!! susah payah kitorang merentas lautan manusia nak masuk balik.
punyala crowded tempat tuuu.

sebelom show suju M, ade show daripada artis artis kita.
artis yang perform malam tuu.. farah asyikin, nadia AF, azlan the typewritter & ade la beberapa orang lagi.
aku tak ingat nama.

tik tok tik tok...
tunggu punya tunggu suju, tak keluar keluar jugak.
dah berapa orang dah pengsan sebab tak cukup oksigen niii.
haish.

lebih kurang kul 9.30 malam. suju M keluar jugak akhirnya!!!
macam orang hape dah kitorang niii terjerit jerit.
macam kena histeriaaa!!!

aaahhhhhh!!!!!!!!!

suju M ni terdiri daripada
-eunhyuk 
-siwon
-donghae
-ryeowook
-kyuhyun
-sungmin
& together with chineese members
-henry
-zhou mi

tapiiiiii
siwon ngan donghae tak datang.
sedey.
rina la yang paling sedey.
coz dia minat giler giler ngan siwon.
aku minat semua suju!!!!!
(^_^)


yeay!!!


--solo performance--

henry

zhou mi

ryeowook

eunhyuk

kyuhyun

sweeetttttt!!!

ni da habis da.

kamsahamnida!!!

sempat lagi tuuu kitorang bergambar sebelom balik.
penat wooo!



bye bye.
annyeong!!!

p/s-->dengar dengar kata suju nak datang lagiii. (^_^)



Friday, May 27, 2011

cont'..... kenong rimba the series

hai. (^_^)

third day's kenong rimba.

25 May 2011


hari ni kitorang boleh relaks sket.
sebab, aktiviti kitorang hari ni just pergi tasik kat Hutan Lipur Terenggun.
tasik Terenggun, bukan 'Terengganu' tau.

before pegi tasik kitorang breakfast dulu.
pagi tu makan sikit jek.
penat masuk hutan tak hilang agi.
takde selera nak makan.

tempat makan kitorang kat sini la.
bawah apartmen kitorang.
Cafe de Aroma.


dah breakfast dah.


after breakfast uncle J bawak kitorang ke tasik tuuu.

jum tengok gambar.

lawa an tasik niii?


siap ade peta lagi kat tasik ni.
takut sesat. 
luas jugak la tasik ni.
tapi macam terbiar jek tasik ni.
takde orang.
mase pegi tuu, ade sorang pakcik tengah pancing ikan.
hehe.













kalau nak tau, keseronokan ngan kebahagiaan kitorang menikmati keindahan tasik ni setakat ni sahaja.
kenapa???
meh aku stori.

tasik ni besar tau.
hampir separuh tasik kitorang jalan baru sampai kat jambatan tuuu.
lepas da sampai kat situ, kitorang nak continue la jalan jalan sekeliling tasik.
baru jek nak melangkah, terdengar pulak bunyi pelik pelik.
bunyi binatang laaa. bunyi apalagi kat tengah tengah hutan an?
lepas tu terus berlari dapatkan uncle.
pelik uncle ngan kitorang.

'uncle. uncle lead la kitorang. takut la uncle. ade semak tebal, lepas tu ade bunyi bunyi.'

'ha. ok la. ok la. mari ikut sama.'

kitorang pon terkedek kedek ikut daripada belakang.
mase duk ikut uncle tu, kitorang tengok la laluan yang kitorang lalu tuuu.
berlumut. berair.
sekali far menjerit.

'ahhhhh!!!'

apehal pulak si far ni??

'ape far?'

'PACATTT!!!!!!'

'ape???'

'lari far! lari far!'

macam orang hape da larikan diri daripada pacat. 
bajet ar pacat tu kejar an??

wooo!!! fobia wehhh.
lintang pukang kitorang berempat lari.
paim sampai jatuh tergelincir.
kesian paim.
far memang takyah cakap laa.
tau nak selamatkan diri dia jek.
ade aku kisah pasal orang lain???
hOhO.
setiap kali jalan kalau nampak jek pacat mesti bukak langkah besar besar lepas tu lari.
macam tak cukup tanah kitorang lari.
suara takyah cakap laaa.
satu tasik gegar.

AAAAAAAAARGHHHHHHHHHHHHH!!!!!

PACAT!!!  ADE LAGIIIIII KAT SINIIII!!!

CEPAT! CEPAT! LARI!!!!

ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!

terganggu tidur ikan ikan dalam tasik.
haru betul la aku ngan si PACAT niiii.
haish!

dah habis satu tasik kitorang keliling.
terima kasih si pacat kerana memudahkan kerja kitorang pusing satu tasik yang luas tuh.

mase berlari tuu, memang tak sempat la nak ambik gambar an.
so, sikit jek la gambar kat tasik tuuu.

ok. dah penat berlari.
pergi tempat lapang.
check kaki satu satu.
ha. sape yang ade pacat tuuu.
memang terjerit jerit la kan suruh buangkan pacat tuu.
takde sape lagi kejenye yang tolong buangkan pacat.
aku ler tuuuuuuu.
haru betol.
aku ni pon bukan berani sangat.
boleh laa.
kat kaki aku takde pacat.
kat kasut jek ade.

cima, far ngan paim takyah cakap la an.
konpem ade!
aku la tolong buangkan.
huhu
(T_T)

huh. selesai bab pacat.

lepas tu kitorang pergi la berteduh bawah wakaf.
rehat.
penat berkejaran ngan si pacat.

lepas tu ternampak pakcik tadi tengah kemas kemas barang.
nak balik dah kot.
dah takde ikan agaknya.
ntah ntah sebab kitorang yang terjerit jerit tadi.
bising sangat!!!
sampai ikan pon lari.
haish.

sekali pakcik tu pon lalu depan kitorang.
aku dengan mesra alam ni pon tegur la pakcik tu.

'ikan ape tu pakcik?'

'lampam'

'owhhhhh. nak ambik gambar boleh???'

'ambiklah.'

'wahhh. banyaknyaaa ikan!'

'sikit jek tuu'

GULP!!!
kitorang berempat ni dah saling pandang memandang dah.
aii. pakcik ni perli kitorang ker??
cima dah tahan gelak dah. 
far ngan paim buat muka tak bersalah.
"dunno. dunno"
yelaaa. kan tadi kitorang macam orang hape lari takutkan pacat.
terpekik. terlolong. bagai nak rak kitorang jerit.
nasib la pakcik.
aritu kitorang pergi tasik semua ikan pakcik lari.
kikikihhh!!!
lepas pakcik tu blah.
apalagi. meledak gelak kitorang niii.
hahahahahahahahahahahaha!!!!!!!!!


da nak balik dah.


shhhhh. rahsia kita berdua.


p/s--> tak sabar nak siapkan report. nak cuti.



cont'..... kenong rimba the series

hai. (^_^)

second day's kenong rimba.

24 May 2011


pagipagi lagi dah bangun. 
hari ni punya aktiviti lagi mencabar. 
after breakfast, uncle johny bawak kitorang pergi jeti. 
kitorang nak masuk hutan kenong rimba. 
nak pergi campsite, kaji pasal herba & jugak....nak masuk gua!!! LAGI SEKALI!!!!
uncle johny cakap...hutan ni banyak PACAT!!!
hatihati ooooo!!!
ah. tidak!


jeti nak ke Kenong Rimba.


sampai jeti, tunggu bot datang ambik.
excited nak naik bot rentas sungai. tapi still ade rasa takut.
hoho. 
lebih kurang pukul 8 lebihlebih sikit, bot sampai. kitorang dah get ready dah nak masuk hutan.
kaki seluar dah masukkan dalam stoking dah. YES!
insect repellent dah spray dah. satu badan hah. YES!
persiapan mental & fizikal. ermmmmm..... YES...! kot.... 
hihi.


sebelom naik bot, pakai jaket 'oren' dulu. untuk keselamatan....
(^_^)


jum. bertolak!








yeay dah sampai jeti Kenong Rimba.


ha. abang Hisyam yang akan lead kitorang masuk ke hutan Kenong Rimba.
Ho YeaH!!!

jum!!! tengok gambar gambar yang sempat kitorang ambik.

ni la permulaan kitorang nak masuk hutan after 2 km berjalan yang mengambil masa selama 2 jam.
fuhhh. penat.
perjalanan dalam hutan pulak 9km sebelom sampai ke campsite Kenong Rimba.
mak aiii. penat wooo.


takuuutttt.

semua diam jekkk.


jambatan gantung nak roboh. cuak giler. 1 by 1 cross jambatan ni.


tunggu giliran.






pokok lemba.


lagi jambatan gantung. yang ni kukuh sket. so kitorang boleh cross beramai ramai.
boleh lagi senyum senyum mase ni.
lepas dah cross jambatan ni, mata tengok kasut.
MAKKKKK!!!!! PACAT!!!!
macam orang hape ntah kitorang mase tu.
terjerit, terpekik, terlolong gara gara si PACAT!!!
spoil betoi!!!

after pengalaman ngan si PACAT tuuu.
kitorang semua dah fobia giler giler ngan PACAT.
rase sumtin gerak gerak sket, tak tentu arah kitorang.


sungai kenong.
after cross sg. kenong ni kitorang sampai ler kat campsite tuu.


1 of herbs that we will be discussed in our elective study.


pokok tualang.


ni la sepatutnya tempat menginap kitorang. tapi kat sini tengah buat renovation, so tempat menginap ditukar ke apartmen. tapi, best jugakkk!


besar giler pokok ni. tu baru akar pokok.

okay. sekarang kita akan masuk gua pulak. 
first gua--> Gua Buta. 
ready!!! Go!!!

gua buta-97 meter


masuk masuk gua jek terus nampak kelawar. 
serammmmm.




teka ni ape???
-
-
-
kala jengking bukit/gua.
menarik an?


akhirnya keluar jugak.
macam macam dugaan kitorang kena lalui sepanjang dalam gua.
ade yang hampir hampir jatuh dek tergelincir mase tengah panjat gua.
takut wooo!!!
dah la abang hisham gtau, dulu pernah ade budak jatuh mase panjat gua.
patah kaki ngan tangan.
ngeri woooo!!!


besar GILERRRRRR ulat gonggok niiii.

ingatkan dah habis penyiksaan.
rupa rupanya ade lagi yang mencabar mental & fizikal.
TOLONGGGGG!!!!
cuak giler mase nak turun balik.
bukit tu curam sangat sangat.
dah la banyak batu batu tajam.
korang tengoklah betapa susahnya nak turun.
rasa macam nak tepon helikopter jek mai ambik kitorang, bawak turun ke bawah.
huhu.


ni paim ngan far.
usaha tuuu nak turun.
silap langkah, boleh jatuh wehhh.
aku da selamat turun dah ngan cima. 
tengah nengok diorang turun.
far paling kesian.
lebam lebam kot badan.

huh. selamat aku. pucat wo muka.


paim berjaya!


go far go!!!


aku ngan cima tersengih sengih nengok diorang turun.
kelakar siot.
far sampai tersangkut sangkut baju kat pokok.
haha. hish. jahat betol aku ni.
asyik gelakkan orang jek keje nye.
hihi.



after lunch & solat, kitorang ke gua Batu Telahup.











lepas tu gerak ke gua Batu Tangkup pulak.









unik!!!

last gua kitorang masuk.
gua Batu Tangga.



best gua niii.
dalam gua ada tangga.
tuuu...kitorang duduk atas tangga.




dah keluar gua dah.

meh aku nak tell stori sket.
kelakar giler.
taktau la korang akan gelak ke tak.
tapi, kalo korang ade mase tuu, siyes korang akan gelak macam nak pecah perut.
haha.

macam ni.
lepas syok syok ambik gambar semua.
kitorang pon sambung la perjalanan balik.
nak kena rentas ala ala sungai kecik laa.
kat dalam sungai kecik tu ade batu, konon konon nak bagi senang rentas la.
semua yang ikut belakang aku, semua pijak atas batu.
yang si far ni pulak...eksyen. nak buat step baru.
yelaaa. kaki panjang la katakan. 
dia pon dengan penuh yakin bukak langkah seluas luas alam.
sekali. hah. kasut masuk dalam lumpur. tertanggal habis kasut.
si far ni duk 2nd last, so belakang dia tuu ade la si muiz.
dengan sopannya.
'ermm. muiz tolong ambikkan kasut'

hahahahahahhahaha!!!!
aku ngan cima dah gelak macam orang hape dah.
si muiz ni pendiam sket orangnya.
kitorang pon segan nak cakap cakap ngan muiz tuu.
ari tu, for the first time kitorang tengok far ngan muiz cakap.
eh. eh macam ade sumtin jek ni.
hehe.
takde ape sebenarnya, saje jek aku ngan cima nak kenakan si far ngan si muiz tuu.
hehe.
sory far, sory muiz.
kitorang gurau jek.
jangan ambik hati ek.
(^_^)

after kejadian tuu. kitorang selalu usik usik far.
hihi. suka nya boleh sakat orang an?

jum keluar hutan!!!



ni dah keluar hutan.
kena jalan 2 km lagi sebelom sampai jeti.


semua dah penat. giliran aku pulak ambik gambar diorang.
hehe. sory abang hisham ambik gambar candid.


ni sawah padi bukit


jauh lagi perjalanan kitorang nak ke jeti.


ade kisah di sebalik motor ni.
otw kitorang nak masuk hutan pagi tuu, dah jumpa ngan motor ni.
otw nak balik ke jeti pon jumpa lagi motor ni.
apalagi, tak lepas peluang la ambik gambar motor ni.
dah la tuan motor ni takde.
kikikih.
sory curi curi ambik gambar tanpa kebenaran.
comey sangat!!!
(^_^)


sempat lagi posing dekat jeti.
tengah tunggu bot nak balik ke jeti awal awal tadi.


 TIBA TIBA!!!
paim ngan far terjerit jerit panggil aku.

'fifi!!! fifi!!!'

hah. ape? pacat ker???
ahhhh!!!
aku ni dah la fobia ngan pacat.

'darah..darah..kat belakang baju.'

arghhhh!!! tidakkk!
aku kena gigit ngan PACAT!!!
habis berdarah baju aku. tak sanggup aku nak tengok.
huhu.

bukan aku sorang jek yang kena gigit ngan PACAT.
far ngan paim pecah rekod!!!
paling banyak kena gigit ngan PACAT.
kesian diorang. dah la lebam lebam penuh badan.
gara gara tergelincir mase panjat Gua Buta.
cima lagi best.
kena 'love bite' ngan PACAT kat tengkuk.
huhu. ngeriiii.



berdarah woooo..


jum balikkk!!!
dah habis pengembaraan ke Kenong Rimba.
penatttttt.
tapi best!

(^_^)

walaupun first first tu macam meyesal giler pilih nak buat elektif kat dalam hutan, after keluar hutan tuuu rase best giler giler best. pengalaman tuuu. orang lain takkan dapat pengalaman ni melainkan diorang pergi sendiri rase macam mana masuk REAL HUTAN!!! haha. 

tenkiu abang hisham sudi melayan karenah kitorang yang tak berapa nak betol & ntah ape ape nii. abang hisham terbaik la!!!

p/s--> ade satu hari lagi kat pahang. nanti aku citer dalam next entri ek. sory kalau entri ni panjang sangat. hehe. (^_^) sory takley nak stori banyak banyak agi pasal herba. aku nak simpan untuk elective study. peace. 

nak eksyen sket. aku jadi hero PACAT woo. dah la satu gigitan jek aku kena. semua pacat pacat yang gigit diorang aku la yang tolong buangkan. hebat tak aku??? poyo jek! =P