hari ni aku nak share sumtin. hehe.
bout this novel. 7 hari mencintaiku.
by siti rosmizah.
ha. kalo korang nak tau, aku memang minat sungguh la ngan novel karya siti rosmizah ni.
kalo korang tak tau or blom tau. aku ni sebenarnya 'hantu novel'!
tak caye. pegi tanye membe membe aku.
aku ni terjebak dengan novel ni since aku form 3. after pmr.
huish! dahsyat.
ni semua gara gara membe aku dulu tu laaa.
aku ni anti ngan buku buku tebal ni.
nengok membe aku bace novel jek, terus aku buat mulut terjuih.
ha. elok sangat lerr tuuu.
sekali dia offer satu novel ni kat aku, ala ala cabar aku la lagak nyer.
aku ni pantang orang cabar sket.
aku terus ambik. tajuk ape novel tuh?
ombak rindu by fauziah ashaari.
ni ha.
feeling abes wooooo cite ni!
lepas tu. apelagi terus melekat rasa chenta aku kat novel novel ni.
feeling abes aku kat novel!
huish dahsyat.
korang bayang kan aku sanggup save duit belanja semata mata nak beli novel.
dua buah sekali aku beli.
ha. amik kau.
masa dulu dulu, alaf 21 keluarkan dua buah novel jek sebulan.
sanggup aku tiap tiap bulan gi beli novel tuuu.
chenta novel punya pasal.
ape saja aku redah.
huhu.
sekarang ni, dah tak terkira dah novel novel yang aku buat koleksi.
hehe.
jujur aku cakap, aku sayang giler ngan novel aku.
lepas bali terus balut kemas kemas.
&. shhhhh. aku jarang bagi orang pinjam.
sekarang ni semua orang aku bagi pinjam.
dah banyak giler stok novel aku.
dah berapa kali aku khatam.
so, sekarang ni aku nak jadi baik sket.
sape sape nak pinjam aku bagi jek.
baik tak aku?
(^_^)
ok. sekarang ni aku nak citer pasal novel yang aku baru bace ni.
dah lame bace baru sempat nak share.
hehe.
sekali lagi. hehe.
hmm??? mase aku tengah tengah bace cite ni, ni la yang selalu terkeluar & bermain main kat fikiran aku.
masih ade ker lelaki cam khuzairi ni? khuzairi-watak lelaki.
sanggup dia tahan semua karenah mia adriana. ish. ish. mia adriana-watak perempuan.
aku tak tau la. teruk giler kot mia tu duk cabar dia, sanggup dia tahan semua hamburan kata kata mia.
kalau aku laaa... *speechless*
khuzairi ni dulu satu skol ngan mia. khuzairi ni dulu, 1st jumpe ngan mia lagi dah jatuh hati. tapi dia sedar diri, siapa la dia nak digandingkan dengan mia tu, mia anak orang kaya. dia anak penternak kambing jek.
so, dia lupakan je la pasal si mia ni. padahal dalam hati, takde nye nak lupa lupa. kikikih.
satu hari ni, ade la orang dengki ngan khuzairi. yela. dah orang nyer pandai, hensem, segak. sape tak dengki an? so, start daripada tu la mia ni benci tahap gaban la ngan khuzairi. ye la. dah la mia ni sombong, takanak kawan ngan orang yang tak setaraf ngan dia. lagi lagi si khuzairi ni. sekali dapat surat chenta daripada khuzairi. apelagi, mengamuk sampai tak ingat dunia la mia ni. malu kot. mia gi tengking tengking khuzairi depan kawan kawan dorang. huhu. tapi, khuzairi still buat rilek jek. walaupun, dia tau sape punya angkara, dia diamkan aje pasal benda ni. tak lame lepas tu, mia pindah sekolah kat bandar. sedey la khuzairi. ade jodoh ade. takde jodoh nak buat camane an?
dua belas tahun lepas tu. masing masig dah ade kerjaya masing masing. famili mia ni ade konflik. tunang mia, khalil buat perangai. jadi pak sanggup, kahwin ngan pompuan lain. tinggalkan mia yang berape jam lagi nak berkahwin ngan dia. hish. jahat betol. dayus!!! nasib baik khuzairi ade. khuzairi la yang kahwin ngan dia. tu pon, macam macam benda jadi. kalo nak tau lebih lanjut, sila la bace novel dia ek. hihi. da kahwin tu, paham paham la dengan mia an. dia kan tak suka kat khuzairi. siap cakap khuzairi tu layak jaga lambing jek. tak layak pon nak jadi hubby dia. huish. kejam tol. khuzairi ni tahan jek. sampai sanggup bawa mia balik umah dia kat kampung lepas papa mia meninggal. kat kampung pulak, mia ni buat hal.
tersepit khuzairi antara emak dengan isteri. kalau aku yang jadi mia, aku bersyukur dapat hubby cam khuzairi tu. korang bayangkan ek. macam macam pe'el mia buat, tapi khuzairi layan mia tak ubah macam puteri. makan minum disediakan. semua keperluan cukup. aku tak tau la apelagi yang tak cukup sampai si mia ni buat perangai yang ntah ape ape tuh. hish! dalam melayari bahtera perkahwinan tu, banyak la bab gaduh gaduh pujuk memujuk tu. biasalakan. tapi aku rasa macam. eeeeeiiiiiii. banyak sangat bab gaduh pujuk, gaduh pujuk, gaduh pujuk. tak abes abes. kadang kadang aku terfikir. khuzairi tak boring ker asyik duk memujuk jek? hish. tak tahan aku. ni pendapat ak jek. so, benda benda tu la yang on going dalam novel ni. tapi, best!!! kalau korang nak tau pasal ape yang sorang tu merajuk dan sorang lagi duk memujuk. korang kena la bace novel ni tau.
tapi seksa woo jadi khuzairi. tersepit 24 jam. antara famili keluarga ngan wife. huhu. tak tau nak wat camane. ok. untuk pengetahuan korang si mia ni lawyer tau. before famili dia muflis & bankrap. si khuzairi ni pulak doktor. i like! (^_^) khuzairi ni jugak ade buat penternakan ladang kambing. gempak tak?
ha. pasal tajuk novel tu. 7 hari mencintaiku. tu dia nak ceritakan yang mia ni baru tersedar dari mimpi lena nya. hiperbola jap. baru dia sedar yang dia dah jatuh cinta ngan khuzairi. dan dia hanya ade 7 hari jek untuk tunjukkan rase cinta nya kat khuzairi. tau kenapa? sebab lepas 7 hari tuu, khuzairi akan kahwin ngan orang lain. ha. lagi satu, masa ni dorang dah ade sorang anak. nama alissa ariana. sedey giler kot mase ni. khuzairi buat tak endah langsung kat mia. walhal, dulu dulu dia la yang sungguh sungguh nak kan mia. lepas mia tinggalkan khuzairi after give birth kat alissa. khuairi dah tawar hati ngan mia. tapi aku tau dalam hati khuzairi masih ade rase cinta untuk mia. cume ego seorang lelaki yang membataskan dia untuk menerima kembali mia.
khuzairi kahwin lain ker?
or dia terima balik mia dalam hidup dia? akan bersatu kah sebuah keluarga?
so, kalau korang nak tau kesudahan citer ni.
cepat cepat la pergi beli novel ni tau!
(^_^)
p/s--> aku beli novel ni coincidentaly. mase tuh tengah otw ke jalan TAR. tau tau jek dah masuk dalam satu kedai buku ni. sory la tak ingat name kedai tu. masuk masuk jek ternampak buku siti rosmizah. mula mula pikir, kat kedai lain ade ke tak ek? argh. beli terus jek la. mane tau kedai lain da abes stok. menangis tak berlagu aku.
orang tak bace entry ni sampai habes sebab nak baca sendiri..jgn lupa bawakkk!!! :D
ReplyDeleteokai.. fi balik sabtu malam, pagi ahad tu sampai la.. min jangan tak pegi ambik pulak k! (^_^)
ReplyDelete