second day's kenong rimba.
24 May 2011
pagipagi lagi dah bangun.
hari ni punya aktiviti lagi mencabar.
after breakfast, uncle johny bawak kitorang pergi jeti.
kitorang nak masuk hutan kenong rimba.
nak pergi campsite, kaji pasal herba & jugak....nak masuk gua!!! LAGI SEKALI!!!!
uncle johny cakap...hutan ni banyak PACAT!!!
hatihati ooooo!!!
ah. tidak!
sampai jeti, tunggu bot datang ambik.
excited nak naik bot rentas sungai. tapi still ade rasa takut.
hoho.
lebih kurang pukul 8 lebihlebih sikit, bot sampai. kitorang dah get ready dah nak masuk hutan.
kaki seluar dah masukkan dalam stoking dah. YES!
insect repellent dah spray dah. satu badan hah. YES!
persiapan mental & fizikal. ermmmmm..... YES...! kot....
hihi.
sebelom naik bot, pakai jaket 'oren' dulu. untuk keselamatan....
(^_^)
Ho YeaH!!!
jum!!! tengok gambar gambar yang sempat kitorang ambik.
ni la permulaan kitorang nak masuk hutan after 2 km berjalan yang mengambil masa selama 2 jam.
fuhhh. penat.
perjalanan dalam hutan pulak 9km sebelom sampai ke campsite Kenong Rimba.
mak aiii. penat wooo.
takuuutttt.
semua diam jekkk.
jambatan gantung nak roboh. cuak giler. 1 by 1 cross jambatan ni.
tunggu giliran.
pokok lemba.
lagi jambatan gantung. yang ni kukuh sket. so kitorang boleh cross beramai ramai.
boleh lagi senyum senyum mase ni.
lepas dah cross jambatan ni, mata tengok kasut.
MAKKKKK!!!!! PACAT!!!!
macam orang hape ntah kitorang mase tu.
terjerit, terpekik, terlolong gara gara si PACAT!!!
spoil betoi!!!
after pengalaman ngan si PACAT tuuu.
kitorang semua dah fobia giler giler ngan PACAT.
rase sumtin gerak gerak sket, tak tentu arah kitorang.
sungai kenong.
after cross sg. kenong ni kitorang sampai ler kat campsite tuu.
1 of herbs that we will be discussed in our elective study.
pokok tualang.
ni la sepatutnya tempat menginap kitorang. tapi kat sini tengah buat renovation, so tempat menginap ditukar ke apartmen. tapi, best jugakkk!
besar giler pokok ni. tu baru akar pokok.
okay. sekarang kita akan masuk gua pulak.
first gua--> Gua Buta.
ready!!! Go!!!
gua buta-97 meter
masuk masuk gua jek terus nampak kelawar.
serammmmm.
teka ni ape???
-
-
-
kala jengking bukit/gua.
menarik an?
akhirnya keluar jugak.
macam macam dugaan kitorang kena lalui sepanjang dalam gua.
ade yang hampir hampir jatuh dek tergelincir mase tengah panjat gua.
takut wooo!!!
dah la abang hisham gtau, dulu pernah ade budak jatuh mase panjat gua.
patah kaki ngan tangan.
ngeri woooo!!!
besar GILERRRRRR ulat gonggok niiii.
ingatkan dah habis penyiksaan.
rupa rupanya ade lagi yang mencabar mental & fizikal.
TOLONGGGGG!!!!
cuak giler mase nak turun balik.
bukit tu curam sangat sangat.
dah la banyak batu batu tajam.
korang tengoklah betapa susahnya nak turun.
rasa macam nak tepon helikopter jek mai ambik kitorang, bawak turun ke bawah.
huhu.
ni paim ngan far.
usaha tuuu nak turun.
silap langkah, boleh jatuh wehhh.
aku da selamat turun dah ngan cima.
tengah nengok diorang turun.
far paling kesian.
lebam lebam kot badan.
huh. selamat aku. pucat wo muka.
paim berjaya!
go far go!!!
aku ngan cima tersengih sengih nengok diorang turun.
kelakar siot.
far sampai tersangkut sangkut baju kat pokok.
haha. hish. jahat betol aku ni.
asyik gelakkan orang jek keje nye.
hihi.
after lunch & solat, kitorang ke gua Batu Telahup.
lepas tu gerak ke gua Batu Tangkup pulak.
unik!!!
last gua kitorang masuk.
gua Batu Tangga.
best gua niii.
dalam gua ada tangga.
tuuu...kitorang duduk atas tangga.
dah keluar gua dah.
meh aku nak tell stori sket.
kelakar giler.
taktau la korang akan gelak ke tak.
tapi, kalo korang ade mase tuu, siyes korang akan gelak macam nak pecah perut.
haha.
macam ni.
lepas syok syok ambik gambar semua.
kitorang pon sambung la perjalanan balik.
nak kena rentas ala ala sungai kecik laa.
kat dalam sungai kecik tu ade batu, konon konon nak bagi senang rentas la.
semua yang ikut belakang aku, semua pijak atas batu.
yang si far ni pulak...eksyen. nak buat step baru.
yelaaa. kaki panjang la katakan.
dia pon dengan penuh yakin bukak langkah seluas luas alam.
sekali. hah. kasut masuk dalam lumpur. tertanggal habis kasut.
si far ni duk 2nd last, so belakang dia tuu ade la si muiz.
dengan sopannya.
'ermm. muiz tolong ambikkan kasut'
hahahahahahhahaha!!!!
aku ngan cima dah gelak macam orang hape dah.
si muiz ni pendiam sket orangnya.
kitorang pon segan nak cakap cakap ngan muiz tuu.
ari tu, for the first time kitorang tengok far ngan muiz cakap.
eh. eh macam ade sumtin jek ni.
hehe.
takde ape sebenarnya, saje jek aku ngan cima nak kenakan si far ngan si muiz tuu.
hehe.
sory far, sory muiz.
kitorang gurau jek.
jangan ambik hati ek.
(^_^)
after kejadian tuu. kitorang selalu usik usik far.
hihi. suka nya boleh sakat orang an?
jum keluar hutan!!!
ni dah keluar hutan.
kena jalan 2 km lagi sebelom sampai jeti.
semua dah penat. giliran aku pulak ambik gambar diorang.
hehe. sory abang hisham ambik gambar candid.
ni sawah padi bukit
jauh lagi perjalanan kitorang nak ke jeti.
ade kisah di sebalik motor ni.
otw kitorang nak masuk hutan pagi tuu, dah jumpa ngan motor ni.
otw nak balik ke jeti pon jumpa lagi motor ni.
apalagi, tak lepas peluang la ambik gambar motor ni.
dah la tuan motor ni takde.
kikikih.
sory curi curi ambik gambar tanpa kebenaran.
comey sangat!!!
(^_^)
sempat lagi posing dekat jeti.
tengah tunggu bot nak balik ke jeti awal awal tadi.
TIBA TIBA!!!
paim ngan far terjerit jerit panggil aku.
'fifi!!! fifi!!!'
hah. ape? pacat ker???
ahhhh!!!
aku ni dah la fobia ngan pacat.
'darah..darah..kat belakang baju.'
arghhhh!!! tidakkk!
aku kena gigit ngan PACAT!!!
habis berdarah baju aku. tak sanggup aku nak tengok.
huhu.
bukan aku sorang jek yang kena gigit ngan PACAT.
far ngan paim pecah rekod!!!
paling banyak kena gigit ngan PACAT.
kesian diorang. dah la lebam lebam penuh badan.
gara gara tergelincir mase panjat Gua Buta.
cima lagi best.
kena 'love bite' ngan PACAT kat tengkuk.
huhu. ngeriiii.
berdarah woooo..
jum balikkk!!!
dah habis pengembaraan ke Kenong Rimba.
penatttttt.
tapi best!
(^_^)
walaupun first first tu macam meyesal giler pilih nak buat elektif kat dalam hutan, after keluar hutan tuuu rase best giler giler best. pengalaman tuuu. orang lain takkan dapat pengalaman ni melainkan diorang pergi sendiri rase macam mana masuk REAL HUTAN!!! haha.
tenkiu abang hisham sudi melayan karenah kitorang yang tak berapa nak betol & ntah ape ape nii. abang hisham terbaik la!!!
p/s--> ade satu hari lagi kat pahang. nanti aku citer dalam next entri ek. sory kalau entri ni panjang sangat. hehe. (^_^) sory takley nak stori banyak banyak agi pasal herba. aku nak simpan untuk elective study. peace.
nak eksyen sket. aku jadi hero PACAT woo. dah la satu gigitan jek aku kena. semua pacat pacat yang gigit diorang aku la yang tolong buangkan. hebat tak aku??? poyo jek! =P
No comments:
Post a Comment