third day's kenong rimba.
25 May 2011
hari ni kitorang boleh relaks sket.
sebab, aktiviti kitorang hari ni just pergi tasik kat Hutan Lipur Terenggun.
tasik Terenggun, bukan 'Terengganu' tau.
before pegi tasik kitorang breakfast dulu.
pagi tu makan sikit jek.
penat masuk hutan tak hilang agi.
takde selera nak makan.
tempat makan kitorang kat sini la.
bawah apartmen kitorang.
Cafe de Aroma.
dah breakfast dah.
after breakfast uncle J bawak kitorang ke tasik tuuu.
jum tengok gambar.
lawa an tasik niii?
siap ade peta lagi kat tasik ni.
takut sesat.
luas jugak la tasik ni.
tapi macam terbiar jek tasik ni.
takde orang.
mase pegi tuu, ade sorang pakcik tengah pancing ikan.
hehe.
kalau nak tau, keseronokan ngan kebahagiaan kitorang menikmati keindahan tasik ni setakat ni sahaja.
kenapa???
meh aku stori.
tasik ni besar tau.
hampir separuh tasik kitorang jalan baru sampai kat jambatan tuuu.
lepas da sampai kat situ, kitorang nak continue la jalan jalan sekeliling tasik.
baru jek nak melangkah, terdengar pulak bunyi pelik pelik.
bunyi binatang laaa. bunyi apalagi kat tengah tengah hutan an?
lepas tu terus berlari dapatkan uncle.
pelik uncle ngan kitorang.
'uncle. uncle lead la kitorang. takut la uncle. ade semak tebal, lepas tu ade bunyi bunyi.'
'ha. ok la. ok la. mari ikut sama.'
kitorang pon terkedek kedek ikut daripada belakang.
mase duk ikut uncle tu, kitorang tengok la laluan yang kitorang lalu tuuu.
berlumut. berair.
sekali far menjerit.
'ahhhhh!!!'
apehal pulak si far ni??
'ape far?'
'PACATTT!!!!!!'
'ape???'
'lari far! lari far!'
macam orang hape da larikan diri daripada pacat.
bajet ar pacat tu kejar an??
wooo!!! fobia wehhh.
lintang pukang kitorang berempat lari.
paim sampai jatuh tergelincir.
kesian paim.
far memang takyah cakap laa.
tau nak selamatkan diri dia jek.
ade aku kisah pasal orang lain???
hOhO.
setiap kali jalan kalau nampak jek pacat mesti bukak langkah besar besar lepas tu lari.
macam tak cukup tanah kitorang lari.
suara takyah cakap laaa.
satu tasik gegar.
AAAAAAAAARGHHHHHHHHHHHHH!!!!!
PACAT!!! ADE LAGIIIIII KAT SINIIII!!!
CEPAT! CEPAT! LARI!!!!
ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!
terganggu tidur ikan ikan dalam tasik.
haru betul la aku ngan si PACAT niiii.
haish!
dah habis satu tasik kitorang keliling.
terima kasih si pacat kerana memudahkan kerja kitorang pusing satu tasik yang luas tuh.
mase berlari tuu, memang tak sempat la nak ambik gambar an.
so, sikit jek la gambar kat tasik tuuu.
ok. dah penat berlari.
pergi tempat lapang.
check kaki satu satu.
ha. sape yang ade pacat tuuu.
memang terjerit jerit la kan suruh buangkan pacat tuu.
takde sape lagi kejenye yang tolong buangkan pacat.
aku ler tuuuuuuu.
haru betol.
aku ni pon bukan berani sangat.
boleh laa.
kat kaki aku takde pacat.
kat kasut jek ade.
cima, far ngan paim takyah cakap la an.
konpem ade!
aku la tolong buangkan.
huhu
(T_T)
huh. selesai bab pacat.
lepas tu kitorang pergi la berteduh bawah wakaf.
rehat.
penat berkejaran ngan si pacat.
lepas tu ternampak pakcik tadi tengah kemas kemas barang.
nak balik dah kot.
dah takde ikan agaknya.
ntah ntah sebab kitorang yang terjerit jerit tadi.
bising sangat!!!
sampai ikan pon lari.
haish.
sekali pakcik tu pon lalu depan kitorang.
aku dengan mesra alam ni pon tegur la pakcik tu.
'ikan ape tu pakcik?'
'lampam'
'owhhhhh. nak ambik gambar boleh???'
'ambiklah.'
'wahhh. banyaknyaaa ikan!'
'sikit jek tuu'
GULP!!!
kitorang berempat ni dah saling pandang memandang dah.
aii. pakcik ni perli kitorang ker??
cima dah tahan gelak dah.
far ngan paim buat muka tak bersalah.
"dunno. dunno"
yelaaa. kan tadi kitorang macam orang hape lari takutkan pacat.
terpekik. terlolong. bagai nak rak kitorang jerit.
nasib la pakcik.
aritu kitorang pergi tasik semua ikan pakcik lari.
kikikihhh!!!
lepas pakcik tu blah.
apalagi. meledak gelak kitorang niii.
hahahahahahahahahahahaha!!!!!!!!!
da nak balik dah.
shhhhh. rahsia kita berdua.
p/s--> tak sabar nak siapkan report. nak cuti.
No comments:
Post a Comment