~~~annyeonghaseyo~~~

Tuesday, May 10, 2011

prince charming kah?????

pagi tu indah sangat. terlalu indah untuk dihayati. syukur alhamdulillah, Allah masih memberi aku peluang untuk aku mengecapi nikmat di dunia sementara ini. alhamdulillah. rutin aku, seperti biasa pada hari sebelum sebelum ini. bangun pagi, siapkan diri untuk ke kelas. cuaca pagi tu lain sangat daripada hari hari biasa. aku ni jenis yang tak suka pergi kelas awal sangat, nanti aku tak tau nak buat ape kalo aku sampai kelas awal sangat.
so aku akan pergi kelas sharp sharp lecturer masuk. selalunya 5 minit sebelom pukul 8 aku bertolak la daripada kolej. sampai kelas pukul 8. sharp tak sharp aku punya time management. poyo jek. fyi, aku ni jaguh pecut jalan. haaa...! jangan main main..

nak dijadikan cerita, pagi tu tengah aku memecut berjalan  nak ke kelas. boleh pulak aku accident! haish! nasib malang betol laa. accident dengan ape? dengan orang laaa. tak main la dengan motor ke, kete ke, basikal ape lagi! takde kelas!!! so, takleh nak cakap apela kan.. bedebuk laaa aku jatuh. dengan susah payah nya aku  bangun nak berdiri. orang tu dengan slumber jek pergi tinggalkan  aku yang dilanggarnya. eh?eh? sape yang langgar sape ek?? ah! lantak la. janji aku yang jatuh, dia la yang salah! betol tak? haish! kurang asam punya orang!!! gua langsi! lu mati wooooo!!!

huhuhuhuuuu... nasib tak baik sungguh aku hari tuuu. sampai jek depan pintu kelas. alamak! takleh bukak! ah sudah!! kunci! mati aku!! aduuuuhhhhh!!! arghhhhhh!!! jaga kau!! sebab kau la aku tak dapat masuk kelas!! grrrrrrrrrrrr. tercongok la aku kat depan kelas tu selama satu jam sampai la lecturer tu keluar. keluar keluar jek, terus buat muka kat aku! cuak giler aku! menunduk jek la aku. haish! sekali lagi accident pagi tu terbayang bayang kat kepala aku. arghhhhhhhhhh.

'babe, kau apehal tak masuk kelas? biase nye sharp sharp jek kau datang'

'hoi! kau ape tau! aku accident la pagi tadi. sampai sampai jek, pintu pulak kunci'

'hah! kau accident?? ade luka luka tak?'

'luka mende! accident ngan orang, mane ade luka! luka kat dalam ade ler!'

'oiii..marah nampak?'

'mesti arrr'

'dah. dah. jom pekena roti canai teh tarik luuu. sejukkan hati sikit. emo ar kau ni pagi pagi'

kat kafe level lima ni la tempat lepak aku ngan besfren aku, ipoi (aka syarifah). tengah best best lepak ni, tetiba ade sorang mamat ni datang. kacau daun betul la mamat ni. lu apehal derr??

'emm..maaf pasal pagi tadi'

apehal mamat ni. tetibe datang mintak maaf. sewel ape. haish! malas aku nak layan.

'weh! dia tengah cakap ngan ko la!'

'hah? saya ker? apehal tibe tibe nak mintak maaf pulak? saya kenal awak ke?'

'saya yang langgar awak pagi tadi. awak tak ingat ker?'

cis! owhhhh. dia ni la yang langgar ya. hensem gak mamat ni. hihi. haish! fokus! fokus! 

'hah. mintak maaf jer? saya takleh masuk kelas tau pagi tadi. ni semua gara gara accident ngan awak la. kalo tak, sharp sharp jek saya masuk kelas.'

'sori... saya tak sengaja. saya pon tengah rush tadi. ok, awak nak saya buat ape untuk awak maafkan saya?'

jeng! jeng! jeng! hihi. aku ada idea baik punya. dah lama tak kenakan orang ni. nampak innocent jek mamat ni. hihi. ting!!!

'ok! saya nak awak belanja saya makan. haaaa... tapi bukan kat sini! kat restaurant 5 star!!! amacam? ade bran??'

kikikikikihhhhhhh.

'no prob. bile? awak set mase ngan tempat ok! saya ikut jek! ni kad saya, nombor fon saya ade kat situ. ape ape hal, awak kol or text saya.'

hish! biar betik dia ni? eh. eh. eh. dia dah blah la pulak. macam mane ni??? aku saje je tadi. serius la pulak mamat ni.

'ipoi, camane ni? aku saje je nak main main tadi. kau je la pergi.'

'aik! aku pulak? aku takde kena mengena dalam kes korang.'

'ala ipoi. boley la. aku tak biasa la. kau kan tau. aku last couple mase spm, lepas tu tak couple couple dah. clash pon cara baik. kau tau an, aku dah tak buat keje jumpe mamat mamat ni. aku budak baik wo! tolong la aku wei! mati kutu aku.'

'sape cari pasal dulu? kau tanggung ar babe!'

'ok. kalo camtu, kau ikut aku. kau tolong text mamat tu boley? kau bagitau mase n tempat. aku follow jek ek.'

'eh! suka suki dia jek. ape kau ingat aku ni PA kau ker? dah la suh ikut dia skali.'

ah! malas aku layan si ipoi ni. kalau di layan si ipoi ni, sampai tahun depan pon tak abes lagi. blah la. macam la aku tak tau, si ipoi ni kalau aku beri arahan. gerenti ikut punya! besfren 4eva tuuu. sama jugak macam aku. luar jek taknak, tapi dalam hati..kalau tak pergi, rase tak sedap hati babe! 
dah la kelas hari ni full! uffffhhhhhhh.


---------------pertemuan pertama-----------------
mase : 8.00 malam
tempat : hotel 5 star (nama hotel rahsia. shhhhhhhh)

huish! segan giler aku. malam tu, code dressing jaket kulit hitam dengan skirt labuh beropol hitam. selendang pulak aku pakai yang colorful. biar nampak meriah sikit. eh? eh? macam nak pergi date jek??? *taktaw taktaw* si ipoi pulak, 1st time aku tengok dia pakai macam keperempuanan. selalunya, jeans, t shirt, ngan topi NIKE jek yang dia tau. berdebar debar aku masuk hotel. huish! macam nak dilamar putera raja kot masuk hotel glam camtu. hihiii. berangan seketika. masuk masuk jek, terus disambut mesra. lepas tu aku ngan si ipoi ni disuruhnya ikut ke sebuah meja. zuppp!!!! mata bertentang mata. apehal aku ni? haish! bertenang bertenang. 

'silakan duduk'

'errr. terima kasih.'

'lambat sampai? traffic jam ker?'

hish! ni ikhlas ker sindir aku ni.

'eh. takde la. saje jek. nak menikmati panorama jalan raya. tu yang drive slow slow tu.'

nah! ambik kau! kan dah kena.

sementara menunggu makanan disediakan, si ipoi ngan mamat tu rancak bebeno berbual bual. malas aku nak join sekali, lebih baik aku duk layan suasana dalam hotel ni. wahhhh. rase macam duduk dalam istana. best nyerrrr.

'heloooooo... i'm talking to you. helloooo'

'ape hello, heloo? ingat telefon ker? ha? ade ape?'

hurmmm... baru aku perasan, si ipoi ni dah takde kat sebelah aku. pergi ladies agaknya.

'pasal saya langgar awak pagi tadi tu kira dah setel la kan?'

'sebenarnya, saya tak kisah pon. saya main main jek tadi pasal belanja makan ni. tak tau pulak awak take serious benda ni. sori tau.'

'laaaa...macam tu pulak. so, awak dah maafkan saya la ni? nakal la awak ni. saya tak senang hati duk pikir pasal benda ni sehari tau. awak...awak...'

huh! dia senyum. alamak! manisnya senyuman dia. cair aku! ya Allah... tolong hamba mu ini. kenapa la manis sungguh senyuman itu.

'eh. awak okay tak ni?'

'okay. okay. kenapa pulak tak okay? 
ipoi? ipoi mane?'

'owh.. ipoi? dia dah balik. dia cakap ade hal. urgent. tu laa..masa ipoi tengah cakap ngan awak, awak mengelamun. lepas tu terus tak dengar ape yang si ipoi cakap tadi.'

tergeleng-geleng kepala si mamat tu. ah! nasib arr. aku memang suka mengelamun. suka hati aku la.

'hah! habis tu macam mana saya nak balik?'

'saya la yang hantar awak. tapi sebelom tu, jom makan dulu. dah sejuk dah ni. dari tadi asyik duk layan perasaan jek. jiwang jugak awak ni ek. hehe'

senyum lagi. so sweet. tolong lah jangan senyum lagi. tolonglahhhhhh.

'awak hantar?'

'kenapa? ade masalah ker?'

'saya naik teksi je la. lagipon, saya tak kenal awak pon. takut.'

'haha. kelakar la awak ni. okay. kalau macam tu. kenalkan, saya Rayyan, Rayyan Amsyar. ok, sekarang awak dah kenal saya, boleh saya tau nama awak pulak?'

'ok. nama saya Afrina Sofi. panggil Fi jek, ok? tak payah susah susah kan diri nak panggil dengan nama lain ok? sori la. saya memang cerewet sikit bab bab ni. awak kisah ker?'

eleh. kalau kau kisah, ade aku kisah jugak ker? 

'owhhh.. macam tu ker? eh. takpe. saya tak kisah. so, boley tak ni saya yang hantar awak ni??'

'saya tak kisah. janji saya selamat saya sudah. kalo awak cuba buat something bad to me. si ipoi akan cari awak sampai ke lubang cacing tau!'

'awak ni..takkan saya nak buat benda jahat kat awak. muka saya ni, nampak macam orang jahat ker? hehe'

senyum lagi. ah. sudahhhhh. 

malam tu, makan malam aku dengan Rayyan dah jadi macam 1st date kitorang pulak! haish! ape aku mengelamun ni! aduyai!!! sudah jer makan malam, Rayyan terus hantar aku balik rumah. janggal siot duk dalam kereta berdua ngan Rayyan. nasib baik ade radio, boley jugak dengar lagu. dengar ker??? aku dah tak tau ke mana fikiran aku melayang. duduk berdua dengan Rayyan membuatkan aku tetiba jadi tak keruan. perasaan apakah ini? kenapa harus wujud perasaan aneh ini? Rayyan. ape yang ade pada kau yang lelaki lain takde? 

ya. senyuman. senyuman Rayyan itu yang tiada pada lelaki lain. aku suka tengok senyuman manisnya. tapi kenapa aku fikir pasal benda ni??? arghhhh. aku tak tahu. ape yang tak kena dengan aku ni. aku keluar makan je la. tak lebih. ape yang sebenarnya aku duk fikir ni. tolong lah sedarkan aku!! seseorang..pleaseeee! ok! reset my mind! aku ngan Rayyan just keluar dinner same same sebab dia nak mintak maaf dengan aku pasal langgar aku pagi tadi. takde ape ape yang lebih daripada tu. stop thinking nonsense!!!
ok! fully reset!! oh yeahhh!!!

'eh! Fi, awak ok tak ni?'

'kenape pulak tak ok?'

'awak macam tengah bercakap, tapi tak keluar suara pon. lepas tu kepala tergeleng geleng, terangguk angguk. sure awak tak ape ape? saya boleh bawak awak pergi klinik ni'

'takde ape ape lah. penat kot.'

'awak ni buat saya risau la.'

fuuhhhhh. nasib baik dia tak syak ape ape. kantoi! apesal la aku ni! haish!

lepas lorong ni, belok kanan kan? rumah awak yang mane satu?'

'ha'a. tu haa. yang corner lot tuu.'

'ok. dah sampai. take care'

'tenkiu, sudi belanja ngan hantar saya balik rumah. sebenarnya saya tak ambik hati sangat pon pasal pagi tadi tu. terkilan sikit jek sebab ingatkan awak ni jenis yang tak bertanggungjawab, terus blah lepas langgar orang. tapi sebenarnya, awak bukan macam tu pon. sori tau sebab fikir macam tu pasal awak.'

'takde ape ape lah. saya yang patutnya mintak maaf sebab langgar awak tadi.'

senyum lagi. hish! tak boleh jadi ni. cepat cepat aku keluar daripada mazda RX8 Rayyan. 

'ok, bye!'

'ok. selamat malam. jaga diri tau. mimpikan saya malam ni ek. bye.'

erk! aku silap dengar ker? ah! khayalan semata mata. ni semua mainan perasaan. terus aku tutup pintu kereta dan blah! arghhhhh. what's wrong with me?!


3 comments:

  1. ade sambungan ke? sambunggggg.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. ade. mane boley takde. tungguuuuuuuuuuuuuuu.

    ReplyDelete