~~~annyeonghaseyo~~~

Sunday, October 30, 2011

jejak kasih

to : _ _ _

dah lama tak dengar khabar awak. 

awak kat mana sekarang. 

kalo awak terbaca blog saya ni.

please text or call saya ek.

saya tak tukar no. fon pon.

miss u so much.



Saturday, October 29, 2011

bukak hamper's time!!!

hai. (^_^)

jum bukak hamper!!! 
it's show time!!!

gO piNgu gO!

girls only!!!
team netball, volleyball, baling selipar, ping pong, skuash, futsal, gusti lengan.






~aku_sida_tiqah_mas_aimi_qina~
(teamball netball)

pinGu the beSt eVa!!!

wOOhOO!!!

SuPost'11

hai. (^_^)

dah lama tak menulis. hehe.

hari tu aku ade cite pasal pom-pon aku yang comey an. pom-pon tu untuk SuPost (sukan posting). then, aku kiciwa yang teramat (teramat la sangat an) sebab, untuk dua hari berturut-turut posting aku dapat 1st place, tapi last day SuPost dapat tempat 2nd last. huih. haru betol. sebab ape? ade masalah dalaman sikit between posting member. aku pon tak paham. malas nak pahamkan.

okay. ni jek gambar yang aku sempat ambik.

ni mase tengah tunggu game bola tampar. mulanya nak gi sokong jek, last-last kena maen sebab player tak cukup. nasib baik maen satu game jek.

penat tunggu.
muka macam nak mintak pelempang jek an.

okayyy. ni yang paling tak tahan. aku masuk game gusti lengan. dan game tu tak fair untuk akuuu!!! korang judge la sendiri lepas tengok gambar kat bawah ni. huh.

okay game start.
still boleh tersenyum lagi.

ni dah kira lama bertahan.

finally, jatuh jugak.

huhu. :( sob.sob.

aku ade jugak maen game lain.

ping pong. 
tapi ping pong tak dapat ape-ape pon. dah lame tinggal, skill dah takde dah. huhu.

netball.
dapat naib johan. kalah sekali out of 4 game.
yahuuuuu!


okayyy. ni last day SuPost.
ambik gambar dulu before maen baling selipar.
gO piNgu gO!!!

housemate-housemate aku yang comey. tapi anis, rara ngan biela not in pics. sory. :(

 min dengan muka cumelll! (^_^)

aina hOt!

siti the striker!

zati the legend!


tapi lepas maen satu game, dah jadi macam ni dah kaki hah.
melecet! 
tu laaaa. sape suh tak pakai kasut? kaki ayam lagi!
kan dah melecet.

ni game baling selipar (L)
wOOOhOOO!!! semangat.
tapi budak laki posting aku tak turun petang tu. so, takde point la untuk game niii.
:( sedeyy.


chess.


tu jek gambar yang dapat ambik. banyak lagi game. malas nak tulis semua kat sini. paham-paham la game yang common ek.

NEXT!

penyampaian hadiah.

congrats aina! dapat 1st untuk skuash!

 untuk posting aku!

congkak! 1st place
congrats!!!

bola tampar (P). 1st place!
congrats!!!

 ping pong (L). 1st place & 2nd place.

congrats!!!

netball. 2nd place.
congrats!!!
aku jadi WA. hehe. nak jugak an.
(^_^)

dapat best cheers!!! wOOhOOO!!!
tak sia sia buat pon-pom.

gadis padang.




"enough about SuPost'11"









Thursday, October 27, 2011

kalau kita sukakan seseorang...

hai. (^_^)

ni aku ambik daripada blog laen. tapi aku dah minta kebenaran blogger tu tau. tak baik tau curi-curi ambik. okayyy. jum tengok!


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”
(Adz Dzariyat : 49)
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk.”
(Al Israa’ : 32 )
Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu
Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup
Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga
Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan
Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al Baqarah : 216 )
Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.



Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”
(Umar Bin Khattab ra)
If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”
(HR. Al-Hakim)
P/S PDH : Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.
Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu…









saya rasa bersemangat!

- S E M A N G A T -

Tuesday, October 25, 2011


so. just. be. H A P P Y. 

.no worry.

~ S M I L E ~

(^_^)

Monday, October 24, 2011


hari ni aku dah rase okay sikit. wlpon tak berapa okayyy. sory to say. 
but, seriously i tell u..i need my umi rite now. 
huhu.

nevermind.
chill fifi.

maybe there's sumtin wrong with me.
but i dunno what it is.

arghhhhhhh!

umi. i need u rite now.
sob.sob.sob.
there's sumtin i wanna story with u.

i hate today!





huru hara

aku tak tau kenapa aku still tak boleh tido. padahal dah berapa hari aku tak cukup tido. sebab. maen supost. ape tu? sukan posting(supost). 

haish. mata tido laaa.

tapi. aku tetiba rasa nak nangis malam. kenapa? tak tau. maybe aku penat sangat kot. arghhhhhhh. tak tau. tak tau. yang aku tau sekarang ni, aku nak nangis. see! aku dah nangis dah ni, padahal tengah tulis post niii. huhuhuhuuuuuuu. sob.sob.sob.sob.

aku penat. penat. penat. penat.

can u lend me ur shoulder?

aku nak tido. nak tido. nak tido. pleaseeeee.

mata. pleaseee. esok pagi ade kelas lagi ni. petang ade seminar lagi.  

jum. jum. kita tido. 

gudnite.

but, i'm still sad rite now. 

i wish..i wish..when i wake up tomorrow morning, this feeling will be gone!!! no more sad. just happines.

and now, i want fifi to start S M I L E. (^_^) 

Friday, October 21, 2011


pom-pon ku yang comey

hai. (^_^)

jum tengok pom-pom aku yang cumel ini. cumel ker? eh. harus cumel. dari tadi buat tau. hand-made-pom-pon. taraaaa!!!




p/s-->tido esok nak bangun awal. gudnite. lalalala~~~lullaby song.

day 30 - hari ke 30.. apa yang berlaku?

hai. (^_^)

sedar tak sedar dah sampai masanya aku mengucapkan selamat tinggal kepada 30 days of  blog challenge. arini last day! sob.sob.sob. (T T)

okay. so arini nak citer ape? banyak benda yang jadik arini.

arini bangun awal-awal pagi(pagi la sangat an), siap-siap terus berdessssupp ker hospital. pergi klinik. bukan sakit ker ape, tapi pergi clinic work. aiii.rajin nampak. hehe. (^_^) sampai klinik lebih kurang pukul sembilan lebih, terus masuk bilik dr Putri. tadi semua budak-budak yang masuk bilik dr Putri ade masalah genetic disorder. kesian aku tengok diorang. kalo tak silap aku, ade tiga kes. 1st-Crouzon syndrome. 2-Cornelia de Lange syndrome. 3-Thalassemia  minor.

tik tok tik tok. jam berdetik. tengok jam dah pukul sebelas setengah. oH.oH. terlupa! arini nak bawak zati pegi klinik. dia ade problem sket. lepas dah mintak permission dengan doc, aku ngan zati terus pegi serbu klinik CTC kat kolej kitorang. sampai jek depan kaunter tuu, abang-mintak-nama-untuk-daftar bagitau, klinik untuk staff ngan student bukak pukul dua. cissssss. pukul dua ade seminar. then decide balik kolej. golek-golek atas katil kejap sambil practise seminar presentation.

pukul dua. seminar presentation dengan dr faisal pasal "common respiratory problems in children". aku 1st presenter, tapi pukul 4 lebih baru start. sebab. doc nak ganti CP yang tak sempat present last week. so..tunggu lagiiii. tik tok tik tok. sampai turn aku present slide, tiba-tiba tachypneic. ah.sudah. apahal pulak niii. time-time macam ni la nak buat hal. dengan kudrat yang ade aku start presentation. first-first tu memang cuak la an. nebes.nebes. lama-lama dah back to normal. alhamdulillah. selesai sudah seminar presentation aku. YeaY!!!

tapi. ade sumtin happened during my presentation. jeng.jeng.jeng. saspen.saspen. hehe. mase last slide, kalo tak silap aku. S (bukan nama sebenar) tanya aku. 'what's Palivizumab?' dengan konfiden nya aku jawab. Palivizumab is the immunoglobulin, monoclonal antibody.' lepas tu, boleh aku buat muka kat situ!!! buat muka ape??? haaaa??? aku pon tak sedar. yer ker aku buat muka kat budak tuuuu??? tapi seriusssss! zati bagitau memang aku ade buat muka pon kat budak tuuu. sorry to say, aku bukan sengaja tau. ianya reflex okayyyy. takde niat pon. maybe sebab dia tu sangat annoying kot dalam posting kitorang. tu yang reflex pon laju jekkk. bukan aku sorang okay yang annoyed ngan dia tu. RAMAI! tapi kitorang dah immune dah. buat tak tau jek. tak tau nape tetibe ter'reflex'. hehe. nasib laaaa. patut la, lepas aku jawab jek soklan tu, aku dengar macam suara 'wooooahhh'. tapi tak tau la pulak tu sound effect daripada reflex akuuuu. haish. dahsyat.dahsyat.

lepas tu. lebih kurang lima setengah, kelas abes terus pergi dinner. balik kolej, golek-golek lagi atas katil.

tadi pulak, baru jek lepas buat kek batik. yummy.yummy.yummy.

tak sabar nak makan kek batik esok. hOhOhOhO.

tu jek la rasenyer.

tiba-tiba rase sedey sebab arini last day 30 days challenge.

k. bubye.


                              

Thursday, October 20, 2011

day 29 - siapa anda 10 tahun akan datang?

hai. (^_^)

sape aku sepuluh tahun akan datang?

insyaAllah. aku akan jadi seorang doktor yang berguna dan berbakti untuk masyarakat tak kira kaum, bangsa dan agama. doa kan aku. insyaAllah.

Tuesday, October 18, 2011

day 28 - hobi anda

hai. (^_^)

hobi aku!

banyakkkkkk!

menyanyi!!! aku suka menyanyi!
lalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalala~~~~~~~~

dengar music!!! aku suka dengar music!
hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm~~~~~~~

baca novel!!! aku suka baca novel!
bacabacabacabacabacabacabacabacabacabacabacabacabacabaca~~~~~~~

makan! aku suka makan! makanmakanmakanmakanmakanmakanmakanmakanmakanmakanmakanmakan~~~~~~

tengok korean drama!!! aku suka tengok citer korea!
tengoktengoktengoktengoktengoktengoktengoktengoktengoktengoktengok~~~~~~~~

buat cookies!!! aku suka buat cookies!
cookiescookiescookiescookiescookiescookiescookiescookiescookies~~~~~~~~~~~~

okayyyy. dah.

takde mood.

bye.

day 27 - makanan dan minuman kegemaran anda

hai. (^_^)

sory. malam ni lewat sikit update blog. wlpon mata dah ngantuk macam orang hape nih, tapi..still update jugak.

okayyy.

makanan kegemaran aku.
1-nasi lemak umi aku.
2-kuey teow kungfu.

minuman kegemaran aku.
1-teh O ais
2-teh ais

okayyyy. dah penat, ngantok, nak tido. sebenarnya ni baru balik, keluar makan pergi sambut bufday housemate.

sekali lagi, hepi bufday RaRa!!!

Sunday, October 16, 2011

day 26 - 15 fakta tentang anda

hai. (^_^)

jum tengok 15 fakta tenatang aku.

1. nama penuh aku nurul afifi bt. azmin. orang panggil aku; fifi. mase kecik orang panggil aku; yupi or nuyu. umi aku panggil aku; nurul. abah aku panggil aku; upi. adik beradik aku dan family terdekat still dengan panggilan mase kecik; yupi.

2.aku lahir pukul 3 pagi kat rumah di kg aku, kg bendang kerian pada 29 jun 1990. umi aku cakap aku la yang paling senang skali nak lahir. duration pain of labour takde la lama sangat.

3.abah aku : azmin b. aziz.

4.umi aku : malklthom bt. awang.

5.abang aku : syahrul azwan azmal (a.k.a yoe). bakal engineer.

6.adik lelaki aku : syahril aiman (a.k.a yea)

7.adik pompuan aku : nurul afzan (a.k. ajan)

8. aku sayang umi, abah, yoe, yea dan ajan!!! SO MUCH!!!

9.aku salah seorang 3rd year medical student UiTM. bakal seorang doktor. doakan aku. insyaAllah.

10.mase kecil aku suka maen pantai. sampai hitam legam kulit aku sebab tengah-tengah hari pon mandi pantai. nasib baek warna kulit sekarang okay. kalo takkkk.

11.aku suka music! dan menyanyi! bakat semulajadi!

12.aku suka baca ngan kumpul novel melayu. english ade jugak, tapi kuren sket! hehe. rak buku aku dah penuh dengan novel, dah tak boleh nak masuk dah. sekarang novel yang aku beli, berterabur aku letak. tapi still kat dalam bilik laaa. jangan wooo letak kat luar, hancussss!

13.aku suka korean drama, movie. kalo tak silap aku, aku start tengok drama korea ni masa aku form three.

14.aku suka minum teh O ais. aku pon tak tau sejak bila. tau-tau jek aku dah suka teh O ais. ak sedar pasal ni pon, sebab setiap kali order air..mesti nak kena "teh O ais satu!"

15.aku suka nasi lemak umi aku. sebab banyak lauk! ade ayam masak merah, ikan tongkol goreng, dan yang paling penting...sambal UDANG ngan SOTONG! perghhhhh! sedapppp!

okayyyy. ade banyak lagi fakta pasal aku. tapi 15 jek yang aku bongkarkan! hehe. saje jek an. kikikihhh. bubye! that's all for tonight.

day 25 - makna disebalik link blog anda

hai. (^_^)

ape makna disebalik blog aku???

nurulafifi.blogspot.com

nama penuh aku jek. takde makna ape-ape pon.

BORINGGGGG.

Saturday, October 15, 2011

pillow talk with zati

hai. (^_^)

semalam. sambil tunggu baju siap dibasuh oleh washing machine, aku duk la sembang-sembang ngan zati kat bilik rehat kolej. lepas tu terkeluar isu pasal 'that guy'. tak tau la. sejak kebelakangan ini nama 'that guy' asyik meniti jek kat mulut-mulut geng aku niii. aku dah tak boleh nak kata pada dah. suka hati la. asalkan diorang bahagia. so, peace no war.

okay. berbalik kepada kisah semalam. zati ade cakap, kalo betol la benda tu jadi macam mana? aku kalo boleh taknak benda tu jadi. serius aku cakap. aku bukan tak suka kat 'that guy'. macam kawan-kawan aku yang lain jugak. aku suka berkawan. tapi..untuk go further aku tak boleh. tak bermakna aku les.... pulak! aku suka kepada lelaki, itu lumrah la sebagai seorang perempuan. tapi.. amboi.banyak la pulak tapi-tapi! hihi.

aku tak boleh. aku ade komitmen. komitmen kepada diri aku sendiri. aku dah janji ngan diri aku yang aku takkan buka hati aku untuk mane-mane lelaki buat mase sekarang. aku akan buka balik once aku dah grad nanti. dah lame dah aku buat janji ni ngan diri aku. since after spm 2007. tiga tahun setengah tuuu! mane boleh aku mungkir janji. tak baik tau. kalo aku boleh tutup hati untuk tiga tahun setengah, why not aku tunggu untuk dua tahun setengah jek lagi.

mase tu, bila aku dah buka hati aku seluas-luasnya...sape-sape yang datang tepat pada masanya. itu la Mr Right aku! (^_^)

selama aku tutup hati aku ni, ade jek orang lelaki yang aku suka, aku minat..tapi hati aku ni kuat melawan perasaan. so, lama-kelamaan aku akan biarkan perkara berlalu macam tu jek. nothing happen. at last, we end up as friend!

zati tanya lagi. tapi..kalo 'that guy' ade kunci untuk buka hati aku sekarang ni macam mane pulak? tetibe terdiam. taktau nak jawab ape. ade ker? hurmmmmmm. tapi aku rasa tak kot. sebab..ntah la. aku tak rasa 'that guy' serius pon. kawan-kawan aku jek yang lebih. hiperbola semata-mata. takde apelah. 'that guy' tu memang perangai dia macam tu. tak boleh nak kata apa dah. takde. takde. saje jek la tuuuu, nak duga aku. cissss!

zati tersengih-sengih. dah tau dah makna disebalik sengihan zati tuuuu. malas nak layan.

"this ain't the right time to say what's on my mind
and there's no real life at all
someday soon u know where u can find me
feels right, seek me out"



day 24 - tempat yang paling anda gemari untuk makan.

hai. (^_^)

hari ni nak citer pasal tempat makan. aku ni jarang makan kat luar. sebab sejak kecil aku memang diajar makan kat rumah. umi aku selalu masak masakan yang best-best. so, aku lagi prefer makan kat rumah.

tapi sejak 3 tahun sudah (maknanya lepas aku sambung belajar after spm), aku dah jarang makan kat rumah. yelaaa.rumah jauh. shah alam-KELANTAN. sekarang ni pulak sg. buloh-KELANTAN. sejak dari tu aku berdikari untuk mencari makanan yang sedap. dan apa yang aku berjaya cari selama 3 tahun sudah. jum kita tengok!

okayyyy. ni la tempat nya. 

1.AMIN THAI. 


 selalunya aku makan ngan geng la kat sane. kitorang suka giler dia punya tomyam! kaw habes. lagi-lagi si Zati. kalo boleh hari-hari dia nak pegi makan kat sana. tapi apakan daya, mase duk kat shah alam aritu, kete takde lagi. so nak pegi selalu agak susah laaa.

kalo ade tomyam, mesti la wajib ade telur goreng an. taraaa!

 kadang-kadang tu, kalo tetibe jek mood kitorang nak makan mewah. kitorang akan order tomyam+ikan siakap masam manis+kailan ikan masin (kangkung belacan untuk aku sebab aku tak makan kailan)+telur bungkus. perghhhhhh! meleleh aku cakap korang.

kueyteow kungfu kat sini sedap sangattttt. aku dah la suka makan kueyteow kungfu an. kalo boleh, hari-hari nak makan kueyteow kungfu!

makanan kat AMIN THAI ni sedaaaapppppp. harga dia pon berbaloi untuk student macam kitorang niii. sebab tu la kitorang suka pergi makan kat sini.


2. KEDAI KOPI SHAH ALAM.

kadang-kadang aku makan kat sini jugak! sedapppp. biasanya kat sini aku makan makanan goreng-goreng. kueyteow goreng, kungfu, ladna & etc. 


pemandangan kat sini pon best. tambah-tambah lagi kalo waktu malam. cantikkk!

aku suka port tepi kolam ikan tuuuu. sweet sangat tengok ikan duk berenang-renang. hihiiii.

lepas aku pindah kampus sg. buloh, punyalah susah nak survive. 1st day duk sini macam orang hape ntah. tak jumpa kedai makan. aku tertanya-tanya, kat mana la orang-orang sini cari makanan ek? takkan takde satu pon kedai makan? last-last, godek punya godek, teropong punya teropong..banyak jek kedai makan kat sini. tuh ha kat kg. melayu. 

bermula dari saat itu la pencarian kedai makan yang paling sedap bermula. setakat ni, aku dah jumpa tiga tempat yang kalo korang nak makan best, boleh pegi sane. puas hati. layanan pon baek punyaaa! 

3. RESTORAN SYAHIRAH. 

makanan kat sini paling best! especially mee bandung. tangkap leleh! (pedas..tapi sedap)


4. RESTORAN AIMAN.

cepat dan sedap! kalo rasa malas nak tunggu lama-lama, pegi la kedai ni. sure makanan sampai cepat!

5. RESTORAN BALLINESE

ni pon sedap! try la.

okayyyyyyyy. sape pernah pegi tempat-tempat yang aku selalu pegi ni? macam mana, korang suka ke tak? mesti la suka an. 

aku ni tak kisah sangat pasal makanan ni. kalo kena ngan jiwa aku, okay la. tapi...tak boleh jugak. ikot mood laaaa. kalo rase boleh telan, aku telan jek.

tu jek. okay. bye.