~~~annyeonghaseyo~~~

Saturday, October 15, 2011

day 24 - tempat yang paling anda gemari untuk makan.

hai. (^_^)

hari ni nak citer pasal tempat makan. aku ni jarang makan kat luar. sebab sejak kecil aku memang diajar makan kat rumah. umi aku selalu masak masakan yang best-best. so, aku lagi prefer makan kat rumah.

tapi sejak 3 tahun sudah (maknanya lepas aku sambung belajar after spm), aku dah jarang makan kat rumah. yelaaa.rumah jauh. shah alam-KELANTAN. sekarang ni pulak sg. buloh-KELANTAN. sejak dari tu aku berdikari untuk mencari makanan yang sedap. dan apa yang aku berjaya cari selama 3 tahun sudah. jum kita tengok!

okayyyy. ni la tempat nya. 

1.AMIN THAI. 


 selalunya aku makan ngan geng la kat sane. kitorang suka giler dia punya tomyam! kaw habes. lagi-lagi si Zati. kalo boleh hari-hari dia nak pegi makan kat sana. tapi apakan daya, mase duk kat shah alam aritu, kete takde lagi. so nak pegi selalu agak susah laaa.

kalo ade tomyam, mesti la wajib ade telur goreng an. taraaa!

 kadang-kadang tu, kalo tetibe jek mood kitorang nak makan mewah. kitorang akan order tomyam+ikan siakap masam manis+kailan ikan masin (kangkung belacan untuk aku sebab aku tak makan kailan)+telur bungkus. perghhhhhh! meleleh aku cakap korang.

kueyteow kungfu kat sini sedap sangattttt. aku dah la suka makan kueyteow kungfu an. kalo boleh, hari-hari nak makan kueyteow kungfu!

makanan kat AMIN THAI ni sedaaaapppppp. harga dia pon berbaloi untuk student macam kitorang niii. sebab tu la kitorang suka pergi makan kat sini.


2. KEDAI KOPI SHAH ALAM.

kadang-kadang aku makan kat sini jugak! sedapppp. biasanya kat sini aku makan makanan goreng-goreng. kueyteow goreng, kungfu, ladna & etc. 


pemandangan kat sini pon best. tambah-tambah lagi kalo waktu malam. cantikkk!

aku suka port tepi kolam ikan tuuuu. sweet sangat tengok ikan duk berenang-renang. hihiiii.

lepas aku pindah kampus sg. buloh, punyalah susah nak survive. 1st day duk sini macam orang hape ntah. tak jumpa kedai makan. aku tertanya-tanya, kat mana la orang-orang sini cari makanan ek? takkan takde satu pon kedai makan? last-last, godek punya godek, teropong punya teropong..banyak jek kedai makan kat sini. tuh ha kat kg. melayu. 

bermula dari saat itu la pencarian kedai makan yang paling sedap bermula. setakat ni, aku dah jumpa tiga tempat yang kalo korang nak makan best, boleh pegi sane. puas hati. layanan pon baek punyaaa! 

3. RESTORAN SYAHIRAH. 

makanan kat sini paling best! especially mee bandung. tangkap leleh! (pedas..tapi sedap)


4. RESTORAN AIMAN.

cepat dan sedap! kalo rasa malas nak tunggu lama-lama, pegi la kedai ni. sure makanan sampai cepat!

5. RESTORAN BALLINESE

ni pon sedap! try la.

okayyyyyyyy. sape pernah pegi tempat-tempat yang aku selalu pegi ni? macam mana, korang suka ke tak? mesti la suka an. 

aku ni tak kisah sangat pasal makanan ni. kalo kena ngan jiwa aku, okay la. tapi...tak boleh jugak. ikot mood laaaa. kalo rase boleh telan, aku telan jek.

tu jek. okay. bye.










No comments:

Post a Comment